March 2016

Kumpulan sosial di dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), kini sudah berdaftar secara SAH di bawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. 

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh.

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones daripada Kumpulan Sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dibawah Bidang Kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Kumpulan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (UK) ingin membuat kenyataan RASMI berhubung dengan Perjanjian Malaysia untuk Bahagian Pertama.

Satu persoalan yang nampaknya sangat mudah untuk dijawab namun sebenarnya ia merupakan satu persoalan yang penuh dengan lebih daripada 1001 jawapan. Disini, pihak kami, SSKM-SSU(UK) akan mematikan semua jawapan yang tidak tepat kepada satu sahaja jawapan agar satu kefahaman yang tepat dapat diperolehi hasil daripada kajian yang telah dilakukan yang berdasarkan kepada bukti yang kukuh dan sahih.

Sebelum pembongkaran kebenaran ini dilakukan, adalah lebih baik untuk kita fahami dahulu luaran perjanjian ini mengikut kefahaman pemimpin-pemimpin tempatan kita yang terdahulu. Pemimpin-pemimpin Borneo daripada Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) dan Negara Sarawak telah "difahamkan" dan "diyakinkan" bahawa mereka akan membentuk satu "Persekutuan Baru" yang dikenali sebagai "Malaysia". Persekutuan Baru ini akan dianggotai oleh "Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" dengan status "Rakan Kongsi yang sama taraf". Ini adalah satu "jaminan yang telah diberikan oleh pemimpin malaya pada ketika itu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu".

Tunku Abdul Rahman juga menjamin bahawa North Borneo dan Sarawak akan mencapai "Kemerdekaan" yang "lebih cepat" melalui pembentukan Persekutuan Baru ini. Selain itu juga, jaminan telah diberikan olehnya bahawa pembentukan "Persekutuan Baru" ini yang bakal dikenali sebagai Malaysia bukanlah satu bentuk "Penjajahan Baru ataupun Neo-Colonialisme". Tunku juga telah memberi keyakinan dan jaminan yang kuat dan penuh lagi bahawa pembentukan "Malaysia" ini juga bukanlah satu bentuk "Pemindahan Kuasa Kedaulatan (Sovereignty), Perundangan (Legislation), Kehakiman (Juridicial) dan Pentadbiran (Executive)" dari London ke Kuala Lumpur. Pemimpin Malaya ini telah menafikan dakwaan bahawa Malaya ingin mengambil alih kuasa Pentadbiran Tanah Jajahan British di Borneo ini dengan sekeras-kerasnya. Atas jaminan dan janji itu, Donald Stephens dan Stephens Kalong Ningkan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain, yang pada mulanya menentang keras pembentukan Malaysia ini akhirnya telah termakan kata lalu berhempas pulas untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan rakyat dinegara masing-masing agar memberikan sokongan padu kepada "Gagasan Malaysia" ini. Inilah sebenarnya yang telah difahamkan kepada mereka oleh pemimpin-pemimpin Malaya pada ketika itu.

Didalam penerangan Perjanjian Malaysia ini, pihak kami telah memasukkan grafik-grafik ataupun gambar-gambar yang sesuai dengan maksud artikel tersebut untuk memudahkan proses kefahaman yang jelas agar anda dapat melihat dengan lebih terang lagi bersuluh tentang wajah sebenar keseluruhan Perjanjian Malaysia ini.

Didalam Perjanjian Malaysia ini juga, ia mengandungi 11 Artikel. Setiap Artikel didalam Perjanjian Malaysia ini mempunyai kefahaman, niat dan maksud yang sangat berbeza. Diakhir kepada penerangan ini sebelum pendedahan yang sebenar dilakukan pada artikel yang lain, tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri nanti. Adakah Perjanjian Malaysia ini sebenarnya untuk memberikan keuntungan, kelebihan dan keutamaan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak? Ataupun sebenarnya hanya memfokuskan keuntangan, kelebihan dan keutamaan sepenuhnya kepada Negara Singapura dan Malaya?

Penerangan dan huraian yang kami berikan bukanlah dalam bentuk penulisan akademik kerana ia memerlukan penggunaan gaya linguistik (bahasa) yang tinggi dan mendalam. Pihak kami melakukan penerangan ini adalah dalam bentuk bahasa yang termudah untuk difahami oleh semua orang-orang kebanyakan. Mari kita lihat bersama-sama tentang apakah sebenarnya maksud kepada intipati (kandungan) yang terdapat didalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.

Melalui gambar diatas ini, anda dapat melihat dengan sendiri bahawa terdapat lima (5) buah Negara melalui Jata Negara masing-masing yang telah menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963 di London.

Didalam Perjanjian Malaysia, ia adalah Perjanjian berkaitan dengan Perlembagaan Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Selain itu juga, ia adalah berkaitan dengan Imigresen Malaysia, Perjanjian diantara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura tentang Pasaran Bersama (Common Market) dan Persetujuan Kewangan (Financial Arrangement).

Hari Pembentukan Malaysia yang dijadualkan pada 31 Ogos 1963 telah dipindahkan kepada 16 September 1963. Pindaan tersebut ditandatangani pada 28 Ogos 1963 di Negara Singapura.

Sudah tentu Perjanjian ini juga adalah berkaitan dengan kepentingan Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Gambar ini memperlihatkan dengan jelas negara-negara yang terlibat didalam upacara menandatangani Perjanjian Malaysia.

Lima (5) buah negara ini telah bersetuju untuk menyimpulkan Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia. Ia kesemuanya mengandungi sebelas (11) Artikel.

Pihak kami juga telah menyediakan penterjemahan bahasa Melayu mengikut penterjemahan bahasa yang telah ditulis didalam sebuah buku yang bertajuk "Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia" bagi kesemua sebelas (11) Artikel tanpa sebarang tokok tambah mahupun edit.

Diharapkan melalui usaha ini, orang ramai akan bertambah faham tentang apakah sebenarnya isi kandungan didalam Perjanjian Malaysia ini.

Mari lihat Artikel I (Pertama) dibawah ini.

Didalam Artikel I (Pertama), ia memfokuskan kepada Kerajaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya. Artikel ini menyatakan dalam bahasa Melayu bahawa;

"Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas ini dinamakan "Malaysia""

Didalam kefahaman pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu melalui Artikel I (Pertama) ini, ia menampakkan maksud bahawa ia seolah-olah adalah satu Persekutuan yang "Sama Taraf" dan sebagai "Rakan Kongsi". Kefahaman mereka dapat diterjemahkan seperti gambar dibawah ini. Dan kita juga selama ini menyangkakan seperti ini, sepertimana yang difahami oleh pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu.

