Articles by "ddjk"

Showing posts with label ddjk. Show all posts


Gabungan Parti-parti Pembangkang tempatan adalah yang pertama dapat dijayakan di Sabah, lantas memberikan sinar harapan baru untuk bumi bertuah ini. Tidak pernah suatu Gabungan atau pakatan yang dapat dibuat sejak kemerdekaan sehinggalah Gabungan Sabah yang diilhamkan oleh para pengundi sendiri dapat dibentuk oleh 4 buah parti tempatan.

Apatah lagi dalam suasana politik bercelaru pada masa sekarang, dan tuntutan rakyat makin tinggi menggunung. RAKYAT menyalahkan semua parti kerana tidak bersatu padu dan menjalin hubungan rapat menewaskan BN. Mereka menuduh semua hipokrit dan hanya menginginkan jawatan Ketua Menteri. Igauan buruk ini dilalui penuh ketabahan oleh beberapa pemimpin Sabah. 

Kerajaan BN paling khuatir kalau parti-parti pembangkang membuat pack besar kerana sejak zaman berzaman, pemerintah akan memecahkan kita untuk keselesaan mereka. Apabila timbulnya Gabungan Sabah ini, memang suatu berita menggegarkan lutut para pemimpin BN dan UMNO. Apa tidaknya, usaha mereka memecahkan kita akhirnya menjadi sebaliknya. 

Siapa pernah mengandaikan, bahawa pemimpin terkemuka Sabah dan berpengalaman mampu meletakkan KEPENTINGAN SABAH MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI. Soalan seperti siapa bakal Ketua Menteri tidak lagi releven dalam suasana mesra di dalam Gabungan Sabah. Tentu ada yang merasa pelik dan bersangka bahawa akan ada masalah kelak untuk memilih siapa Ketua Menteri. Jelasnya ia tidak berlaku sama sekali, siapapun yang bakal dinobatkan oleh Gabungan Sabah kelak adalah pemimpin yang dipersetujui secara konsensus. Tidak guna melantik dan menamakannya hari ini kerana ia hanyalah aan menyebabkan pergeseren diluar pintu Gabungan pula kelak. Sebaiknya ia diputuskan oleh Gabungan Council dan President Council di dalam Gabungan.

Setakat yang saya pernah menyaksikan sendiri Gabungan Council bermesyuarat dimana suatu ketika saya menyertai sebagai anggota tidak tetap bagi melaporkan kegiatan Pergerakan Pemuda seperti Kem Evo dan juga beberapa acara lain, mesyuarat berjalan lancar di Pengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Noor Mansoor, seorang pemimpin yang begitu dihormati di kalangan mereka yang lain. Tidak ada suara tinggi, mengetuk meja dan bertempik, tapi dalam suasana yang harmoni, setiap perkara dibincang secara tertib dan di penghujung perbincangan pastinya suatu keputusan di perolehi dan keputusan itu menjadi keputusan bersama.

Saya menyangka akan timbul pergeseran dan pendapat berbeza yang berlarutan berhari-hari malah berbulan lamanya bagi memutuskan suatu perkara. Ianya meleset bila saya melihat sendiri, perjalanan lancar. Ini menyebabkan kejayaan penganjuran acara besar seperti SABAH DAY, KENINGAU 916, MAJLIS PENGHORMATAN DOUBLE SIX dan sebagainya.

Apatah lagi, tiada satu partipun di anggap sebagai penumpang, dan semua pihak memainkan peranan masing-masing, membaiki yang lemah, membantu kerja sukar dan saling tongkat menongkat untuk berada di baris yang sama.







Adalah tidak benar dakwaan bahawa orang muda tidak diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam kepimpinan, kerana golongan muda merupakan mereka yang berkewibawaan, berpendidikan turut sama sebagai pembuat dasar parti dan menjadi benteng kukuh organisasi. Yang berkata demikian tidak lebih kepada retorik, syok sendiri dan hanya orang yang pemalas, mau jawatan tinggi walhal tidak mampu menggalasnya meskipun jawatan yang kecil. Orang-orang ini tidak fokus, nampak beria-ia di depan tapi sebenarnya hanya berlakon dan tidak ada kesungguhan berjuang dan berkorban.


Melihat kepada penggabungan dibawa satu banner, satu visi dan misi untuk rakyat, menampilkan suatu kelainan yang tidak pernah kita lihat sejak sekian lama dan inilah sebenarnya yang diimpikan oleh rakyat Sabah pelbagai keturunan dan anutan agama. Tampilnya Pemimpin berwibawa membimbing anak-anak muda Sabahan dan menyatukan bukan sahaja parti tetapi pelbagai NGO diseluruh Sabah adalah impian menjadi kenyataan. Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datuk Dr Jeffery Kitingan, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin meletakkan kepentingan peribadi, meninggalkan Jawatan, kedudukan baik dalam kerajaan, peruntukan demi untuk rakyat. Apalagi yang saya boleh pinta dari mereka?

