2014

Peribadi yang saya anti dan tak suka dalam arena politik sebelum ini, kerana hanya melihat luarannya. Setelah menilai dengan hati terbuka dan memahami senario yang berlaku, barulah saya tau siapa peribadi ini..! Saya tidak menilai di mana parti politiknya, tetapi memahami apa INTI dari PERJUANGANNYA!

Anda bersetuju atau tidak, rakyat Negara Sabah & Sarawak sudah dan sedang merasakan perjuangannya! Dia bukan sekadar berjuang masa pilihanraya saja, tidak seperti politikus yang lain hanya hebat masa PRU atau hanya menunggu PRU baru menunjukkan kehebatannya. 

Dia sekarang sudah bergelar "YANG BERHORMAT", sepatutnya jika hal ini lah yang dia inginkan sebagai tujuan politiknya semata-mata, maka dia sudah boleh duduk goyang kaki dan menikmati percutian di Eropah atau jelajah dunia sambil mendagu dan menonton apakah yang akan berlaku kepada Sabah dan Borneo secara keseluruhan.

Untuk mendapat "keuntungan yang lebih", dia boleh tawarkan 'YB' nya kepada komponen BN, supaya asap cerut yang sebelum ini kecil, akan lebih besar dan semerbak wanginya.

Tapi BUKAN itu tujuannya, dia mempunyai strategi tertentu untuk dapatkan gelar YB itu, sebab parti politik sebelum ini TIDAK MAHU atau TIDAK SANGGUP memikul "agenda Perjuangan yang di bawanya", sebab para pemimpin parti itu bertujuan "politik untuk sara hidup dan keluarga". Rakyat Borneo khususnya, sudah dapat menilai apa sebenarnya yang dia perjuangkan dan bahangnya semakin terasa. Para lawan, pengkritiknya tidak mampu berkata apa lagi, kerana mereka tau cakap tapi tidur lebih!

Dia pernah dipaksa untuk membuat pegajian di Penjara Kemunting tanpa diwisudakan untuk suatu gelar tertentu, dia tetap akur dan berjaya melakukannya. Kendatipun olokkan dan sepak terajang pihak lawan dilancarkan kepadanya, dia tidak habis-habis berjuang dan tidak lari dari asas perjuangannya yang pertama. Ternyata apa kritikan terhadapnya selama ini hanyalah "propaganda politik" semata-mata kerana pihak lawan bukan menentang agenda yang dia perjuangkan, tetapi kerana suatu tujuan politik peribadi.

Melalui perjuangan yang dilakukannya, rakyat sudah mulai sedar, bangun dan bangkit menuntut hak yang telah dipertikai selama 51 tahun. Hal yang tidak pernah didedahkan selama ini telah terbongkar kerana dia dan para nasionalis yang lain telah melakukannya untuk rakyat. Sekarang ini telah muncul suatu gelombang kebangkitan rakyat yang sangat besar dan fenomena ini belum pernah berlaku sebelum ini. Teruskan perjuanganmu!

KAMI RAKYAT SABAH & SARAWAK BERJUANG BERSAMAMU!

Terima kasih YB. Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan



Bukankah Perlembagaan Persekutuan itu merupakan undang-undang tertinggi di negara ini? Jika begitu, mari kita rujuk Perlembagaan:

Perkara 1(1): "The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia."

Perkara 1(2): "The States of the Federation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, and Terengganu."

Apakah maksudnya, "the Federation" (Persekutuan). Mari kita lihat pula Perkara 160:

"the Federation" means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957".

Jangan kata Perlembagaan Malaysia itu silap. Jangan! Perlembagaan Malaysia itu undang-undang tertinggi. Bagaimana boleh berkontradik ini? 

Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Pada tahun 1957 belum ada Malaysia.

Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaya. Kenapa dalam Perkara 1(2) Sabah dan Sarawak tersenarai dalam senarai negeri Persekutuan sedangkan erti Persekutuan itu ialah Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Tanah Melayu 1957?

Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaya, kenapa boleh jadi begini? Fakta disembunyikan, lepas itu hasil Sabah Sarawak dijarah, dikaut, dibawa ke Malaya kemudian Sabah dan Sarawak dimiskinkan?


Fikir baik-baik, Sabahan! Mari kita berjuang memulihkan status Sabah sebagai negara.
(Zainnal Ajamain)

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah yang menunjukkan tiada bukti kukuh Putrajaya terlibat dalam "Projek IC" hanya mencetuskan lagi kemarahan rakyat Sabah terhadap Putrajaya", kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah itu berkata, alasan itu sangat melucukan dan satu percubaan lemah membebaskan penglibatan kerajaan pusat, pemimpin Umno terdahulu dan yang masih ada dalam kerajaan daripada kerja kotor mereka.

"Tidak ada orang di Sabah yang percaya laporan RCIsebaliknya rakyat Sabah semakin marah dengan kerajaan pusat kerana cuba menyembunyikan perkara sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Jeffrey berkata, pandangan itu tidak disokong mana-mana bukti dan berbeza dengan bukti yang dikemukakan.
Katanya, amat luar biasa apabila sindiket pemberian kad pengenalan yang didalangi pegawai korup dilepaskan begitu sahaja tanpa dihukum dengan kesalahan khianat, pecah amanah dan derhaka.
Begitu juga bukti pendatang asing dibawa masuk sebagai daftar pemilih dan diberikan hak sebagai pengundi sah.