Perlu difahamkan bahawa didalam bahasa Englisah "State" membawa maksud "Negara" manakala "state" pula membawa maksud "negeri". Perbezaannya adalah pada huruf besar "S" dan huruf kecil "s".

Namun realitinya, status kita sebenarnya adalah tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ketika menandatangani Perjanjian Malaysia. Mengapa? Sila rujuk kepada gambar dibawah ini untuk melihat dengan jelas semasa upacara menandatangani Perjanjian tersebut pada 9 Julai 1963.

Petak Biru adalah mewakili British Commonwealth. Negara North Borneo, Sarawak, Brunei, Singapore dan Malaya adalah berada didalam British Commonwealth. Petak Hijau mewakili kategori Status Tanah Jajahan (Crown Colony Status) dan warna Jingga/Oren pula mewakili kategori Status Naungan (Protectorate Status). Manakala garisan merah putus-putus menunjukkan bahawa Negara-negara didalamnya adalah masih dibawah kuasa jajahan British yang belum mencapai status "Merdeka" daripada British kecuali Malaya (Fasa III - Terakhir). Pada tarikh 9 Julai 1963 ketika Upacara Tandatangan Perjanjian Malaysia dilakukan di London, sebenarnya Negara North Borneo (Sabah) dan Negara Sarawak belum mencapai status "Self-Government ataupun Berkerajaan Sendiri" (Fasa II - Kedua). Status ini dipanggil "Non-Self-Governing ataupun Belum Berkerajaan Sendiri" (Fasa I - Pertama) berbanding dengan Negara Singapura, mereka sudah mencapai status "Full Internal Self-Government" pada tahun 1959 (Fasa II - Kedua). Penjelasan lanjut tentang perkara ini akan diberikan pada artikel yang lain.

Seterusnya kita beralih kepada Artikel II (Kedua).

Didalam Artikel II (Kedua), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai "Hari Malaysia")".

Dalam Artikel ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk membuat pindaan dan menggubal undang-undang mereka selari dengan isi kandungan dokumen didalam Lampiran A (Annex A) dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 (pindahan tarikh telah dilakukan dan ditetapkan pada 16 September 1963 dan ia akan dikenali sebagai Hari Malaysia).

Apakah yang terdapat pada Lampiran A (Annex A)? Sila rujuk kepada dokumen Perjanjian Malaysia yang telah disertakan didalam artikel ini dengan mengklik >>>Download Perjanjian Malaysia<<< ini.

Jikalau anda semua ada mengikuti dan membaca artikel tentang Pendedahan >>>Malaya adalah Malaysia dan Malaysia adalah Malaya<<<, anda akan tahu bahawa Penentangan Kerajaan Kelantan terhadap Penubuhan Malaysia adalah disebabkan oleh Pindaan Perlembagaan pada Artikel II (Kedua) ini. Hasil daripada penentangan Kerajaan Kelantan, Peguam Negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada waktu itu telah membuktikan bahawa Artikel II (Kedua) tidak mengubah Struktur Doktrin Asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu malah tidak terusik langsung, tidak diubah dan masih lagi mengekalkan identiti Asal sebagai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibawah Perjanjian 1957. Dalam erti kata lain, mesej yang ingin disampaikan kepada Kerajaan Kelantan pada waktu itu ialah "Tiada Persekutuan Baru" yang dibentuk. Hanya pertukaran nama daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia", Pindaan dan kemasukan beberapa Akta sahaja yang telah dilakukan. Namun, perkara ini tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura.

Didalam Artikel III (Ketiga), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan D Perjanjian ini".

Artikel III (Ketiga) ini menerangkan bahawa Perlembagaan Negara Sabah, Perlembagaan Negara Sarawak dan Perlembagaan Negara Singapura telah dibuat oleh Kerajaan British dan diberikan Kuasa Undang-Undang untuk menggerakkan Kerajaan mengikut Perlembagaan yang telah disediakan untuk digunapakai didalam Malaysia. 

Sila lihat gambar dibawah ini.

Ini bermaksud, Kuasa Perlembagaan yang menggerakkan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak sekarang adalah berasal daripada Kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain.

Sekarang mari beralih kepada Artike IV (Keempat) pula.

Didalam Artikel IV (Keempat), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini".

Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya terdapat penentangan dikalangan Pegawai-pegawai British terhadap pembentukan Malaysia ini kerana mereka mengetahui bahawa ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak namun mereka telah dilarang dan ditegah untuk menentang kerana ia melibatkan kepentingan bersama diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Artikel penuh tentang perkara ini akan dikongsikan kepada anda semua nanti.

Gambar diatas menerangkan maksud Artike IV (Keempat). Didalam Artikel IV (Keempat) inilah Akta Malaysia 1963 (Malaysia Act 1963) diwujudkan di Parlimen British untuk membolehkan North Borneo, Sarawak dan Singapura yang masih berstatus Tanah Jajahan Makhota (Crown Colony) disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada untuk membentuk Malaysia.

Gambar diatas ini adalah Akta Malaysia 1963 yang telah diwujudkan di Parlimen British seperti yang dinyatakan didalam Artikel IV (Keempat).

Didalam Artikel V (Kelima), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran E Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negara Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut".

Artikel V (Kelima) ini adalah kesinambungan dengan Artikel II (Kedua) yang memfokuskan kepada hal Perundangan dan Perlembagaan. Dalam Artikel V (Kelima) ini juga, ia memfokuskan kepada Perundangan Imigresen yang merangkumi Hak Keistimewaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Disinilah kuasa terhadap Imigresen Negara Sabah dan Negara Sarawak diberikan seperti mana yang dipersetujui didalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Inter-Governmental Committee. Keistimewaan ini yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengawal kemasukan orang luar yang bukan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Dalam konteks ini, ia memfokuskan untuk mengawal kemasukan bangsa Malaya ke Borneo.

Ini kerana, pemimpin-pemimpin Borneo tidak mahu bangsa Malaya membanjiri Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ia juga jelas tercatat didalam Memorandum 20 dan 18 Perkara, pada Perkara 6.

Didalam Artikel VI (Keenam), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Unitead Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang difikirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran F Perjanjian (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera} di Singapura)".