INI merupakan suatu sejarah baru bagi Sabah. Lihatlah lembaran sejarah terdahulu, sistem satu parti untuk pembangkang sudah lama gagal dan ianya USANG, BERLUMUT dan tidak lagi boleh digunakan di Sabah. Tapi tentangan yang kuat tentunya adalah Pasukan yang hebat, dengan gabungan individu yang mahir dan mempunyai pengalaman serta dengan golongan yang muda dan bersemangat waja. Tidak akan kelihatan cacatnya kerana saling mengimbangi.

Kerajaan satu Parti atau yang mula kita dengar "single party" sudah pernah dilakukan di Sabah apabila pemimpin seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili menubuhkan SINGLE PARTY "BERJAYA" dan membentuk kerajaan pada tahun 1976 - 1985.

Siapa menyangka akhirnya Berjaya tewas dan diganti pula oleh sebuah SINGLE PARTY iaitu PBS pada tahun 1985-1994 oleh Tan Sri Pairin Kitingan, Bernad Dompok, Joseph Kurup dan ramai lagi pemimpinnya. 

Kedua-dua era single party ini ternyata bermasalah apabila Presidennya mempunyai Kuasa mutlak dan mendorong kepada berbagai isu dalaman yang akhirnya menyebabkan perpecahan di kalangan mereka. 

Isu perpindahan parti sudah tidak lagi releven diperkatakan kerana ia sudah berlaku sejak tahun 1970an. Seharusnya rakyat Sabah membuka mata lebih luas dan mula meletak kepercayaan kepada Gabungan yang bukan lagi sebuah drama minggu ini yang hanya berlangsung 60 minit bersama iklan, bukannya sinopsis sebuah karya sastera yang menjadikan ianya singkatan buku yang boleh dibaca sepintas lalu. Kerana masa depan Sabah kinin bergantung sepenuhnya kepada sebuah Gabungan yang mantap, terisi dengan pejuang yang bukan gila pangkat.

Bukti menunjukkan Pemimpin Gabungan meninggalkan segala jawatan yang disandang, kemewahan, gaji, keistimewaan, pengawal peribadi, projek dan peruntukan tahunan demi untuk rakyat. Mereka bukan pemimpin yang berdendam tetapi memahami bahawa membela rakyat lebih daripada membawa emosi akibat dibuang jawatan.


TJ Jamain - Blognya.
Selasa 10/1/2017 Kota Kinabalu

PARTI WARISAN PROKSI PARTI MALAYA BAGI MENERUSKAN PENJAJAHAN BARU
 
Parti UMNO-lah yang dijadikan medium untuk menguasai wilayah Sabah sejak bermulanya rancangan Persekutuan Tanah Melayu menjajah Sabah pada 16hb. September 1963. Selama bertahun-tahun UMNO berusaha ingin masuk dan bertapak di Sabah bagi melaksanakan perancangannya yang tersembunyi terhadap sumber dan hasil Sabah. Pada tahun 1976, banyak perkara malang yang berlaku bagi Sabah dan sedikit sebanyak telah memberi keuntungan kepada Malaya. Mereka menggunakan pemimpin-pemimpin tertentu bagi melaksanakan perancangan tersembunyi tersebut. Namun hasrat besar mereka, UMNO harus bertapak di Sabah, sehinggalah mereka berjaya melakukannya pada 21 Febuari 1991.

"UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 kemudian dibubarkan pada 1987 dan selepas itu hidup semula satu parti baru yang dinamakan 'UMNO Baru'. Pada saya, parti UMNO Baru itu adalah parti ciptaan Tun Dr. Mahathir dan sekarang beliau cipta lagi satu parti iaitu parti Bersatu." Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai hanya satu serpihan parti daripada UMNO. "Perlu diingat juga bahawa dalam nama UMNO ada perkataan 'bersatu', parti UMNO Baru pun ada 'bersatu' dan parti sekarang dinamakan Bersatu. Bermakna ini adalah 'UMNO Baru'; beliau mahu menggantikan UMNO dengan parti baharu ini,". Samada dirancang atau kebetulan huruf U.M.N.O bermaksud “United Malay National Organisation”, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya ialah “United Malaysian Natives Organisation”, jika hurufnya disingkatkan ianya adalah U.M.N.O. Bermakna PPBM ini adalah inkarnasi dari dari UMNO yang sebentar lagi akan mati. Tun Dr.Mahathir berkeinginan untuk mematikan "Umno Baru" ciptaannya dan muncul PPBM.

Sebenarnya Dtk. Seri Shafie Afdal (DSSA) ditawarkan jawatan tinggi di dalam parti baru ini (PPBM), tetapi DSSA membuat kenyataan bahawa ia menolak atas sebab mahu menumpukan perjuangannya di Sabah. Sebenarnya semua ini telah dirancang oleh Tun Dr.Mahathir untuk meneruskan empayar penguasaan Malaya terhadap Sabah. Dengan menubuhkan Parti Warisan, ini dapat memujuk rakyat Sabah agar menyokong parti ini kerana bunyinya kedengaran parti tempatan. Apa lagi dengan kekuatan dan keyakinan Warisan bahawa dia akan menggempur kubu-kubu kuat Umno di Sabah. Sudah tentu ‘Mahathir and the gang’ sudah membuat analisa dan merujuk data lama dari fail UMNO tentang perkara ini, sebab Tun Dr.Mahathir masih memegang rahisa analisis pengundi di tempat-tempat penguasaan Umno tersebut.