"Dakwaan pegawai korup di JPN dikatakan bukan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ini tidak dipertimbangkan apabila RCI berpandangan kerajaan tidak terlibat," katanya.

Laporan RCI kelmarin mendapati tiada kesahihan mengaitkan kerajaan pusat dalam pemberian kerakyatan kepada warga asing melalui projek itu.

Laporan setebal 368 muka surat itu sebaliknya berkata, wujud sindiket dan individu yang dibantu oleh pegawai yang korup mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kerakyatan berinstitusi demi keuntungan kewangan.

Laporan itu tidak menamakan mana-mana pihak yang bersalah kerana perkara itu tidak termasuk dalam skop bidang tugas suruhanjaya RCI, seperti dinyatakan dalam terma rujukannya. – 5 Disember, 2014.


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-rci-undang-kemarahan-rakyat-sabah-kata-jefferey-kitingan

SIAPA KATA SSKM BUKAN bercakap mengenai "Politik"??


Bila kita bercakap dan melibatkan interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu, itu adalah bercakap 'pasal politik'.

Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik.

"Politik ialah salah satu perjuangan untuk memperoleh kekuasaan atau sebagai teknik menjalankan kekuasaan-kekuasaan” (F.Isjwara, (1995:42). Ini memberikan maksud bahawa politik merupakan sebuah sarana memperjuangankan kekuasaan serta mempertahankan kekuasaan itu demi tujuan yang ingin dicapai.

"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain." (Wikipedia)

Kembali kepada tujuan, di mana kita (SSKM) menafikan bahawa kita "bukan cakap mengenai hal politik". Jika bertahan dengan ideologi ini, maka golongan cerdik pandai akan senyum sinis kepada kita dan mereka melabelkan kita kepada suatu tahap tertentu dan berkait rapat dengan daya fikir, perkataan dan tindakan kita. Tanggapan tersebut sudah pastinya sesuatu hal yang negatif bagi mereka.

Kenapa Sabah & Sarawak boleh tertipu selama 51 tahun dan tidak pernah bangkit berbanding 4 tahun sebelum ini? Kerana rakyat Borneo mempunyai suatu pola fikir bahawa "Politik ini adalah kotor, jijik dan sumber dosa". Sehingga rakyat Borneo yang mempunyai kerukunan yang tinggi tidak akan mencampuri 'politik' yang dimaksudkan kerana pastinya akan merosak persafahaman antara sesama.

Dengan makna 'politik' yang dibawa sehingga ke hari ini, maka rakyat Borneo banyak ketinggalan dengan hal-hal perubahan, perkembangan dan masalah dalaman negara. Walaupun lahirnya golongan cerdik pandai di kalangan rakyat Borneo, tetapi budaya berfikir itu masih terbawa-bawa dengan pengertian 'politik' yang diwarisi, di mana "politik" adalah suatu yang kotor. Faktor-faktor pengertian ini juga sedikit sebanyak dibuktikan praktiknya di kalangan para politikus Borneo yang dijangkiti budaya politik Malaya, di mana "berpolitik bertujuan menghalalkan segala sesuatu, menindas, penting diri sendiri, memperalatkan rakyat dan sanggup menjual maruah diri". Dengan keadaan yang ada selama berpuluh tahun di kalangan politikus Borneo, maka rakyat fobia dengan hal 'politik' tersebut kerana gambaran dari kehidupan para pemimpin yang ada.
'Politik' sebenarnya suatu yang baik dan sangat bermanfaat kepada semua golongan masyarakat. Jatuh bangunnya sesebuah negara atau kelompok tertentu adalah didasarkan pada suatu pembawaan dan pemahaman politik tersebut.

Apa yang SSKM maksudkan mengenai hal ini, bahawa SSKM wujud bukanlah mewakili, menyokong mana-mana parti tempatan dan tidak mencanangkan ideologi serta agenda politik parti-parti tempatan yang ada, apa lagi parti penjajah. Sebab SSKM memahami kecenderungan masyarakat Borneo mengenai hal politik. SSKM wujud dengan suatu harapan yang tinggi untuk mendidik generasi baru dan masyarakat Borneo untuk kembali kepada makna politik yang sebenarnya.

Bila kita bercakap mengenai politik, pengertian kita adalah "Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik." Generasi masa kini, khususnya rakyat Borneo sudah disedarkan, balok di mata pun sudah dileraikan dari pemandangan fantasi pemerintah kepada suatu hal yang nyata dan jujur yang berlaku kepada Borneo.