Artikel VI (Keenam) pula adalah berkaitan dengan Kerjasama Ketenteraan diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Jikalau terdapat sebarang konflik antarabangsa yang berpotensi untuk mencetuskan Peperangan, Kerajaan British mempunyai hak untuk menggunakan pangkalan ketenteraan yang ada diseluruh Malaysia pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Disamping itu juga, kerjasama ketenteraan akan dihulurkan kepada anggota-anggota Komanwel jikalau keadaan memerlukan. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Malaysia.

Oleh itu, adalah satu dakwaan yang tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan bahawa tidak akan ada bantuan ketenteraan yang akan diberikan jikalau Negara Sabah dan Negara Sarawak berpisah daripada Malaysia nanti. Ini kerana, setelah perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi realiti, bantuan ketenteraan Komenwel akan diberikan kepada Negara-negara anggota iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak bagi menguatkan ketenteraan yang mungkin belum mencukupi untuk menjaga keselamatan Negara. Pada waktu itu, Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah menjadi ahli anggota British Commonwealth of Nations.

Mulai hari ini, persoalan dan ugutan tentang perkara ini sudah dimatikan dan dihapuskan melalui jawapan pihak kami ini.

Gambar diatas menujukkan Perjanjian Keselamatan yang merujuk kepada Lampiran F (Annex F).

Didalam Artikel VII (Ketujuh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G Perjanjian ini bagi Maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak

(2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan I Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang termanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatangan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia".

Artike VII (Ketujuh) ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama (1) adalah berkaitan dengan Kerajaan British mahu membuat pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya yang akan bersara setelah berkhidmat di Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak sebelum Hari Malaysia (16 September 1963). Sila lihat gambar dibawah.

Manakala bahagian Kedua (2) pula adalah berkaitan dengan Perjanjian Pegawai Awam seperti yang dinyatakan didalam Lampiran H dan I (Annexes H and I). Kerajaan Malaysia perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura untuk menjadi wakil bagi pihak mereka untuk menandatangani dokumen Perjanjian Pegawai awam dengan Kerajaan British. Sila lihat gambar dibawah.

Mari beralih pula ke Artikel VIII (Kelapan).

Didalam Artikel VIII (Kelapan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya, Borneo Utara dan Sarawak. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, atau janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Persoalan yang perlu dibangkitkan didalam Artikel ini ialah "Dimanakah sudah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu?" Seperti yang anda semua sudah sedar, ia sebenarnya tidak hilang tetapi hanya bertukar nama sahaja. Kini, dunia mengenali Malaya dengan nama "Malaysia". 

Kerajaan Malaysia telah gagal dalam melaksanakan rekomendasi yang ada didalam Inter-Governmental Committee. Perkara ini akan didedahkan pada artikel lain.

Didalam Artikel IX (Kesembilan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Peruntukan Lampiran J Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura".

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Namun, sehingga ke hari ini ia masih tertera didalam Perjanjian Malaysia. Bagi pendapat anda, adakah perlu bagi Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengkaji Perjanjian Malaysia ini? Ya. Itu sudah pasti!

Walau bagaimanapun, mari kita cuba fahamkan mengapa Perjanjian tentang "Pasaran Bersama (Common Market)" in dibuat. Apabila sesuatu Perjanjian dibuat, ia bermaksud bahawa perkara tersebut adalah sangat penting.

Untuk pengetahuan anda semua, salah satu punca kepada berlaku Perpisahan Negara Singapura daripada Malaysia adalah disebabkan Kerajaan Persekutuan telah mengganggu dan melanggari Perjanjian ini. Segala lesen Perniagan yang pada mulanya dibawah kuasa Kerajaan Negara Singapura telah dimansuhkan dan dipindahkan ke Kerajaan Persekutuan. Ini bermaksud lesen perniagaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan ini telah membangkitkan kemarahan Kerajaan Singapura kerana perbuatan Kerajaan Persekutuan ini telah "Menjahanamkan Ekonomi Negara Singapura" sehingga menimbulkan konflik yang serius yang menjurus kepada perpisahan pada 9 Ogos 1965.

Sila jadikan perkara ini sebagai isu yang serius didalam Kerajaan Negara kita. Ini kerana "Dasar Kabotaj" yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah "Menjahanamkan" ekonomi Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pertumbuhan ekonomi yang lembab dan taraf hidup yang tinggi adalah disebabkan harga barang yang terlalu mahal kesan daripada dasar ini. Kerajaan Persekutuan lebih mengutamakan kepentingan "Perkapalan" mereka berbanding dengan hidup rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak yang berjumlah sekitar 6 juta.

Jikalau Kerajaan Persekutuan tidak mahu menghapuskan Dasar Kabotaj ini dan kononnya telah memberikan subsidi bagi menampung barangan-barangan yang dihantar ke Borneo, itu hanyalah alasan semata-mata. Maka ia akan menjadi salah satu faktor utama yang bakal dicatatkan didalam sejarah kerana ia telah menjadi punca kepada Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada Malaysia.

Didalam Artikel X (Kesepuluh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran K Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Artikel ini juga tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dan sehingga ke hari ini ia masih lagi wujud didalam Perjanjian Malaysia. Namun ia adalah sangat berbaloi untuk dikaji dan difahami.

Kerajaan Negara Singapura sangat pintar didalam perkara ini. Ini kerana mereka faham bahawa Penyiaran Televisyen sangat penting didalam memberikan informasi yang tepat kepada rakyat mereka tanpa tapisan daripada Kerajaan Malaysia.

Seperti yang anda semua sedar, sebelum dunia ini berubah menjadi zaman teknologi yang mempunyai aplikasi internet, rakyat bergantung sepenuhnya daripada televisyen kerajaan yang menyiarkan rancangan TV1, TV2, TV3 dan NTV7 dalam mendapatkan maklumat. Namun, Kerajaan Persekutuan telah menyalahgunakan tujuan ini saluran rancangan tersebut daripada siang dan malam untuk menghasut rakyat agar membenci mana-mana pemimpin yang berjuang demi kebenaran. Tidak juga ketinggalan bahawa doktrin umno-bn diterapkan didalam minda rakyat melalui fakta-fakta yang bodoh. Ucapan rasis yang tidak pernah kesudahan menjadi tajuk utama bagi setiap program rancangan.

Atas sebab itulah Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak perlu mendapatkan hak ini seperti mana yang telah diperjuangkan oleh Kerajaan Negara Singapura dahulu. Ini adalah hak kita.