Pada mulanya, PPBM berhasrat melebarkan sayapnya ke Sabah sebagai parti terkuat bagi menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi, oleh kerana berkumandang slogan rakyat "Sabah for Sabahans" dan "Tolak Parti Malaya", maka dengan cekap dan cerdas Tun Dr.Mahathir berfikir bahawa perancangan untuk menerbangkan PPBM ke Sabah tidak boleh diteruskan.

Dengan percaturan bahawa DSSA tidak dimasukkan ke dalam jawatankuasa PPBM, maka jalan lain adalah menubuhkan Parti Warisan sebagai jelmaan kepada PPBM untuk 'jambatan kepada parti-parti Malaya' bagi terus menguasai Sabah. Sebab, jika parti-parti Malaya dipulangkan dan tidak bertapak lagi di Sabah dan teras perjuangan Gabungan Sabah dilaksanakan, maka ia adalah satu ancaman kepada Malaya dari segi ekonomi.

Maka dengan itu, DSSA sanggup dikambing hitamkan untuk menjadi pijakan kepada para rakus itu untuk berkongsi harta bersama di Sabah selepas ini. DSSA menggunakan slogan “Sabahans for Sabah” sebagai acuan menarik perhatian rakyat agar kelihatan lebih menitik beratkan hak dan kepentingan Sabah. Kalau betul DSSA ingin berjuang untuk Sabah, apa relevannya menubuhkan parti baru? Kenapa tidak bergabung saja dengan parti-parti yang sedia ada? Parti baru yang ditubuhkan hanyalah memecah-belahkan rakyat dan terbukti bahawa sebahagian rakyat yang menantikan penyatuan tiga parti sebelum ini (STAR, SAPP, PCS) dan masih sangsi dengan Gabungan Sabah, akhirnya meletakkan kepercayaan kepada Parti Warisan disebabkan adanya peluang dan jawatan baru yang menjadi rebutan (mentaliti politikus Sabahan).

Selepas tertubuhnya parti Warisan dan kelihatan gah di Sabah, khususnya di beberapa tempat maka DSSA dan kumpulannya semakin yakin bahawa perancangan berjalan dengan lancar. Dengan demikian, DSSA dengan pelik berkata bahawa dia “tidak minat mempersatukan parti, tetapi lebih berminat mempersatukan rakyat”. Kenyataannya ini menunjukkan bahawa dia boleh jadi hero baru bagi Sabah untuk mempersatukan rakyat. Jika difikirkan secara logik, bukankah “Parti politik” medium ampuh yang memecahkan-belahkan rakyat dan parti politik jugalah yang menyatukan rakyat?

Jika benar DSSA ingin berjuang untuk kepentingan Sabah bagi mengembalikan hak dan kedaulatannya, maka tiada alasan baginya untuk tidak bergabung dengan Gabungan Sabah yang ternyata telus memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), 20Perkara dan sebagainya. Gabungan Sabah (United Sabah Alliance) telah menandatangani satu perjanjian pada 20hb. November 2016, di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bahawa pada PRU-14 akan datang konsep “1 lawan 1” dilaksanakan oleh parti-parti yang bergabung bagi mengelakkan pertembungan dan memecahkan undi. Pengerusi penganjur pelancaran Piagam Gabungan Sabah telah menghantar surat jemputan beberapa kepada DSSA untuk menghadiri pelancaran itu, namun pihak penganjur tidak mendapat jawaban yang diharapkan. Sekiranya DSSA sebagai Presiden parti tidak dapat hadir, seharusnya orang nombor 2 atau 3 dalam parti haruslah diwakilkan bagi menunjukkan sokongan terhadap Gabungan Sabah. Oleh kerana DSSA mempunyai ‘agenda tersembunyi’ maka beliau tidak berfikir penting untuk dia hadir dalam pelancaran itu atau menghantar wakilnya (Timbalan Presiden) dari Parti Warisan untuk menunjukkan minat dan setuju dengan Gabungan Sabah. Tetapi Parti Warisan kelihatan ingin menjadi “Lone Ranger” kerana hampir kelihatan bahawa parti ini sebenarnya diberanakkan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai proksinya di Sabah dan mengambil-alih penguasaan Umno di tempat-tempat tertentu yang analisa kuota pengundinya dipegang oleh Tun Dr.Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab dalam isu “Projek IC” di Sabah suatu ketika dahulu. Sudah tentu DSSA dan kumpulannya masuk secara senyap ke bahagian-bahagian tertentu, berjumpa dan berbincang kepada ketua-ketua bahagian Umno dan menjelaskan tujuan sebenar Parti Warisan.