Generasi muda, bercakap politik bukan semestinya kita akan menyertai sesebuah parti politik tempatan dan mengikut budaya politik yang ada. Tetapi kitalah nadi politik yang benar di abad ini untuk memperbetulkan keadaan, menyatakan apa yang salah dan menegakkan yang benar. Jangan berfikir bahawa jika kita melakukan dan bercakap mengenai politik yang benar, maka kita akan seluruhnya menyelesaikan kemelut secara keseluruhannya. Mungkin kita hanya merintis dan ada generasi seterusnya meneruskan apa yang baik kita telah lakukan. Generasi SSKM bukanlah generasi yang cetek, tetapi terdapat ramai yang mampu berdiri dan berfikir bersama, malah mungkin lebih daripada mereka yang kini bergelar Datuk dan Yang Berhormat, cuma peluang bukan miliknya. Sekali lagi, tegakkan politik yang benar dan baik seturut dengan aspirasi rakyat.

* Dum Spiro Spero / Pergo et Perago 

Oleh: Awis Are-Wish

KABINET SABAH YANG PERTAMA
(16 September 1963)
Duduk dari kiri ke kanan:
Dtk. Harris Salleh (Menteri Kerajaan Tempatan), Dtk. Khoo Siak Chiew (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya),  Tun Donald Stephen / Tun Haji Fuad Stephen setelah masuk Islam (Ketua Menteri Pertama Sabah),  Dtk. Pang Tet Tshung (Menteri Kewangan), Dtk. GS Sundang (Timbalan Ketua Menteri).

Berdiri dari kiri ke kanan:
Encik R. Bob Speedy
(Setiausaha Jemaah Menteri Setiausaha kemudian Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri),
Tan Sri Mohd Said Keruak (Menteri Pertanian), Encik R. Jones (Peguam Negara),
Encik RM Turner (Ketua Setiausaha), Encik A. Jones (Akauntan Negara),
Datuk Richard E. Yapp (Menteri Sumber Asli).

******************************************************************

Ketua Menteri Sabah
1963 -2014

ALLAHYARHAM TUN MOHD. FUAD STEPHENS
(1963-1964) & KE-5 (April-Jun 1976)

TAN SRI PETER LO SU YIN
(1965-1967)

ALLAHYARHAM TUN DATU HAJI MUSTAPHA
BIN DATU HARUN
(1967-1975)

ALLAHYARHAM TUN HAJI MOHD. SAID BIN KERUAK
(1975- 1976)

DATUK HARRIS BIN MOHD SALLEH
 (1976-1985)

DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN
(1985 - Mac 1994)

TAN SRI SAKARAN BIN DANDAI
(Mac 1994- Dis 1994)

DATUK SALLEH BIN MOHD. SAID KERUAK
(Dis 1994- Mei 1996)

DATUK YONG TECK LEE
(May 1996 - May 1998)

TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK
(Mei 1998 - 13 Mac 1999)

DATUK SERI PANGLIMA OSU BIN HAJI SUKAM
(14 Mac 1999 - Mac 2001 )

TAN SRI CHONG KAH KIAT
(17 Mac 2001 - 26 Mac 2003)

DATUK SERI HAJI MUSA BIN HAJI AMAN
(27 Mac 2003 - Sekarang)


*********************************************************************************

T.Y.T Negeri Sabah
(Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri)
Jawatan Yang Di Pertua Negeri (Gabenor) Sabah telah ditubuhkan selepas kemerdekaan Borneo Utara dan kemudian menjadi salah satu daripada negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Pejabat dibentuk secara rasmi pada 16 September 1963. Gabenor Sabah adalah alamat berikut: -


Tun Datu Haji Mustafa bin Datu Harun
16.09.1963 - 1965
Tun Datu Mustapha bin Datu Harun adalah yang pertama Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 31 Jul 1918 di Kg Limau-Setangan, Kudat, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada 16 September 1963. Beliau meletak jawatan dari posisi pada 16 September 1965.
Beliau dikenali sebagai Bapa Sabah Kemerdekaan dan Bapa Sabah Pembangunan.
Beliau meninggal dunia pada 2 Februari 1995.

Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae
16.09.1965 - 1973
Tun Datu Mustapha bin Datu Harun adalah yang pertama Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 31 Jul 1918 di Kg Limau-Setangan, Kudat, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada 16 September 1963.
Beliau meletak jawatan dari posisi pada 16 September 1965.
Beliau dikenali sebagai Bapa Sabah Kemerdekaan dan Bapa Sabah Pembangunan.
Beliau meninggal dunia pada 2 Februari 1995

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
16.09.1973 - 1975
Tun Muhammad Fuad Stephens @ Donald Stephens adalah yang ketiga Yang Di Pertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 14 Sep 1920 di Kudat, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada bulan April 1973 dan memegang jawatan sehingga Jun 1975.
Beliau meninggal dunia dalam satu nahas udara GAF Nomad pada tanggal 6 Juni 1976. Nahas itu juga dikenali sebagai Tragedi Double Six.

Tun Mohd. Hamdan (dahulu Datuk Indan Kari)
1975 - 1978
Tun Mohd Hamdan bin Abdullah adalah yang keempat Yang Di Pertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 22 februari 1922 di Kg Labuaya, Tuaran, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada 28 Julai 1975.
Beliau memegang jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1977.

Tun Haji Ahmad Koroh
26.06.1978 - 1979
Tun Haji Ahmad Koroh adalah anak kelima Yang Dipertua Negeri Sabah.
Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1925 Kg Limbawan, Keningau, Sabah.
Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah 1977 menggantikan
Tun Mohd Hamdan yang meninggal dunia pada tahun yang sama.
Beliau memegang jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1978.