Didalam Artikel XI (Kesebelas), ia memfokuskan kepada penggunaan bahasa. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain".

Akhir sekali, Artikel ini adalah satu bentuk peringatan bahawa jikalau terdapat sebarang keraguan teks ketika membuat interpretasi, rujukan didalam bahasa English perlu dijadikan rujukan utama.

Atas sebab itulah Bahasa English sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh semua rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak.

Setakat ini terdapat sebarang persoalan yang timbul? 

Sudah tentu ada!
  1. Adakah Perjanjian Malaysia masih Sah?
    Jawapan: Menurut Peguam Robert Pei, Perjanjian Malaysia ini adalah TIDAK SAH. Ini kerana Perjanjian ini telah ditandatangani oleh pihak yang tidak mempunyai status kelayakan yang setaraf dengan Kerajaan Malaya. Beliau merujuk kepada Kerajaan Negara North Borneo (Sabah), Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura kerana pada waktu tersebut, Negara-negara ini masih lagi berstatus sebagai "Tanah Jajahan Makhota" dan belum mencapai Kemerdekaan. Perjanjian Antarabangsa mewajibkan bahawa "Penandatangan" mesti memiliki status yang sama dengan pihak lain yang bersama-sama menandatangani Perjanjian Antarabangsa untuk mana-mana dokumen rasmi. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Dokumen Perjanjian Malaysia. Bagi pihak SSU-UK, satu artikel khas akan dibuat untuk perkara ini untuk menerangkan hal yang sebenar dan juga pihak SSU-UK bersetuju dengan Peguam Robert Pei. Sila rujuk >>>Artikel ini<<< untuk membaca dan memahami hujah beliau.
  2. Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?
    Jawapan: Ada Penipuan dan Ketidakadilan yang Jelas. Jikalau difikirkan betul-betul setelah memahami status "keahlian Malaysia" di United Natios (UN), Perjanjian Malaysia sebenarnya membawa maksud "Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" diantara Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri sebelum menjelma menjadi Malaysia! Hal ini baru sahaja diketahui dan didalam kajian antarabangsa, Pengkaji-pengkaji akademik mengenali Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui "Pertukaran Nama" mereka daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia" pada 16 September 1963 setelah "Tiga Negara-negara Baru" iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura kononnya "menyertai atau masuk" ke Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kefahaman dan jaminan yang telah diberikan kepada pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura pada ketika itu yang mana mereka diberitahu bahawa mereka akan membentuk "Persekutuan Baru" tetapi rupa-rupanya ia adalah satu PENIPUAN yang jelas, terang lagi bersuluh!
Sebelum anda  bertanyakan soalan lebih banyak, mari lihat dahulu analisis pihak SSU-UK tentang Perjanjian Malaysia ini.

Berdasarkan kepada penelitian, daripada 11 Artikel ini, Empat (4) daripada Artikel ini menunjukkan bahawa Perjanjian TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN.

Artikel I (Satu): Ia sudah tidak berkaitan kerana Negara Singapura sudah tidak berada didalam Malaysia. Dan lagi, menurut Peguam Robert Pei, ia adalah satu Perjanjian yang tidak sah kerana Perjanjian ini telah dilakukan pada keadaan yang tidak sah yang mana Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura masih lagi berstatus Tanah Jajahan Makhota British dan bukan sebagai sebuah negara-negara yang merdeka seperti Malaya. Sila lihat gambar yang telah disertakan dibawah Artikel I tersebut dan anda akan pasti memahaminya. Ini kerana daripada aspek kedudukan, ia jelas sangat berbeza dan tidak setaraf.

Artikel VIII (Kelapan): Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sudah menukar namanya menjadi Kerajaan Malaysia dan TIDAK MEMATUHI, TIDAK MENGHORMATI DAN TELAH MELANGGARI Perjanjian Malaysia dengan menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC.

Artikel IX dan X (Kesembilan dan Kesepuluh): Artikel sudah tidak berkaitan dengan Malaysia mahupun dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak kerana Negara Singapura sudah tidak lagi berada didalam Malaysia. Namun sehingga kini, ia masih lagi tertera didalam Perjanjian Malaysia tanpa sebarang perubahan.

Kesimpulan: Empat daripada Sebelas Artikel sebenarnya telah TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC. Kerajaan Malaya yang telah menukar identitinya sebagai Kerajaan Malaysia juga telah menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965 yang mana penurunan status tersebut dilakukan pada 27 Ogos 1976. 

Maka, dapat disimpulkan secara menyeluruh bahawa Satu Perjanjian Baru mesti dilakukan semula dengan syarat Kemerdekaan Penuh MESTI diberikan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak dan SATU "Persekutuan" yang benar-benar "Baru" diwujudkan untuk mempersekutukan Kerajaan Malaya, Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dengan nama "Malaysia". Ini hanya jikalau Kerajaan Malaya yang bertopengkan Kerajaan Malaysia benar-benar ingin menyelamatkan "Persekutuan" ini. Jikalau tidak, Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah PASTI menjadi NYATA yang mana ia akan dilakukan oleh Generasi-Generasi Muda dengan sokongan vateran-vateran yang berjiwa Nasionalisme dan Patriotik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Itu adalah Muktamad!

ANALISIS TAMBAHAN

Analisis Tamabahan telah dilakukan untuk melihat dengan lebih jelas tentang sejauh manakah Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Hasil penemuan daripada pihak SSU-UK mendapati bahawa sebenarnya ia lebih berpihak kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura. Sila lihat gambar dibawah ini.

Artikel XI (Kesebelas) dikecualikan daripada pengiraan ini kerana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada Perjanjian Malaysia secara langsung. Maka, jumlah kesemua Artikel ini dihitungkan sebanyak Sepuluh (10) Artikel. Daripada Sepuluh Artikel ini, hanya terdapat Tiga Artikel sahaja yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak iaitu pada Artikel I, III dan VIII (Pertama, Ketiga dan Kelapan). Apabila diterjemahkan didalam bentuk peratusan, sebanyak 30% (3/10) sahaja kepentingan telah diberikan kepada Borneo. Manakala Negara Singapura pula mencatatkan sebanyak 40% (4/10) dan peratusan yang dicatatkan bagi Kerajaan Malaya adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 90% (9/10). Dalam erti kata lain, Perjanjian Malaysia ini telah memberikan kelebihan yang lebih banyak kepada Kerajaan Malaya dan Singapura berbanding dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Sekarang, anda faham? 