Mentaliti kebanyakkan pemimpin politik Umno di Sabah, bahawa dengan menyertai parti Umno dan berusaha mendapatkan jawatan tertinggi adalah suatu capaian untuk mendapat "peluang dan keuntungan”. Di mana keuntungan tersebut “Bersumber dari Malaya”, mereka tidak terfikir bahawa sumber dana Umno itu adalah hasil dari harta Sabah yang sebenarnya. Mentaliti rakyat ini sangat sukar dikikis, jika mereka memilih untuk tidak menyertai parti dari persekutuan, maka peluang keuntungan itu tidak dapat diperolehi. Kerana bagi mereka hanya di persekutuanlah terletaknya duit yang banyak itu.  Jika ketua-ketua bahagian Umno ini dijelaskan bahawa Parti Warisan ini adalah anak kepada PPBM, maka mereka berfikir jika mereka beralih menyokong kepada parti baru itu, keuntungan tersebut dapat diteruskan walaupun berhadapan dengan persyaratan baru. Yang penting parti yang mereka sertai itu ‘money maker’ bagi mereka. Gabungan Sabah buat masa ini sukar menembusi atau mengikis mentaliti rakyat seperti ini, disebabkan mereka adalah ‘parti tempatan’ yang bergantung dana juga dengan persekutuan, jadi mereka berfikir hanya buang masa saja menyertai Gabungan Sabah. Mentaliti mereka, maksud perjuangan Gabungan Sabah itu bukanlah hal yang penting, mereka hanya berpegang dengan slogan ‘come money, come money no come back’.

Jika Parti Warisan telus dalam perjuangan bagi Sabah, apa salahnya bergabung, sebab jika Parti Warisan bergabung sudah tentu meja bulat Gabungan Sabah akan mempercayakan Parti Warisan untuk menguasai tempat-tempat tertentu yang dikuasai Umno, misalnya Semporna, Lahad Datu, Papar dan sebagainya. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa DSSA mempunyai pengaruh sebagai orang Umno yang paling lama di Sabah, sudah tentu dia tau selok-belok menguasai rakyat Umno di Sabah. Tetapi alangkah kasihannya rakyat Sabah yang tidak tahu apa-apa, bahawa mereka hanya dijadikan alat untuk kepentingan tertentu dan meneruskan karier politik individu-individu tertentu tanpa mengajar rakyat sejarah Sabah yang sebenarnya dan kedudukannya di dalam Persekutuan malaysia sejak tahun 1963.

Support Proposal to Restore TYT Status to YDP Negara If Sincere

“The recent shifting of political alliances in favour of Sabah-based parties and the support for “Sabahans for Sabah” and “Sabah for Sabahans” appear to augur well for Sabah but whether the sincerity will be forthcoming remains unanswered” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief cum Bingkor State Assemblyman, in a press statement released today.

The political shift came a day after the 63rd Birthday celebrations of our beloved Head of State and on Maal Hijrah itself, both conspicious and important days, and well celebrated by all Sabahans.

Whilst Sabahans rejoice in the Birthday celebrations, there is still a tinge of sadness amidst the celebratory mood.

On a happier note, the official Birthday celebrations is now on a separate day and not on 16th September and used to disguise the formation of Malaysia but marked as the official Birthday and not as Malaysia Day.

Sadly, our beloved Head of State has been demoted and officially known as TYT Yang DiPertua Negeri since 27th August 1976 from the original TYT Yang DiPertua Negara.

The first three (3) Heads of State were known as TYT Yang DiPertua Negara until 1976 when the Harris Salleh-led Berjaya government made an amendment to the Constitution of Sabah.  A corresponding amendment was also made to the Federal Constitution.

Only God and the Federal and Sabah leaders in 1976 know the real reason to downgrade the status of our beloved Head of State which coincided with the downgrading of Sabah and Sarawak to be the 12th and 13th State of Malaya masquerading as the Federation of Malaysia.

Now whether the political shift in Sabah will result in a government changing political tsunami in PRU-14 is left to be seen.

However, if the Members of Parliament and State Assemblypersons from Sabah are sincere and serious about fighting for the restoration of Sabah rights, there is no necessity to wait until PRU-14.

If they are sincere, they can start and move a simple amendment to the Federal Constitution and the Constitution of Sabah for the restoration of the status of our beloved Head of State to TYT Yang DiPertua Negara as it was since 16th September 1963.

Nothing more is asked for and nothing less is to be accepted.   A simple and straightforward restoration of the status of our beloved Head of State.

“I intend to re-table a Private Member’s Bill to amend the Constitution of Sabah to restore the status to Yang DiPertua Negara.  It was rejected by the previous Speaker who should be feeling remorseful for his unpatriotic act of rejection.”

“If the opposition State Assemblypersons are sincere and the Barisan Nasional members are patriotic and wish to see Sabah as forming Malaysia as an equal partner in Malaysia, as have started being voiced even by Umno Assemblypersons, we should see unanimous support for the amendment of the Constitution of Sabah” added Dr. Jeffrey.

At the same time, the opposition MPs from Sabah can table a similar Bill in Parliament to amend the Federal Constitution to refer to the Head of State of Sabah as Yang DiPertua Negara as was from 16th September 1963 until 27th August 1976.