Tun Datuk Mohamad Adnan Robert
27.06.1979 - 1987
Tun Haji Mohd Adnan Robert yang keenam Yang Di Pertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 10 september 1917 di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada 27 Jun 1978. Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor Sabah untuk dua penggal berturut-turut sehingga tahun 1987.
Beliau meninggal dunia pada 2003.

Tun Mohd. Said bin Keruak
1987 - 1994
Tun Haji Mohamed Said bin Keruak adalah ketujuh Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 15 November 1926 pada Kg Pirasan, Kota Belud, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Gabenor Sabah pada tahun 1987. Beliau berkhidmat sebagai Gabenor Sabah sehingga beliau bersara pada tahun 1995.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1995.

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai
01.01.1995 - 31.12.2002
Tun Sakaran Dandai adalah bin kelapan Yang Dipertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 15 April 1930 di Kg Air, Sempoarna, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Januari 1995. Beliau kemudiannya dilantik semula selama tempoh kedua berturut-turut pada 1 Januari 1999. Beliau berkhidmat sebagai Gabenor Sabah sehingga 31 Disember 2002.

Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah
01.01.2003 - 01.01. 2010
Tun Ahmad Shah bin Abdullah kesembilan Yang Di Pertua Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1946 pada Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2003. Beliau berkhidmat sebagai Gabenor Sabah sehingga 31 Disember 2010.

Tun Juhar bin Mahiruddin
(2011 - sekarang)
Tun Juhar bin Mahiruddin adalah kesepuluh Yang Dipertua Negeri Sabah.
Beliau dilahirkan pada 5 November 1953 pada Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah.
Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri pada 1 Januari 2011 dan pada
masa ini masih memegang tajuk.

"Sejarah Mesti Diajar, Walaupun Ia Pahit Untuk Diterima" (Quotes: Rainee Tee)
 Ramai yang tergamam, terkejut, terkilan, hairan dan hampir tidak percaya, malah ada orang yang memaksa dirinya untuk tidak mahu mempercayai fakta-fakta yang didedahkan oleh SSKM berkaitan dengan sejarah Negara Borneo (Sabah & Sarawak). Hal-hal yang selama ini kita tidak pernah tahu, tidak pernah diajar dan tidak jujur diceritakan di alam persekolahan dalam pendidikan Malaysia, SSKM bertindak berani mendedahkan kebenaran itu kepada rakyat agar rakyat Borneo sendiri menilai dan membuka ruang untuk mereka membuat penyelidikan secara peribadi. Sama ada sebaran fakta dan data yang SSKM lakukan "cakap kosong atau suatu penipuan". Siapa sebenarnya yang melakukan penipuan? Siapa sebenarnya yang memulakan penipuan dan menghasut rakyat secara terancang untuk menghilangkan sejarah yang benar?
   Bila SSKM dedahkan bahawa North Borneo dan Sarawak PERNAH MERDEKA (walaupun sangat singkat kerana dipengaruhi oleh pemimpin Malaya untuk membentuk 'Malaysia'), ramai yang masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut walaupun disertakan dengan fakta dan data yang sahih.

   Bila SSKM membantah dan memboikot tarikh 31 Ogos 1957 yang selama ini ditafsirkan sebagai "Tarikh Kemerdekaan Malaysia" adalah SATU PENIPUAN, tetap saja segolongan rakyat menolak hal tersebut. Malah pertanyaan yang tidak terjawab bila SSKM mengutarakan soalan adalah, "Pernahkah MALAYSIA dijajah? Siapa yang menjajah? Apa sejarah KEMERDEKAAN MALAYSIA?". Sebab dalam gabungan "Persekutuan Malaysia", ada Negara Singapura, Negara Sabah dan Negara Sarawak serta Tanah Malaya - semuanya bekas jajahan British. Negara-negara ini bergabung untuk "membentuk" Malaysia. Dengan demikian, sejak Malaysia dibentuk, pernahkah Malaysia diserang dan dijajah?? (Orang Malaya katakan - kita dijajah oleh 'budaya Kuning')

   Bila SSKM dedahkan bahawa tragedi "Double Six" itu suatu hal yang dirancang secara jahat dan sabotaj oleh Pemimpin Malaya, ramai yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Jika para pemimpin Sabah sejak dari dulu jujur berjuang bersama dengan Tun Fuad Stephen, maka pemimpin-pemimpin Sabah boleh membuka 'Forensic Files' mengenai nahas kapal Nomad yang dinaiki ketika itu dan sampai sekarang fail tersebut masih dalam simpanan Kerajaan Australia. Dengan izin dan kesepakatan pemerintah Sabah saja melalui keputusan mesyuarat ADUN boleh membukanya. Tapi kenapa sampai sekarang hal itu dibekukan? (TAKUT!!?? Sebab dihasut dan diberi amaran keras oleh pemimpin Malaya??)
   Bila SSKM dedahkan bahawa, gelombang kebangkitan rakyat yang terjadi sekarang yang lebih sinonim dengan panggilan "Puak-puak pemisah" sudah pernah berlaku beberapa kali, malah pada era Tun Mustapha dan Tun Fuad pun sudah pernah berlaku dan juga ketika era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) tetapi tetap saja golongan tertentu tidak percaya. Lebih percaya dengan dalil dan ugutan pemimpin Malaya yang sentiasa menggunakan taktik lapuk, iaitu perkataan "Serangan Filipina (Sultan Sulu)", yang sebenarnya tiada hak dan kuasa langsung terhadap tanah Sabah.
    Bila SSKM dedahkan bahawa semasa era pembentukan "Malaysia" sebahagian besar rakyat Sarawak, di mana lebih dari 110,000 ribu rakyat yang membantah dan tidak setuju dengan penyatuan itu, tetapi tetap saja hal ini tidak mau diakui - sedangkan fakta dan data jelas ada, rakaman video demonstrasi bantahan tersebut pun masih ada sampai sekarang.
SEJARAH GELAP SARAWAK - RUSUHAN ANTI-MALAYSIA DI SARAWAK 1961-1963