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, sila lihat pada gambar Graf Carta Pai dibawah.

Apabila dimasukkan ke dalam Graf Carta Pai, ia jelas menunjukkan bahawa sebanyak 56% kelebihan keutamaan hasil daripada Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Kerajaan Malaya manakala Kerajaan Negara Singapura mendapat kelebihan keutamaan sebanyak 25% yang lebih tinggi berbanding dengan Negara-negara di Borneo iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak yang hanya mampu mendapat kelebihan dalam keutamaan sebanyak 19% sahaja.

Satu persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur setelah mengetahui perkara ini. Perlukah anda, rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempertahankan Perjanjian Malaysia ini? Dengan mempertahankan Perjanjian Malaysia, anda sebenarnya sedang berusaha untuk mempertahankan kelebihan Kerajaan Malaya.

Buka Mata dan Minda anda untuk memahami keadaan ini!

Mohon anda semua untuk sebarkan artikel pendedahan ini demi membangkitkan kesedaran semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Mari lakukan perubahan secara mutlak demi Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang lebih terjamin dan cerah!

Artikel lebih terperinci tentang disebalik Perjanjian Malaysia ini akan didedahkan tidak lama lagi. Sila ikuti perjalanan perjuangan SSKM-SSU(UK) dengan semangat Pejuang Bangsa yang SEJATI!


Sumber:

Salam sejahtera, salam hormat dan salam berjuang kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan kini sudah berdaftar secara SAH dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. 

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh.

Disini, pihak kami mengetengahkan empat (4) bukti untuk menyokong hujah kenyataan kami. Bukti-bukti tersebut adalah seperti didalam gambar rajah dibawah.

BUKTI PERTAMA: DEFINISI "PERSEKUTUAN" MENGIKUT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK.

Seorang pengkaji bebas yang berasal daripada Negara Sabah, iaitu En.Zainnal Ajamain telah memainkan peranan yang sangat penting didalam membongkarkan rahsia persoalan ini dengan memberikan bukti tersebut melalui definisi "Persekutuan" didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pada Artikel 160 (2).

(seorang Journalis Bebas yang bernama En. Joe Fernandez menafikan peranan En. Zainnal didalam penemuan definisi tersebut kerana menurut beliau, dialah yang telah mendedahkan perkara ini kepada En.Zainnal Ajamain)

Definisi tersebut adalah seperti berikut;

"The Federation" means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang ditubuhkan dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957.

(Anda semua perlu tahu bahawa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 adalah kesinambungan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948).

Selain itu juga, terdapat perbezaan interpretasi (penafsiran) yang jelas tentang maksud "Persekutuan" apabila merujuk kepada Perlembagaan Negara Sabah dan Perlembagaan Negara Sarawak.

Sila lihat pada Part V, General Provision, 46 (Interpretation) untuk Perlembagaan Negara Sabah dan Part V, General Provision, 44 (Interpretation) Perlembagaan Negara Sarawak.

Interpretasi "Persekutuan" adalah seperti berikut;

"the Federation" means the Federation to be known, on and after Malaysia Day, by the name Malaysia.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang dikenali, pada dan selepas Hari Malaysia, dengan nama Malaysia.

Tapi benarkah ia berbeza? Mari kita kupas lagi akan perkara ini.

Definisi "Persekutuan" ini akan membawa kita kepada pembongkaran yang lebih jelas walau bagaimanapun, ia sangat mengelirukan jikalau tidak memahaminya dari awal.

Didalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat keganjilan yang berlaku iaitu Perlembagaan tertinggi negara ini tidak mempunyai tafsiran bagi "Malaysia Day".

Tafsiran "Malaysia Day" HANYA terdapat didalam Perlembagaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Untuk Perlembagaan Negara Sabah, ia adalah seperti berikut;

"Malaysia Day" means the day referred to as Malaysia Day in the Malaysia Act

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Hari Malaysia" bererti hari yang dirujuk sebagai Hari Malaysia didalam Akta Malaysia.

Manakala untuk Perlembagaan Negara Sarawak, ia adalah seperti berikut;

"Malaysia Day" means the day referred to as Malaysia Day in the Malaysia Act of the Federation.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Hari Malaysia" bererti hari yang dirujuk sebagai Hari Malaysia didalam Akta Malaysia Persekutuan.

Didalam Akta Malaysia, definisi bagi "Persekutuan" adalah seperti berikut;

"the Federation" means the Federation called Malaysia after the federation of the new States with States forming the Federation of Malaya.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang dipanggil Malaysia selepas Persekutuan negara-negara baru dengan negara-negara yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).


Dalam erti kata lain, definisi "Malaysia Day" didalam Akta Malaysia adalah merujuk kepada Artikel I didalam Perjanjian Malaysia.
 Untuk melihat lebih jelas lagi, sila rujuk kepada gambar dibawah ini.

Seperti yang telah diterangkan diatas dan juga melalui bantuan gambar, didalam Akta Malaysia (Malaysia Act), Malaysia adalah nama bagi Persekutuan yang dibentuk pada 16 September 1963. Pada tarikh ini jugalah Perlembagaan negara Sabah dan negara Sarawak berkuatkuasa serta-merta dan muncul sebagai sebuah Kerajaan yang mempunyai kuasa Perlembagaan dan Kerajaannya. 

Rumusan untuk Bukti Pertama ini ialah terdapat percanggahan definisi tentang erti maksud "Persekutuan". Tetapi sejauh manakah percanggahan itu wujud? Adakah benar ia saling bercanggah antara satu sama yang lain? 

Apa yang dapat kita faham daripada Bukti Pertama ini ialah definisi "Persekutuan" menurut Perlembagaan Persekutuan adalah "Persekutuan" yang dibentuk dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 dan bukan berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963. Namun, persoalan yang benar-benar perlu dijawab ialah adakah definisi "Persekutuan" didalam Perlembagaan negara Sabah dan Perlembagaan negara Sarawak sebenarnya merujuk kepada definisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Jawapan ini hanya dapat dirungkaikan selengkapnya dengan merujuk kepada Bukti Ketiga. Sebelum itu, mari kita beralih dahulu kepada Bukti Kedua.

BUKTI KEDUA: PENENTANGAN KERAJAAN KELANTAN TERHADAP KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA)

16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak kerana pada tarikh inilah negara-negara Borneo bersama-sama dengan Kerajaan Negara Singapura serta Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) membentuk Kerajaan Persekutuan yang dipanggil "Malaysia". Pada tarikh ini jugalah kuasa kedaulatan dan kemerdekaan telah diamanahkan kepada "Kerajaan Malaysia" oleh Kerajaan British.