If so, come 1st October 2017, all Sabahans will have a truly joyous Birthday celebration of our beloved Head of State restored as TYT Yang DiPertua Negara.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
President
STAR Sabah
(03 October 2016)


Suku Kadazan-Dusun


Kumpulan etnik yang terbesar di Sabah adalah suku kaum Kadazan-Dusun dan merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Kadazan-Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, serta Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Kaum Kadazan-Dusun juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang bermaksud "orang asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya etnik “Kadazan” dan “Dusun” adalah dua etnik yang berbeza dan masing-masing dengan keberadaannya. Akibat daripada permasalahan politik moden, dua etnik ini seringkali bertelingkah. Untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan, maka istilah “Kadazan-Dusun” diwujudkan dengan menggabungkan kedua-dua etnik ini serta beberapa etnik kecil yang lain. Sehingga kini istilah yang lebih sinonim diketahui masyarakat moden di Sabah ialah masyarakat “KDMR” (Kadazan-Dusun-Murut-Rungus) dengan pemahaman yang lebih luas bahawa “KDMR” ialah gabungan daripada 27 suku orang asal yang terdapat di Sabah.

Huguan Siou Suku Kadazan-Dusun
Kaum Kadazan-Dusun juga mempunyai ketua suku seperti suku-suku yang lain di dunia ini. Ketua bagi Kaum Kadazan-Dusun disebut sebagai “Huguan Siou” (Paramount Leader) yang membawa makna “Pemimpin Utama/Agung”. Pertabalan sebagai Huguan Siou dilakukan dengan upacara dan ritual khusus oleh kumpulan Bobolian dan dilakukan di Nunuk Ragang, Ranau.

Huguan Siou adalah dipilih berdasarkan keperibadiannya yang berani, gagah, disegani dan dihormati oleh seluruh sukunya. Dia sanggup lakukan segalanya demi menjaga sukunya daripada ditimpa sebarang masalah. Huguan Siou juga bertindak sebagai satu institusi penjaga adat dan pelindung bagi sukunya. Pemimpin pertama yang diangkat sebagai Huguan Siou bagi masyarakat KMDR ialah Tun Fuad Stephens sehingga akhir hayatnya dalam kemalangan kapal terbang pada tahun 1976.

Tujuh tahun berlalu setelah kematian Tun Fuad Stephens sebagai Huguan Siou, masyarakat KDMR belum menemukan pemimpin utama mereka. Sehinggalah tahun 1984 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan telah dipilih oleh Bobolian sebagai Huguan Siou sehinggalah hari ini (2016). Beliau dipilih kerana kelantangan dan keberaniannya menjaga masyarakat di Sabah dan secara khususnya bagi kaum KDMR. Joseph Pairin Kitingan bukan saja sebagai Huguan Siou kepada KMDR, tetapi juga dihormati oleh suku-suku lain di Sabah dan melihatnya sebagai pemimpin politik agung bagi Sabah ketika era awal tahun 80an-90an. Akibat dari kemasukkan parti UMNO di Sabah, perjalanan politik Sabah semakin kucar-kacir dan banyak masalah yang terjadi sehingga reputasi Huguan Siou tercemar, di mana Joseph Pairin Kitingan yang dilihat menjaga sukunya kelihatan gagal melakukan apa yang diharapkan. Sehingga tahun 2016, banyak masalah yang berlaku kepada masyarakat KDMR dan tiada suara serta tindakan dari Huguan Siou untuk melindungi suku di bawah jagaannya. Banyak tanah adat dirampas, hak-hak orang asal tergadai, suku yang terbesar di Sabah kini kelihatan diambang kehancuran oleh pendatang-pendatang asing yang semakin memonopoli banyak aspek yang sepatutnya untuk orang asal.

Suara tangisan dan rintihan masyarakat KDMR tidak diendahkan oleh Huguan Siou walaupun tanah adat mereka dirampas, dicerobohi sehinggakan kubur-kubur nenek moyang mereka turut dimusnahkan oleh jentera-jentera perompak yang tidak berperikemanusiaan. Reputasi Huguan Siou sangat tercemar
sehingga kata-kata berunsur negatif dan tidak sedap didengar dilontarkan oleh masyarakat KDMR dipelbagai tempat. Bukan saja melalui media cetak, tetapi melalui teknologi media massa. Kecanggihan teknologi moden mampu memperlihatkan rintihan, ketidakpuashatian, kemarahan dan kekesalan masyarakat KDMR kepada Huguan Siou dan ini sangat jelas di laman media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan Whatsapp.

Keperibadian Huguan Siou pernah suatu ketika dicemari, hanya dengan “menabalkan secara lisan” Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Sabah. Beliau juga disandangkan kain yang bertulis “Huguan Siou Malaysia”. Masyarakat KDMR bangkit marah dengan hal tersebut di mana rasa hormat serta pemahaman tentang Huguan Siou diperlekehkan. Hal ini juga Joseph Pairin Kitingan hanya mengambil sikap berdiam tanpa melakukan sebarang tindakan berdasarkan adat-istiadat yang berkaitan terhadap pihak-pihak tertentu berkenaan dengan Huguan Siou. Sebab seorang Huguan Siou bukan saja mempertahankan tanah adatnya tetapi cukup berpengetahuan dalam adat resam dan bertindak sebagai hakim untuk membuat sebarang keputusan kepada masyarakatnya. Berhubungan dengan kes penggunaan perkataan "Huguan Siou" kepada orang asing, Huguan Siou boleh duduk bersama dengan "Orang Tua Kampung" sebagai satu pasukan bagi membincangkan "Sogit" bagi perkara yang berlaku. Tetapi sikap berdiam diri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mengenai isu-isu yang berlaku, jelas memperlihatkan bahawa  ketokohannya sebagai Huguan Siou menjadi tanda tanya oleh masyarakat KDMR dan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Siapakah Huguan Siou Selepas ini?
Penghujung bulan Julai 2016, satu catatan sejarah berlaku kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), di mana Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden parti dengan serta-merta meletakkan jawatan dan mempercayakannya kepada Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai Presiden PBS yang baru.