   Bila SSKM dedahkan dan tegaskan bahawa 'kembalikan status' Sabah sebagai sebuah NEGARA dan bukan "Negeri" seperti sekarang (sejak 1976), tetapi orang tertentu malah mencibir bibir mendengar tuntutan tersebut. Sedangkan data dan faktanya jelas ada dan tindakan menurunkan status tersebut jelas tidak berpandukan kepada konsep "Pembentukan Malaysia" yang sebenarnya.
   SSKM tidak akan berdiam! Kami akan terus mendedahkan apa yang sepatutnya perlu diketahui oleh rakyat Borneo untuk dinilai bersama, sama ada selama 51 tahun ini kita TELAH dilayan dan diperlakukan secara baik dan adil oleh kepemimpinan Malaya atau tidak?

   Kumpulan NGO SSKM bukanlah golongan peribadi yang mempunyai capaian peribadi dalam politik Malaysia, sebab SSKM BUKAN membawa agenda parti politik, BUKAN mewakili parti-parti politik dan BUKAN menyokong mana-mana ideologi parti politik tempatan untuk diketengahkan. Golongan SSKM BUKAN orang-orang yang berprofail dan berstatus tinggi, BUKAN lahir dari acuan politik, BUKAN orang-orang kaya, BUKAN bekas-bekas banduan atau pesalah undang-undang, BUKAN berasal dari hutan belantara yang tidak tahu dan tidak mengenal huruf serta nombor. TETAPI YANG JELAS; Mereka ini sangat "Mengerti apa yang DIBACA dan FAHAM apa yang dilihat, dan dapat mencernakan mana buruk dan mana baiknya".
   SSKM bukanlah penghasut/puak pemisah, tetapi membantu rakyat memberikan informasi berkenaan dengan Sejarah, Ekonomi, Pendidikan dan Pentadbiran Negara Sabah & Sarawak selama 51 tahun berada di dalam gabungan Persekutuan Malaysia yang telah dibentuk pada 16 September 1963.

Oleh: Awis Are-Wish

Oleh: Awis Are-Wish

  Apa masalahnya kita bicarakan soal beragama? Apa yang sensitif bila membicarakan hal ini. Benar! hal tersebut akan menjadi suatu yang sensitif jika perbincangan itu merujuk kepada soal-soal akidah, doktrin dan dogmatika suatu agama. Hal itu akan menjadi sensitif jika diperdebatkan dengan akal yang kosong dan cetek pengetahuan kepada agama tertentu. KENAPA pola fikir rakyat Borneo sangat takut atau dengan cepat mengatakan hal ini “SENSITIF” untuk dibincangkan? Tidak berpengetahuan?



  Dalam SSKM, apabila Doris Jones selaku peneraju perjuangan tersebut menimbulkan isu ini, maka pelbagai reaksi yang timbul melalui ‘posting’ tersebut. Sangat kelihatan bahawa daya dan cara berfikir mereka sangat cetek memahami suatu fakta dan data. Di mana maksud tersebut dan keadaan yang berlaku di Sabah di beberapa tempat mengenai hal pengislaman beramai-ramai dilakukan dengan cara yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Borneo. KENAPA? Kerana jelas pencabulan hak asasi beragama di Sabah & Sarawak sudah tidak dihormati. Kita tidak melarang individu tertentu untuk menganut mana-mana agama, sebab hal itu adalah hak dan pilihan masing-masing.


  Group SSKM yang wujud di Facebook menjadi platform pendidikan untuk memberitahu rakyat Borneo bagi memahami apa itu “Perkara 20 (Sabah) & 18 (Sarawak)”, “Perjanjian Malaysia 1963”, dan fakta-fakta sejarah Negara Sabah dan Sarawak yang tidak pernah diajarkan di alam persekolahan sistem pendidikan Malaysia dan tidak pernah didedahkan di mana-mana media cetak dan penyiaran kerajaan. Selama 51 tahun para pemimpin politik Malaya telah berusaha menyembunyikannya dan memanipulasi fakta tersebut kepada rakyat Borneo. 