Persoalannya, mengapa kuasa kemerdekaan dan kuasa kedaulatan diamanahkan kepada Kerajaan Malaysia dan bukan kepada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura? Persoalan ini akan dijawab pada Bukti Ketiga.

Bukti kedua ini akan memberikan pencerahan dan penjelasan hasil daripada kesinambungan Bukti Pertama untuk menguatkan kefahaman anda tentang "benarkah Malaya itu adalah Malaysia?"

Apabila sebuah "Kerajaan Persekutuan" yang dikenali sebagai "Malaysia" ini hampir dibentuk, tiba-tiba Kerajaan Kelantan telah menentang niat dan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Kerajaan Kelantan telah memfailkan saman sebagai tanda membantah pembentukkan Malaysia pada 10 September 1963 (6 hari sebelum peristiharan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963) atas beberapa alasan, iaitu:
  1. Akta Malaysia 1963 akan melanggari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 dengan memansuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Sebarang cadangan untuk membuat pemindahan memerlukan kebenaran setiap negeri (negeri-negeri tanah melayu) termasuk Kelantan, dan ini tidak diperolehi.
  3. Sultan Kelantan sepatutnya menjadi salah seorang penandatangan Perjanjian Malaysia.
  4. Sebarang pindaan terhadap perlembagaan dalam Konvensyen Perlembagaan ditentukan melalui perundingan dengan pemerintah-pemerintah negeri.
  5. Parlimen Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang untuk Kelantan dalam perkara-perkara yang Kerajaan Kelantan boleh menggubalnya sendiri.
Jawapan kepada bantahan Kerajaan Kelantan ini kemudiannya dipatahkan oleh Ketua Hakim Negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada waktu itu, James Thomson (Chief Justice) 30 jam sebelum Persekutuan Malaysia diistiharkan (15th September 1963) dengan beberapa hujah iaitu:
  1. Walaupun jika Kelantan merupakan negeri yang berdaulat dahulu sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957, kesan kepada perjanjian tersebut adalah sebahagian besar kuasa-kuasa yang membentuk Kedaulatan telah diluluskan oleh Kerajaan Kelantan kepada Persekutuan.
  2. Kuasa-kuasa ini adalah terhad dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan 1957 yang membentuk sebahagian daripada perjanjian itu. Makhamah juga mendapati bahawa Akta Malaysia dalam meminda perlembagaan untuk menerima kemasukan "negeri-negeri (negara-negara)" dan menukar nama kepada "Malaysia" tidak bercanggah dengan kehendak perlembagaan.
  3. Dan jika langkah-langkah yang telah diambil adalah dalam keadaan yang sah, maka sudah tentu hasilnya tidak dapat menjadikan mereka menyalahi undang-undang.
  4. Apa yang kini dikenali sebagai "Struktur Doktrin Asas" yang menetapkan bahawa pindaan perlembagaan boleh diistiharkan oleh makhamah sebagai tidak sah hanya jikalau ia memusnahkan struktur asas perlembagaan.
  5. Oleh itu, Makhamah perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahawa struktur asas tidak dibongkarkan. Ia adalah dalam fungsi mereka untuk mentafsirkan perlembagan dan menentukan apakah ciri-ciri asas mereka.
Didalam Bukti Kedua ini, ia menjelaskan bahawa Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin malaya yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak menjejaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Ini kerana Perjanjian Malaysia yang telah ditandangani pada 9 Julai 1963 di London tidak mengubah "Struktur Doktrin Asas" Perlembagaan Persekutuan yang wujud untuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Ini juga bermaksud, Persekutuan yang dibentuk ini dengan nama baru "Malaysia" pada 16 September 1963 sebenarnya bukanlah sebuah "Persekutuan Baru" ataupun "Kerajaan Baru" tetapi adalah nama baru bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang kononnya telah menerima kemasukkan tiga buah negara (wilayah) baru kedalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Dalam ertikata lain, ia menampakkan seolah-olah North Borneo (kini dipanggil Sabah), Sarawak dan Singapura "menyertai ataupun memohon" untuk menjadi "anggota" ataupun "ahli" didalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Ini sebenarnya adalah bertentangan sepenuhnya dengan keinginan Bangsa Negara North Borneo (kini dipanggil Sabah), Negara Sarawak dan Negara Singapura yang mahukan sebuah "Persekutuan Baru" dengan nama "Malaysia", yang menghasilkan "Persekutuan" daripada empat buah negara sebagai rakan kongsi sama taraf dengan malaya. Namun, keadaan berlaku disebaliknya pula.

Untuk menguatkan lagi Bukti Kedua ini bahawa Malaya itu adalah sebenarnya Malaysia, mari kita beralih kepada Bukti Ketiga yang sebenarnya ditunggu-tunggu.

BUKTI KETIGA: KEAHLIAN MALAYA DIDALAM UNITED NATIONS (UN)

Tahukah anda bahawa pada tarikh 16 September 1963, disaat deklarasi pembentukkan "Malaysia" diistiharkan di Padang Merdeka Negara Sabah, Negara Sarawak dan Stadium Merdeka Malaya, pada hari tersebut jugalah malaya telah menghantar wakil Kerajaan mereka iaitu Yoke Lin Ong (Ong Yoke Lin) untuk menyampaikan surat pemberitahuan kepada United Nations (UN) bahawa "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" telah menukarkan namanya kepada "Malaysia" berserta dengan pindaan perlembagaan yang membolehkan penyertaan tiga negara baru iaitu North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Pindahan perlembagaan ini juga tidak mengubah identiti asal Malaya yang telah menyertai UN pada 17 September 1957

 Apa yang berubah hanyalah sempadan antarabangsa sahaja yang telah menjadi lebih besar daripada sebelumnya tetapi masih mengekalkan identiti asal sebagai Malaya didalam keahlian keanggotaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bukti ini dapat dilihat melalui surat pemberitahuan yang telah tercatat didalam "United Nation Juridical Yearbook 1963". Sila Download Lampiran United Nations Juridical Yearbook 1963.