Walaupun parti-parti politik di Sabah tumbuh subur bagaikan cendawan dan parti-parti tempatan itu mendabik dada sebagai parti
yang akan menjaga masyarakat KDMR, parti PBS masih dianggap sebagai parti tempatan jauh lebih mampu mewakili masyarakat tersebut. Spekulasi boleh dibuat, jika selepas ini  Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan melepaskan tanggungjawabnya sebagai Huguan Siou adakah akan diteruskan oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili?

Hampir tidak ada bukti bahawa Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mempunyai tanggungjawab menjaga masyarakat KDMR. Beliau tidak bersuara dalam kes rampasan tanah adat, hanya melepaskan batuk ditangga tentang kes-kes pendatang asing yang semakin merisaukan orang asal, malah kes yang paling serius sekalipun yang pernah terjadi kepada masyarakat Kampung Tombotuon, Kota Belud dia mengambil sikap berdiam diri. Adakah kredibiliti Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai Presiden PBS baru mampu memberi pengaruh kepada kumpulan Bobolian untuk menabalkannya sebagai Huguan Siou?

Pernah diluahkan oleh masyarakat KDMR bahawa Tan Sri Bernard Giluk Dompok adalah peribadi yang dilihat mempunyai kredibiliti menjadi Huguan Siou selepas Joseph Pairin. Namun  luahan-luahan
tersebut hanyalah sementara, kerana Tan Sri Bernard Giluk Dompok lebih mengambil sikap terus berdiam diri selepas bersara dari arena politik melalui Parti UPKO dan namanya sehingga kini semakin pudar di mata masyarakat KDMR. Jika dibandingkan dengan Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, masyarakat KDMR lebih tahu siapa yang seharusnya dipilih. 

Tapi berapa banyak buktikah bahawa Tan Sri Bernard Giluk Dompok bersedia bertanggungjawab untuk menjaga masyarakat KDMR sebagai pelindung dan penjaga adat? Ketokohannya tidak berterusan, dengan cara berdiam diri sehingga hari ini, maka kelihatannya beliau tidak dilihat sebagai seorang yang layak menjadi Huguan Siou.

Bagaimana pula dengan peribadi Datuk Dr. Jeffrey Kitingan? Adakah secara eksplisit bahawa masyarakat KDMR menolaknya sebagai Huguan Siou hanya kerana sejarah politiknya? Perlu dijawab secara berfakta, kenapa Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bertindak demikian. Sebab sejak kemunculannya di arena politik, dia sudah banyak bertindak demi untuk kebaikan masyarakat Sabah dan secara khususnya kepada masyarakat KDMR. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan juga pernah ditangkap dan dihukum semata-mata melakukan tindakan kebaikan kepada masyarakat Sabah. Beliau menghabiskan masanya untuk menuntut, menyuarakan dan membongkar banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mengambil hak-hak orang asal dan masyarakat Sabah secara amnya. Perjalanan politknya sangat lama dan telah melalui segala aral yang melintang demi untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat Sabah. Sehingga hari ini (2016) beliau tidak pernah berhenti untuk melakukan hal tersebut.

Jika dilihat makna perjuangannya, adakah beliau tidak layak ditabalkan sebagai Hugua Siou? Atau masyarakat KDMR yang menjadi musuh politiknya mengambil alasan bahawa Huguan Siou ini bukan dilantik dari pengaruh politik, tetapi atas kuasa kumpulan Bobolian. Benarkah demikian? Jika Huguan Siou tidak berkaitan dengan dunia politik dan sepatutnya Huguan Siou tidak terlibat dengan politik, kenapa sejak tahun 50an lagi Bobolian tidak tegas dan tidak tepat memilih Tun Fuad Stephens dan tahun 1984 menabalkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou, sedangkan mereka adalah orang-orang politik? Kenapa kumpulan Bobolian tidak diberi hikmat makrifat daripada “Diwato” untuk memilih peribadi yang bersih dari pengaruh politik? Tanggapi hal ini secara positif.

Sama-samalah kita melihat apa yang akan berlaku selepas ini.

"Komplot Terancang Menyingkirkan YB. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Menghancurkan Perpaduan Rakyat Sabah"

 Sebelum PRU13, STAR SABAH agak kuat dan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat. Walaupun ada sebahagian rakyat yang tidak menyokongnya, namun mereka bangga ada parti politik seperti STAR Sabah yang berani menyuarakan aspirasi dengan jelas. Selepas PRU13, bermula pertengahan tahun 2014 gelombang kesedaran dan kebangkitan nasionalisme rakyat semakin meningkat! STAR boleh jadi kuat/amat berpengaruh!