  Berbalik kepada isu yang dikatakan ‘sensitif untuk dibincangkan’, kenapa boleh menjadi sensitif? Berbincang tentang hal beragama sebenarnya TIDAK SENSITIF bila yang berbincang itu berpengetahuan dan tahu guna akal di dalam berkata-kata dan memahami isu yang sedang diperkatakan. 

 Isu yang SSKM perjuangkan dan para nasionalis Borneo, ialah “PERKARA 1 - Agama” di dalam perkara yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kenapa perkara ini menjadi perkara nombor satu? Kerana hal ini sangat penting untuk diperhatikan. 

   Perkara 1 ini harus dibincangkan, kerana apa yang kita lihat senario berlaku di Sabah khususnya banyak perkara yang melanggari “Kedaulatan Undang-Undang” melalui rukun negara. Kita tidak membantah bahawa agama Islam itu sebagai agama kebangsaan Persekutuan Malaysia. Tetapi lakukanlah dengan cara yang betul dan dapat diterima akal. Kita bukan membicarakan soal Islam adalah benar dan Kristian adalah benar. Agama hanyalah agama, dan tidak menjamin keselamatan akhirat kepada manusia. Tetapi manusia secara peribadi di dalam agama itulah saja yang dapat menentukannya. Agama boleh dipermainkan di mata manusia, jangan hairan jika sebahagian mereka yang bergelar Pope, Paderi, Rahib, Katekis, Pastor, Evangelis, Penatua dan sebagainya hanya berdiri di balik gelar tersebut sedangkan hidupnya jauh dari jalan kebenaran? Begitu juga dengan Islam, di mana kelihatan bersongkok, bertudung, bersolat tiap hari malah bergelar Imam, Haji, Ustaz, Ustazah, Kiyai, dan sebagainya tetapi tiap hari mengeluarkan kata-kata hasutan, memaki, menghina dan melakukan hal-hal yang jahat?

   Point yang dibicarakan oleh SSKM mengenai agama, bukan soal keselamatan, etika dan martabat agama tersebut. TETAPI di mana praktikknya “Kedaulatan Undang-Undang”, di mana praktikknya “Keluhuran Perlembagaan”, di mana praktikknya “Kesopanan dan Kesusilaan” antara sesama manusia? Kenapa melaksanakan hal beragama menimbulkan sakit hati antara sesama dan tidak dapat diterima dengan akal sihat? SEBABNYA, Kerana kehilangan rasa hormat antara sesama manusia, hidup tidak bersusila dan tidak sopan.

   APA SEBENARNYA YANG SENSITIF? untuk dibincangkan, dalam kontek Malaya, Sabah dan Sarawak? Jika kita melihat gambar seperti di bawah ini, di mana sebenarnya yang SENSITIF? Berdaulatkah undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia?

   Apa sebenarnya yang perlu kita lihat sebagai isu sensitif? Sekali lagi, hak untuk memilih mana-mana agama untuk dianuti adalah BEBAS di Sabah/Sarawak. Walaupun agama Islam adalah agama yang telah ditetapkan sebagai agama kebangsaan, TETAPI ‘budaya beragama’ di Malaya tidak boleh diserapkan di kalangan rakyat Borneo.

   Apa yang perlu kita buat sekarang adalah, menentang ketidakadilan dalam pelaksanaan undang-undang dan hak-hak kita dipertikaikan. Kita mahu menuntut agar Perkara 1 berkaitan Agama dimartabatkan sesuai dengan perjanjian. TIDAK BERMAKNA, bila hal ini dituntut maka kita akan berada di bawah pemerintahan Kristian atau agama lain, TIDAK! Biarlah kita rakyat Borneo harmoni, bebas memilih agama sesuai dengan pemahaman yang benar dan dilakukan dengan bertatasusila hidup bermasyarakat.
* Pergo Et Perago  /  Dum Spiro Spero

Awis Are-Wish
   GELOMBANG KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan” dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51 tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya. 

Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini? 

KERANA kita mempunyai bukti yang kukuh dan sahih dari segi fakta untuk menyuarakan dan mendedahkannya kepada rakyat. Rakyat Sabah & Sarawak yang melihat, membaca dan menilitinya SANGAT TERPERANJAT dengan pendedahan tersebut. Dengan demikian, rakyat yang sedar, telah bertindak menyedarkan yang lain dan seterusnya. Sehingga impaknya juga telah membukakan ‘mata dunia’ dan masyarakat global tertumpu pada Malaysia. 

Pemimpin politik tempatan bukan tidak tahu, mereka lebih arif dalam soal-soal ini. Mereka juga pernah bersuara dan bertindak, tetapi dengan mudah dan penuh bergaya pemimpin-pemimpin politik Malaya mematahkan semua tindakan mereka dan berjaya menghalang serta menutup agar tiada pendedahan dilakukan dari penipuan yang mereka telah lakukan kepada Negara Sabah dan Sarawak selama 51 tahun. 