On 16 September 1963 the Secretary-General received a letter from H. E. Dato' Ong Yoke Lin, who was accredited to the United Nations as Permanent Representative of the Federation of Malaya, notifying him that by the constitutional process of amendment the name of the "Federation of Malaya" had been changed to Malaysia. While not dealt with in this letter, the change of name had been accompanied by the addition of Singapore, Sabah (North Borneo) and Sarawak to the Federation of Malaya. Changes in the Constitution of the Federation of Malaya were also made "so as to provide for the admission of those States and for matters connected therewith" (Preamble to Malaysia Bill).

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

Pada 16 September 1963, Setiausaha Agung telah menerima satu surat daripada H.E.Dato' Ong Yoke Lin, yang telah ditugaskan ke Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Perwakilan Tetap Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), untuk memberitahunya bahawa dengan proses penggubalan perlembagaan, nama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah ditukar kepada Malaysia. Dengan tidak membincangkan perkara tersebut didalam surat ini, perubahan nama tersebut telah disertakan dengan penambahan Singapura, Sabah (North Borneo) dan Sarawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pindahan didalam Persekutuan Tanah Melayu juga telah dilakukan "untuk membolehkan kemasukan negara-negara tersebut dan yang berkaitan bersamanya" (Pengenalan awal kepada Bil Malaysia).

Dalam ertikata lain, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) itu sebenarnya masih wujud lagi sehingga sekarang dan pihak antarabangsa mengenali kewujudan Malaya dengan nama "Malaysia". Apa yang sebenarnya menjadi isu serius disini ialah selama ini pemimpin-pemimpin negara Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak diberitahu bahawa mereka akan dan membentuk "Persekutuan Baru" dengan memiliki "Perlembagaan Baru". Namun, penggunaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada peringkat awal dijadikan sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk memudahkan pembentukkan kerajaan baru ini tanpa perlu bersusah-payah. Ternyata selepas terbentuknya Malaysia selepas beberapa tahun kemudian, pemimpin malaya iaitu Tunku Abdul Rahman enggan ataupun tidak mahu membuat Perlembagaan baru. Persoalan kepada keengganan Tunku Abdul Rahman ini telah terjawab melalui Bukti Ketiga ini.

Selain itu juga, pemimpin-pemimpin Borneo tidak pernah diberitahu tentang perkara yang sebenar ini kerana kematangan politik yang masih mentah serta latar belakang pendidikan yang jauh berbanding dengan pemimpin-pemimpin malaya telah menjadi faktor kepada manipulasi dan penipuan yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin malaya terhadap pemimpin-pemimpin Borneo.

Pemimpin-pemimpin Borneo hanya mula menyedari akan perkara ini setelah Singapura menarik diri pada tahun 1965 daripada Malaysia dan krisis perlembagaan di negara Sarawak tercetus pada tahun 1966.

Pemimpin-pemimpin malaya tidak pernah berlaku jujur terhadap pemimpin-pemimpin Borneo dan bangsa Borneo. Ini jelas dapat dilihat sehingga ke hari ini. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk kepentingan politik dan kerajaan mereka sahaja. Penentangan daripada Indonesia yang mengatakan bahawa pembentukan Malaysia ini adalah sebenarnya satu bentuk penjajahan di alaf baru ternyata benar.

Ini kerana negara Sabah dan negara Sarawak tidak memiliki Kuasa Kedaulatan dan Kemerdekaan yang sebenar. Ini disebabkan kuasa tersebut telah dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur secara rasmi pada 16 September 1963.

Maka, untuk menjawab persoalan yang timbul dalam Bukti Pertama, jawapannya ialah Malaysia Day yang dirayakan pada 16 September 1963 itu sebenarnya merupakan Hari bagi Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura "menyertai" Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tanpa disedari oleh mereka. Untuk lebih tepat lagi, 16 September 1963 sebenarnya adalah Hari bermulanya Penjajahan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) keatas negara Sabah, negara Sarawak dan negara Singapura secara rasmi yang bertopengkan "Malaysia".

Inilah yang menyebabkan pihak SSKM-SSU(UK) menjadikan 16 September sebagai "Black 16 September" sebagai simbolik kepada Penjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia keatas negara Sabah dan negara Sarawak. 

Atas kesedaran ini, satu kumpulan dari negara Sarawak telah mewujudkan sebuah kumpulan dengan nama 916 Occupation Day yang dipimpin oleh Pn.Lina Soo, seorang aktivis yang mendedikasikan dirinya kepada Perjuangan Memerdekakan Negara Sarawak daripada cengkaman penjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia.

Segala perbincangan awal untuk mewujudkan "Persekutuan Baru" sebelum 16 September 1963 itu sebenarnya hanyalah satu omongan kosong oleh pemimpin-pemimpin malaya dan British yang bertujuan untuk sekadar mendapatkan keyakinan dan sokongan daripada pemimpin-pemimpin Borneo. Ia dilakukan dengan penipuan yang menjijikan.

Ini juga dapat dibuktikan apabila sikap dan perjuangan Tun Fuad Stephens yang pada mulanya menentang penyertaan North Borneo dalam pembentukan Malaysia ini telah bertukar kepada Pro Malaysia setelah diberi jaminan bahawa "Malaysia" bukanlah "Satu Bentuk Pemindahan Kuasa Dari London Ke Kuala Lumpur". Atas jaminan tersebutlah beliau telah bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia dan berhempas-pulas untuk menjayakannya. Beliau juga telah mempengerusikan Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) dan Pengerusi kepada Kumpulan Sabah bagi perbincangan dalam Inter-Governmental Committee (IGC).

BUKTI KEEMPAT: DOKUMEN-DOKUMEN KOLONIAL DAN BUKU KAJIAN BRITISH COMMONWEALTH

Dalam bukti keempat ini, pihak kami tidak akan menyentuh secara terperinci kerana akan ada satu artikel khas ditulis untuk menerangkan secara terperinci tentang perkara ini.

Walau bagaimanapun, pihak kami masih tetap akan sertakan beberapa bukti-bukti yang telah direkodkan didalam dokumen-dokumen kolonial bahawa Malaysia itu adalah Malaya dan Malaya itu adalah Malaysia.

Sila rujuk kepada gambar dibawah ini. Kenyataan ini diambil didalam rahsia dokumen kolonial.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut:

"Seperti yang saya dinasihatkan ditempat lain, kedudukan undang-undang adalah Persekutuan Baru tidak akan diwujudkan; ia adalah pembesaran persekutuan yang sedia ada dan dari sudut pandangan antarabangsa, ia seharusnya memperlihatkan seperti itu"


Dokumen diatas ini pula merupakan surat daripada Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British. Dia menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan sebarang komitmen selagi Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani yang akan menyaksikan dan mengesahkan bahawa pemindahan kuasa Perundangan dan Kedaulatan negara North Borneo (kini dipanggil Sabah), negara Sarawak dan negara Singapura kepada Malaysia (seperti yang telah didedahkan melalui Bukti Ketiga, Malaysia itu adalah Malaya).

