PARTI WARISAN PROKSI PARTI MALAYA BAGI MENERUSKAN
PENJAJAHAN BARU
Parti UMNO-lah yang dijadikan medium untuk menguasai wilayah
Sabah sejak bermulanya rancangan Persekutuan Tanah Melayu menjajah Sabah pada
16hb. September 1963. Selama bertahun-tahun UMNO berusaha ingin masuk dan bertapak
di Sabah bagi melaksanakan perancangannya yang tersembunyi terhadap sumber dan
hasil Sabah. Pada tahun 1976, banyak perkara malang yang berlaku bagi Sabah dan
sedikit sebanyak telah memberi keuntungan kepada Malaya. Mereka menggunakan
pemimpin-pemimpin tertentu bagi melaksanakan perancangan tersembunyi tersebut.
Namun hasrat besar mereka, UMNO harus bertapak di Sabah, sehinggalah mereka
berjaya melakukannya pada 21 Febuari 1991.
"UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 kemudian dibubarkan
pada 1987 dan selepas itu hidup semula satu parti baru yang dinamakan 'UMNO
Baru'. Pada saya, parti UMNO Baru itu adalah parti ciptaan Tun Dr. Mahathir dan
sekarang beliau cipta lagi satu parti iaitu parti Bersatu." Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai hanya satu serpihan parti daripada
UMNO. "Perlu diingat juga bahawa dalam nama UMNO ada perkataan 'bersatu',
parti UMNO Baru pun ada 'bersatu' dan parti sekarang dinamakan Bersatu.
Bermakna ini adalah 'UMNO Baru'; beliau mahu menggantikan UMNO dengan parti
baharu ini,". Samada dirancang atau kebetulan huruf U.M.N.O
bermaksud “United Malay National Organisation”, manakala Parti Pribumi
Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya ialah “United Malaysian Natives
Organisation”, jika hurufnya disingkatkan ianya adalah U.M.N.O.
Bermakna PPBM ini adalah inkarnasi dari dari UMNO yang sebentar lagi akan mati.
Tun Dr.Mahathir berkeinginan untuk mematikan "Umno Baru" ciptaannya
dan muncul PPBM.
Sebenarnya Dtk. Seri Shafie Afdal (DSSA) ditawarkan jawatan
tinggi di dalam parti baru ini (PPBM), tetapi DSSA membuat kenyataan bahawa
ia menolak atas sebab mahu menumpukan perjuangannya di Sabah. Sebenarnya semua
ini telah dirancang oleh Tun Dr.Mahathir untuk meneruskan empayar penguasaan
Malaya terhadap Sabah. Dengan menubuhkan Parti Warisan, ini dapat memujuk
rakyat Sabah agar menyokong parti ini kerana bunyinya kedengaran parti
tempatan. Apa lagi dengan kekuatan dan keyakinan Warisan bahawa dia akan
menggempur kubu-kubu kuat Umno di Sabah. Sudah tentu ‘Mahathir and the gang’
sudah membuat analisa dan merujuk data lama dari fail UMNO tentang perkara ini,
sebab Tun Dr.Mahathir masih memegang rahisa analisis pengundi di tempat-tempat
penguasaan Umno tersebut.
Pada mulanya, PPBM berhasrat melebarkan sayapnya ke Sabah sebagai parti terkuat bagi menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi, oleh kerana berkumandang slogan rakyat "Sabah for Sabahans" dan "Tolak Parti Malaya", maka dengan cekap dan cerdas Tun Dr.Mahathir berfikir bahawa perancangan untuk menerbangkan PPBM ke Sabah tidak boleh diteruskan.
Dengan percaturan bahawa DSSA tidak dimasukkan ke dalam jawatankuasa PPBM, maka jalan lain adalah menubuhkan Parti Warisan sebagai jelmaan kepada PPBM untuk 'jambatan kepada parti-parti Malaya' bagi terus menguasai Sabah. Sebab, jika parti-parti Malaya dipulangkan dan tidak bertapak lagi di Sabah dan teras perjuangan Gabungan Sabah dilaksanakan, maka ia adalah satu ancaman kepada Malaya dari segi ekonomi.
Maka dengan itu, DSSA sanggup dikambing hitamkan untuk menjadi pijakan kepada para rakus itu untuk berkongsi harta bersama di Sabah selepas ini. DSSA menggunakan slogan “Sabahans for Sabah” sebagai acuan menarik perhatian rakyat agar kelihatan lebih menitik beratkan hak dan kepentingan Sabah. Kalau betul DSSA ingin berjuang untuk Sabah, apa relevannya menubuhkan parti baru? Kenapa tidak bergabung saja dengan parti-parti yang sedia ada? Parti baru yang ditubuhkan hanyalah memecah-belahkan rakyat dan terbukti bahawa sebahagian rakyat yang menantikan penyatuan tiga parti sebelum ini (STAR, SAPP, PCS) dan masih sangsi dengan Gabungan Sabah, akhirnya meletakkan kepercayaan kepada Parti Warisan disebabkan adanya peluang dan jawatan baru yang menjadi rebutan (mentaliti politikus Sabahan).