Sehingga kini, pemimpin-pemimpin politik tempatan membiarkan penipuan ini berlangsung dan mereka hanya putih mata dan terkebil-kebil melihatnya. Kesilapan yang mereka telah lakukan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa mutlak untuk menghalang aksi dan tindakan pemimpin-pemimpin Malaya merakus segalanya dari bumi Sabah & Sarawak. Kedua negara ini adalah negara yang mempunyai hasil bumi dan begitu banyak dan selayaknya disebut ‘kaya’. Tetapi KENYATAANNYA, kedua negara ini bergilir-gilir menggondol gelaran tiap-tiap tahun sebagai “Negeri Termiskin Di Malaysia”. 
Walaupun keadaanya berlaku seperti yang sudah dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Negara Sabah & Sarawak, usaha-usaha tertentu tetap dilakukan oleh golongan politikus baru yang muncul, tetapi impaknya tidaklah sekuat mana yang diharapkan. Kerana nilai “wang ringgit” lebih besar daripada nilai “sebuah kebenaran”. Politikus ini hanya lantang pada kuntau pidatonya semasa pilihanraya, tetapi seperti pelangi sehabis hujan. Pilihanraya selesai maka reda dan sepi semuanya, kemudian menunggu lagi untuk 5 tahun akan datang untuk mencuba nasib. 

Selama 48 tahun Sabah & Sarawak bergumul dengan keadaan ini, tidak dapat memikirkan kaedah dan solusi terbaik sebagai jalan keluar dari masalah yang dihadapi. Tetapi dengan hikmat berfikir yang dimiliki oleh rakyat biasa, maka kesepakatan telah dilakukan untuk memperjuangkan hal ini ke peringkat antarabangsa, iaitu melalui kuasa hak asasi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan demikian, maka tepatlah bahawa tindakan ini betul dan tepat masanya, kerana ada anak jati Negara Sabah yang duduk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai anggota rasmi yang mewakili Borneo. 

Hal ini tidak difikirkan oleh ahli-ahli politik yang ada, kerana sudah menjadi tradisi dalam pola fikir politikus - berpolitik untuk nama dan wang ringgit. Mengakibatkan hal-hal yang mendasar dan mustahak sebagai kepentingan rakyat diabaikan. Undi rakyat hanyalah sebagai sandaran kejayaan untuk tujuan peribadi. 

Pemimpin politik Malaya telah merancang segalanya seawal tahun 60an, iaitu penipuan yang “terancang dan teliti”, sehingga kemuncaknya bermula pada tahun 1963, kemudian semakin jelas pada tahun 1976. Di mana bagi negara Sabah, tahun ini adalah “ tahun yang sangat malang kerana 3 peristiwa penting berlaku tanpa sebarang kemampuan dan kuasa pemimpin politik tempatan menghalangnya. 

Tiga peristiwa peristiwa tersebut adalah; i) Pada 06. 06. 1976 Tragedi Nahas Kapal Nomad yang dinaiki oleh pemimpin utama dan kabinet negara Sabah. Hasil forensiknya ada dan masih tersimpan di tangan kerajaan Australia sehingga hari ini. Tetapi kes ini telah sengaja dirahsiakan malah ditutup ketat dengan kanun ‘akta hasutan’ dan I.S.A.
ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963. 
KENAPA “Sabah Sarawak KELUAR Malaysia”? 

Jika selama ini pemimpin politik tempatan kita sudah tunggang terbalik memperjuangkan isu “Perkara 18 (Sarawak) & 20 (Sabah)”, “Kembalikan Kuasa Autonomi”, “Borneonisasi”, dan banyak kata-kata yang telah digunakan untuk menarik perhatian dan belas kasihan agar pemimpin politik Malaya mempertimbangkannya. Namun ADAKAH MALAYA membuka mata dan ikhlas mendengarnya? - TIDAK! MALAYA bukan hanya tutup sebelah mata pada perjuangan pemimpin politik tempatan, tetapi langsung menutup kedua belah mata mereka, malah telinga pun turut ditutup. 

TAPI lihatlah, Bila SSKM dengan sengaja menggunakan satu kata-kata yang sangat sensitif, iaitu "Sabah Sarawak KELUAR Malaysia", maka akibatnya sangat menusuk hati para politikus Malaya, malah menggegarkan mereka! Kenapa gunakan perkatan “Keluar Malaysia”? Sabah dan Sarawak BUKAN MASUK Malaysia, tetapi MEMBENTUK Malaysia. Jadi istilah ‘keluar’ itu tidak tepat! Seorang pemimpin negara Sarawak menegaskan, “Kita bukan masuk Malaysia, tetapi kita MEMBENTUK Malaysia, jadi tiada istilah KELUAR kerana tiada yang MASUK. 

Slogan sensitif ”Sabah Sarawak KELUAR Malaysia” sengaja dibuat dan telah berjaya menarik perhatian para pemimpin politik Malaya, malah mereka menggelabah dan dalam keadaan ketakutan kerana penipuan selama 51 tahun semakin terbongkar. Slogan ini juga telah membuatkan beberapa pemimpin politik tersentak berdiri dari posisi goyang kaki mereka di sofa Itali bernilai jutaan ringgit. Degupan jantung menjadi rancak, air liur yang ditelan rasanya pahit dan siang berganti malam sepertinya sangat pantas. Memaksa untuk tidur lena tidaklah boleh jika tidak meneguk ‘Chivas’, “Macallan’, atau ”Glenfarclas”. Cara lain yang difikirkan jimat dan tidak disebut haram adalah menelan ‘ubat tidur & penenang’. 
KENAPA SITUASI INI BERLAKU kepada mereka? 