Menyedari kebangkitan rakyat Sabah Sarawak dan idea UBA//USA, BN-UMNO/ROS telah meluluskan 11 parti politik baru dengan tujuan meneruskan polisi dan taktik "divide and rule", memecah-belahkan perpaduan para pemimpin/nasionalis/rakyat Sabah dan Sarawak. 

- BN-UMNO Malaya guna strategi Sabahan vs Sabahan,  Sabahans vs Sarawakians
- Parti-parti tempatan Sabah/Sarawak vs Parti-parti tempatan Sabah/Sarawak

Contohnya;
- STAR vs PCS
- STAR vs PBS-UPKO-PBRS
- USA vs PKR/PH
- USA vs BN-UMNO Sabah 

BN-UMNO guna pemimpin2/ rakyat proksi/boneka/ejen penjajah -PBS, UPKO, PBRS, PCS , etc untuk menentang/menghancurkan penyatuan/perpaduan yang sedang diusahakan/ dibina oleh DDJK melalui UBA//USA//USSA.

ISU yang dimainkan oleh BN-UMNO & PCS:
  1. STAR parti luar/parti import/parti disewa.
  2. Perlembagaan  Sabah 6(3) & 6(7) - STAR parti luar dan tidak boleh jadi KM
  3. Soal keahlian STAR - pemimpin2/penyokong2 STAR tidak ada keahlian.
  4. DDJK tidak ikut plan asal/u-turn/tiada pendirian / tidak konsisten, dsb...
  5. Dan banyak lagi...!

LUAHAN TERBUKA

 Bagaimana mereka (PCS) meminta DDJK meninggalkan STAR dan melompat ke PCS, sedangkan beliau (DDJK) sudah mempengerusi STAR dan sudah menang atas tiket STAR. Jika DDJK akur dan bertindak sebagaimana yang mereka kehendaki maka ini akan membawa implikasi buruk yang berikut:

(a) Menjatuhkan reputasi DDJK di mata rakyat.


(b) Menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap DDJK dan menjatuhkan karier politik beliau (DDJK).

(c) Mengukuhkan tanggapan rakyat bahawa DDJK tiada pendirian, dan sebagainya.

 Sebab, kalau setakat Penasihat Umum dalam PCS, itu bermakna DDJK tiada kuasa eksekutif, melainkan mengikut/menurut saja apa yang sudah diputuskan oleh AMT PCS, seolah-olah "mereka" mahu DDJK seperti burung tiong di dalam PCS, mengangguk saja! Mereka mahu DDJK masuk dalam PCS dan duduk kaku/statik seperti tunggul mati!

Wujud suatu kebenaran di sini bahawa itulah komplot/konspirasi terancang sebilangan AMT PCS untuk menjatuhkan DDJK dan menghapuskan STAR yang menjadi saingan PCS! Sebarang jemputan atau paksaan terhadap DDJK untuk menyertai PCS sebenarnya adalah "Perangkap Malaya dan Proksi/Boneka/Ejen Malaya" terhadap DDJK/STAR!

Itu bukan tuduhan, tetapi sebenarnya itulah komplot/konspirasi terancang "Kepimpinan BN-UMNO" dan "sebilangan AMT PCS" yang mempunyai "motif peribadi" terhadap DDJK.

Untuk pengetahuan, idea tentang penubuhan UBF/UBA//USA dan Agenda Borneo sememangnya idea asal daripada DDJK! Bukan idea PCS dan bukan idea pemimpin-pemimpin PCS yang ada sekarang!

Justeru, tidak menjadi satu keganjilan/keanehan sekiranya apa juga perancangan, keputusan dan pelaksanaan perjuangan melalui UBF/ UBA/USA/Agenda Borneo dipengaruhi oleh DDJK, kerana 'Master mind' dalam UBF/STAR/UBA//USA adalah DDJK! Pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah pun bukan tidak tahu, bahawa DDJK adalah "Political Engineering" (Arketik Politik), dan beliau juga adalah "Pakar Strategi!"

Isu yang hangat diperbualkan/dipersoalkan mengenai pembahagian kerusi di kawasan N. 40 Labuk dan P. 183 Beluran, di mana calon PCS diletakkan di P.183 Beluran dan calon STAR diletakkan di N.40 Labuk! Kalau cadangan begini pun tidak dipersetujui oleh PCS, maka apakah sebenarnya yang mereka mahu? Adakah mereka (PCS) mahu monopoli bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen Sabah? Jika inilah pemikiran mereka (PCS), maka inilah sebenarnya keegoan dan ketamakan PCS yang tidak boleh dikompromi!

Kalau kita tengok rekod, kedua-dua pemimpin PCS di Labuk ini sudahpun bertanding di kawasan ini pada PRU13 yang lalu. Seorang daripadanya, mantan Ketua Bahagian STAR N.40 Labuk yang bertanding di N.40 Labuk, tetapi sekarang ini beliau sudah melompat ke PCS dan dimaklumkan bahawa  beliau adalah Penyelaras P.183 Beluran sekarang!