Selepas tertubuhnya parti Warisan dan kelihatan gah di
Sabah, khususnya di beberapa tempat maka DSSA dan kumpulannya semakin yakin
bahawa perancangan berjalan dengan lancar. Dengan demikian, DSSA dengan pelik
berkata bahawa dia “tidak minat mempersatukan parti, tetapi lebih berminat
mempersatukan rakyat”. Kenyataannya ini menunjukkan bahawa dia boleh jadi
hero baru bagi Sabah untuk mempersatukan rakyat. Jika difikirkan secara logik,
bukankah “Parti politik” medium ampuh yang memecahkan-belahkan rakyat dan parti
politik jugalah yang menyatukan rakyat?
Jika benar DSSA ingin berjuang untuk kepentingan Sabah
bagi mengembalikan hak dan kedaulatannya, maka tiada alasan baginya untuk tidak
bergabung dengan Gabungan Sabah yang ternyata telus memperjuangkan isu
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), 20Perkara dan sebagainya. Gabungan Sabah
(United Sabah Alliance) telah menandatangani satu perjanjian pada 20hb.
November 2016, di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bahawa pada PRU-14 akan datang
konsep “1 lawan 1” dilaksanakan oleh parti-parti yang bergabung bagi
mengelakkan pertembungan dan memecahkan undi. Pengerusi penganjur pelancaran
Piagam Gabungan Sabah telah menghantar surat jemputan beberapa kepada DSSA untuk menghadiri
pelancaran itu, namun pihak penganjur tidak mendapat jawaban yang diharapkan. Sekiranya DSSA sebagai Presiden parti tidak dapat hadir, seharusnya orang nombor 2 atau 3 dalam parti haruslah diwakilkan bagi menunjukkan sokongan terhadap Gabungan Sabah. Oleh
kerana DSSA mempunyai ‘agenda tersembunyi’ maka beliau tidak berfikir penting
untuk dia hadir dalam pelancaran itu atau menghantar wakilnya (Timbalan
Presiden) dari Parti Warisan untuk menunjukkan minat dan setuju dengan Gabungan
Sabah. Tetapi Parti Warisan kelihatan ingin menjadi “Lone Ranger” kerana hampir
kelihatan bahawa parti ini sebenarnya diberanakkan dari Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) sebagai proksinya di Sabah dan mengambil-alih penguasaan Umno
di tempat-tempat tertentu yang analisa kuota pengundinya dipegang oleh Tun Dr.Mahathir
sebagai orang yang bertanggungjawab dalam isu “Projek IC” di Sabah suatu ketika
dahulu. Sudah tentu DSSA dan kumpulannya masuk secara senyap ke
bahagian-bahagian tertentu, berjumpa dan berbincang kepada ketua-ketua bahagian
Umno dan menjelaskan tujuan sebenar Parti Warisan.
Mentaliti kebanyakkan pemimpin politik Umno di Sabah,
bahawa dengan menyertai parti Umno dan berusaha mendapatkan jawatan tertinggi
adalah suatu capaian untuk mendapat "peluang dan keuntungan”. Di mana keuntungan tersebut “Bersumber
dari Malaya”, mereka tidak terfikir bahawa sumber dana Umno itu adalah
hasil dari harta Sabah yang sebenarnya. Mentaliti rakyat ini sangat sukar
dikikis, jika mereka memilih untuk tidak menyertai parti dari persekutuan, maka
peluang keuntungan itu tidak dapat diperolehi. Kerana bagi mereka hanya di persekutuanlah
terletaknya duit yang banyak itu. Jika
ketua-ketua bahagian Umno ini dijelaskan bahawa Parti Warisan ini adalah anak
kepada PPBM, maka mereka berfikir jika mereka beralih menyokong kepada parti
baru itu, keuntungan tersebut dapat diteruskan walaupun berhadapan dengan
persyaratan baru. Yang penting parti yang mereka sertai itu ‘money maker’ bagi
mereka. Gabungan Sabah buat masa ini sukar menembusi atau mengikis mentaliti
rakyat seperti ini, disebabkan mereka adalah ‘parti tempatan’ yang bergantung
dana juga dengan persekutuan, jadi mereka berfikir hanya buang masa saja menyertai
Gabungan Sabah. Mentaliti mereka, maksud perjuangan Gabungan Sabah itu bukanlah hal
yang penting, mereka hanya berpegang dengan slogan ‘come money, come money
no come back’.
Jika Parti Warisan telus dalam perjuangan bagi Sabah, apa
salahnya bergabung, sebab jika Parti Warisan bergabung sudah tentu meja bulat
Gabungan Sabah akan mempercayakan Parti Warisan untuk menguasai tempat-tempat
tertentu yang dikuasai Umno, misalnya Semporna, Lahad Datu, Papar dan sebagainya.
Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa DSSA mempunyai pengaruh sebagai orang
Umno yang paling lama di Sabah, sudah tentu dia tau selok-belok menguasai
rakyat Umno di Sabah. Tetapi alangkah kasihannya rakyat Sabah yang tidak tahu
apa-apa, bahawa mereka hanya dijadikan alat untuk kepentingan tertentu dan
meneruskan karier politik individu-individu tertentu tanpa mengajar rakyat
sejarah Sabah yang sebenarnya dan kedudukannya di dalam Persekutuan malaysia
sejak tahun 1963.
Post a Comment