1. Penipuan antarabangsa akan terbongkar. 
2. Ketuanan Melayu tergugat. 
3. Kroni2 dalam parti yang mendominasi akan hilang punca kekayaan. 
4. Takut kehilangan sumber keuntungan. 
5. KERANA Rakyat Sabah & Sarawak yang dianggap tinggal di atas pokok dan masih pakai cawat sudah BANGKIT dan BERSUARA menuntut hak-hak sebenar yang dipertikaikan. 

Rakyat Sabah & Sarawak bukanlah Bodoh, tetapi hanya berdiam diri selama ini. Tapi masanya sudah tiba, sebab "Kalau Bukan Kita, Siapa lagi! Kalau Bukan Sekarang, Bila lagi?"

* Dum Spiro Spero / Pergo Et Perago *


APA PERANAN KITA SEKARANG?
  Sekiranya anda bersetuju Borneo; iaitu Sarawak / Sabah harus BEBAS daripada diduduki secara paksa/keras & ditindas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia (erti kata lain bebas daripada perhambaan), sila turunkan tandatangan anda pada petisyen SSKM menandakan sokongan kepada perjuangan kami. Ia adalah tanggungjawab kita untuk menuntut hak, kebanggaan, maruah dan keadilan kita.

TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI!
Sign The Petition!

(Kotak dengan tanda * - tanda asterisk - adalah yang paling penting)

DATA SULIT ANDA DIRAHSIAKAN DAN TIDAK TERDEDAH,
Jika anda TIDAK MAHU gunakan nama sebenar, gunakan "Anonymous".
Tandatangan Yang Berjaya HANYA akan kelihatan seperti ini;

Oleh: Awis Are-Wish

Drama Bersiri PENCEROBOHON TANDUO
Arahan Amno/Be End
Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M. 


Oleh : MUTALIB M.D
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali. 

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom. 

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.


(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)


______________________________________________


Laporan Saudara Mutalib amat signifikan dijadikan titik tolak penyiasatan untuk menamatkan drama PENCEROBOHAN kumpulan bersenjata yang mengakui sebagai tentera Kesultanan Sulu. 

Bagi pendapat saya sejak berita ini disiarkan di media massa, perkara utama yang terlintas dalam fikiran saya adalah bagaimana sebuah negara berdaulat seperti Malaysia dengan mudah di ceroboh oleh tentera asing, adakah pencerobohan ini wayang kerajaan atau didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan? Namun pendedahan saudara Mutalib dapat menceritakann suasana sebenar peristiwa ini.

Rasionalnya bagaimana kumpulan ini boleh bertahan dan berkubu dikawasan yang di kepung oleh pihak keselamatan Malaysia. 

Adakah mereka telah bersedia dan mempunyai bekalan makanan yang cukup sehingga hari ini (15 hari) jika mereka tidak mempunyai hubungan dengan masyarakat setempat.

Kedua - saya amat yakin bahawa kumpulan penceroboh ini adalah merupakan mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan ( FILIFINA DAN MALAYSIA ) yang diperolehi melalui projek IC.

Ketiga - besar kemungkinan kerajaan Malaysia memang mengetahui rancangan ini sebelum peristiwa ini berlaku tetapi membiarkan atas sebab dijadikan strategi menghadapi pembangkang dalam PRU 13, dan

Keempat - untuk memberitahu kepada Dunia dan angota ASEAN bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang mementingkan rundingan bagi menghadapi konflik walaupun melibat ketenteraan untuk meningkatkan imej Kerajaan BN, yang telah tercemar khususnya melibatkan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan & rasuah.

Andaian ketiga saya sememangnya ada kebenaran dan dibuktikan dalam Rancangan Soal Jawab TV3, Jam 11.00 malam, tarikh 27.2.2013 bertajuk PENCEROBOHAN ahli Panel Dr Candra Muzafar dan Mantan Lt General angkatan Tentera, yang mana perbincangan tersebut cuba mengaitkan PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU Sabah, seolah-olah didalangi oleh PEMBANGKANG bagi tujuan menghuru-harakan situasi kerana dilakukan dalam suasana PRU 13 semakin hampir. Inilah fitnah yang cuba dibuat oleh media.


Aziz Samsudin (Mastermind Projek IC Sabah) Dengan Esmail D. Kiram 11 (daripada Kesultanan Sulu) 

[Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah". 

Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini.

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu.



Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini.



Penceroboh mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri.



Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya.

Naib Presiden UMNO Shafie Apdal bersama Kesultanan Sulu

Naib Presiden UMNO bersama2 Sultan Sulu, Sultan Akjan yg Isthiharkan diri jadi Sultan tahun lalu & keluar UMNO, Sultan Email Kiram adik kepada Jamalul Kiram dan Abang Agimuddin Kiram yang berada di Kg.Tonduo Lahad Datu sebagai ketua penceroboh.


 
Shafie Apdal ialah menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah & Naib Presiden UMNO



SUMBER ARTIKEL:
http://www.gempak.org/forum/264-politik/126937-disebalik-pencerobohan-lahad-datu-7.html

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.