Jadi, melalui perkongsian dua dokumen kolonial ini, adakah anda masih ragu-ragu dan tidak mahu menerima kenyataan berfakta bahawa malaya sebenarnya telah menjajah negara Sabah dan negara Sarawak melalui Perjanjian yang ditandatangi pada 9 Julai 1963? Atau anda masih tidak memahaminya? Jikalau masih tidak memahaminya, pihak kami akan menghasilkan beberapa artikel lagi untuk menerangkan dengan lebih mudah dan jelas berhubung perkara ini.

Pihak kami juga ingin berkongsikan tentang sebuah buku dengan anda semua yang telah ditulis oleh seorang Professor British yang bernama A.J.Stockwell. Beliau telah memadatkan semua dokumen-dokumen sepanjang proses pembentukkan Malaysia ini dan dimuatkan kedalam satu buku yang mempunyai 831 muka surat. Dokumen-dokumen kolonial yang dimiliki oleh pihak kami hampir semua telah dimasukkan dan dipadatkan didalam buku ini yang bernama "Malaysia" dalam kategori British Documents On The End Of Empire: Series B Volum 8 - Malaysia.

Ia merupakan satu buku rujukan yang sah, benar, berfakta dan dijadikan rujukan untuk kajian pembelajaran negara-negara didalam Commonwealth.

Anda semua digalakkan sepenuhnya untuk men "Download" buku ini. Setelah anda membacanyanya, anda bolehlah memutuskan sama ada semua perkongsian artikel yang selama ini disebarkan oleh pihak kami adalah berupa "hasutan, pembohongan, fitnah" ataupun "benar, berfakta dan sahih". Itu hak anda untuk menentukan.

Pihak kami juga berharap anda dapat sebarkan kebenaran ini melalui perkongsian secara verbal (mulut-perbualan, ceramah, perbincangan dan sebagainya) dan cetak. 

Keempat-empat bukti ini sepatutnya sudah cukup kuat untuk menyakinkan anda semua agar faham sepenuhnya bahawa selama ini Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak telah DITIPU oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dibawah kepimpinan malaya iaitu Tengku Abdul Rahman Putra Al-haj bahawa kononnya Persekutuan Malaysia ini adalah satu persekutuan Perkongsian oleh 4 buah negara. 

Sebaliknya dakwaan tersebut hanyalah satu PENIPUAN BESAR. Tunku Abdul Rahman melalui kenyataannya pada sebelum ini yang mengatakan bahawa North Borneo, Sarawak dan Singapura akan menjadi negeri ke-12, ke-13 dan ke-14 itu sememangnya benar tetapi dengan segera dia telah menafikan setelah mendapat kecaman hebat daripada pemimpin-pemimpin Borneo. Dalam erti kata lain, sebenarnya ternyata memang SAH dan BENAR bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak sedang DIJAJAH oleh Malaya secara halus melalui identiti nama baru yang bertopengkan Malaysia.

Sir William Goode, Governor North Borneo pada waktu itu melalui kenyataannya telah memberikan amaran keras kepada Tunku Abdul Rahman seperti dibawah yang dipetik daripada buku yang berjudul "Malaysia", diterbitkan untuk Institute Commonwealth for Studies di University London ;

"Wholly support Malaysia but... Tunku must avoid "taking over" Borneo territories as Colonies. Any impression of being transferred as Colonies from Britain to Malaya will provoke a Merdeka [independence] Movement against K.L - potentially irresistible"

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Disokong sepenuhnya Malaysia tetapi... Tunku mesti mengelak "mengambil alih" wilayah Borneo sebagai Tanah Jajahan. Sebarang gambaran pemindahan sebagai Tanah Jajahan daripada British kepada Malaya akan mencetuskan Pergerakan Kemerdekaan menentang K.L - Potensinya sangat mustahil untuk dielakkan"

Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman membalas kenyataan beliau seperti berikut;

"The peoples of the territories are good, simple people. They will be easy to handle if ideas are not put in their heads"

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Orang-orang di wilayah tersebut adalah baik, berfikiran ringkas. Mereka akan senang diurus jikalau idea tidak diletakkan didalam kepala mereka"

Seperti yang telah didedahkan kepada anda semua, Malaysia ini adalah tidak lain dan tidak bukan sebenarnya bersamaan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada tahun 1957 dengan identitinya kekal, tidak berubah dan hanya pindaan perlembagaan sahaja yang dilakukan untuk membolehkan kemasukan wilayah baru ke dalam persekutuan serta dengan perluasan sempadan antarabangsa sahaja yang berubah. 

Daripada Bukti Satu, Bukti Dua, Bukti Tiga dan Bukti Empat ini, ia jelas mengatakan bahawa Malaysia itu adalah Malaya dan Malaya itu adalah Malaysia yang menjalankan kefungsian Struktur Asas Perlembagaan yang dibentuk berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957.

Dalam erti kata lain, Persekutuan Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963 adalah sangat bertentangan dengan konsep yang telah dipersetujui dikalangan pemimpin-pemimpin Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura yang mahukan pembentukkan "Persekutuan Baru" dibentuk berdasarkan kepada konsep "Perkongsian Empat Negara". 

Apa yang berlaku adalah disebaliknya yang mana Negara Sabah dan Negara Sarawak telah dijadikan "Extension state of Malaya" atau "Tambahan negeri Malaya" yang berlokasikan di Borneo. Dalam ertikata lain, inilah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai "Penjajahan Halus oleh Malaya". 

Namun, pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura pada waktu itu tidak sedar dan telah percaya bahawa ia adalah "Persekutuan Baru" yang dibentuk berdasarkan kepada formula "Rakan Kongsi Sama Rata (Equal Partnership)".

Pihak kami seterusnya akan memberikan pendedahan sebenar tentang status Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak pada kenyataan rasmi seterusnya.

Adakah kini anda sudah sedar? Jikalau ya, sila sebarkan info ini.

*********************************************************

Bahan-bahan rujukan untuk di DOWNLOAD sebagai rujukan anda;

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.