Manakala yang seorang itu merupakan mantan Calon PKR di P.183 Beluran, tetapi sekarang ini melompat pula ke PCS dan menjadi Ketua Bahagian N.40 Labuk. Kesimpulannya, kedua-dua mereka ini sudah pernah bertanding pada PRU13 yang lalu tetapi kalah dan hilang wang deposit!

 Tidak timbul istilah 'ketaksuban kepada DDJK' kerana sememangnya DDJK adalah orang yang patut dan  layak dipanggil sebagai pemimpin/tokoh/leader! DDJK adalah  "pokok asal" kepada kefahaman, kesedaran, keinsafan, pembinaan jati diri dan kebangkitan  nasionalisme  rakyat Sabah sekarang!

DDJK adalah pengasas kepada kesedaran dan  perjuangan ini, bukannya pemimpin-pemimpin baru  dalam PCS sekarang! "DDJK adalah bapa pejuang hak-hak Sabah dan rakyat Sabah"! Bukannya para pemimpin baru di dalam PCS sekarang. Mereka dalam PCS itu lebih kurang sama juga dengan tahap pengetahuan dengan kebanyakan rakyat biasa.

Soal "pengkhianat", pemimpin-pemimpin PCS sekarang perlu berfikir dan bercermin sendiri! Tidak perlu orang lain berkata bahawa mereka adalah "pengkhianat kepada DDJK/STAR", tetapi sepatutnya mereka berfikir sendiri,  faham, sedar dan insaf sendiri! Mereka perlu berfikir sama ada kelahiran PCS itu membantu menyatu padukan pemimpin dan rakyat, ATAU sebenarnya memecah-belahkan pemimpin dan rakyat dan seterusnya melemahkan dan boleh mengakibatkan kegagalan kepada perjuangan.

Tetapi hakikatnya, pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah pada umumnya sedar bahawa kelahiran PCS dan parti-parti lain di Sabah (11 parti baru + 12 parti lama =23), bukan pula menyatupadukan pemimpin dan rakyat, dan menguatkan perjuangan, tetapi sebaliknya memecah-belahkan dan melemahkan perjuangan dalam usaha kita mengembalikan semula hak-hak dan kuasa kemerdekaan Sabah.

Justeru, para pemimpin dan rakyat mesti bijak menilai dan membuat keputusan politik! Buatlah pertimbangan dan penilaian kepada senario politik yang ada sekarang;

1. "Siapakah sebenarnya yang memulakan/mengasaskan perjuangan ini?" "Siapakah pemimpin yang menjadi pejuang utama/pejuang sebenar di dalam perjuangan ini?"

2. "Siapakah pemimpin utama yang telah mencetuskan idea-idea perjuangan, kesedaran dan kebangkitan nasionalisme ini?"

4. "Bilakah dan bagaimanakah pemimpin ini memulakan perjuangannya?"

5. "Apakah bukti-bukti nyata perjuangan pemimpin ini?"

6. "Apakah bukti-bukti kecemerlangan dan sumbangan pemimpin ini kepada Sabah dan rakyat Sabah?"

7. "Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pemimpin2 ini?" 

8. "Adakah mereka berjuang untuk memperjuangkan perjuangan sebenar untuk membela Sabah dan rakyat Sabah, ATAU mereka berjuang untuk memperjuangkan perjuangan kepentingan peribadi yang bertopengkan istilah perjuangan?

Untuk menilai aspek ini, anda boleh tengok di mana pemimpin ini berada sebelum PRU13, dan di mana pemimpin ini berada selepas PRU13? Dari sini anda akan dapat tahu dan dapat menilai, siapa "mereka", dan "apa yang mereka perjuangkan?" Perjuangan sebenar, ATAU perjuangan  kepentingan kedudukan jawatan dan periuk nasi sendiri? Apa sebenarnya yang mereka kejar dan perjuangkan?

Jika perjuangan DDJK/STAR masih sama (tidak berubah) dan landasan perjuangan masih sama, mengapa mereka menukar landasan perjuangan? Mengapa mereka tinggalkan DDJK/STAR?

Jika terdapat sebarang masalah atau kelemahan, sepatutnya selesaikan saja masalah dan perbaiki kelemahan, bukannya tinggalkan masalah atau lari daripada masalah!

Dan bukannya menggigit jari dan memecahkan kepala orang yang pernah mengajar dan mendidik mereka erti politik, erti perjuangan dan erti nasionalisme! Dan bukannya membakar rumah tempat mereka berteduh walau seketika! Dan bukannya menghapuskan orang yang pernah mengasuh, mengajar, mendidik dan memelihara mereka erti perjuangan dan politik!

Pertanyaan Belakang Balai Raya
A: Apa baitu PCS?
B: Tidak Tau!
C: Parti Baru!
D: Parti baru DSP. Wilfred Bumburing mangkali!

A: Bukan DSP punyaitu! sya dengar-dengar doktor dari Keningau tu Presiden ni parti.
B: Tapi, setiap kali ada perhimpunan PCS, muka di sepanduk diurang muka DSP Wilfred Bumburing bah, dialah bah Presiden tu!
A: Bukan bah, memang doktor dan orang baru dalam politik presiden PCS tu.
D: Jadi, kalau bukan DSP Wilfred yang presiden, kenapa kasi letak muka dia? Kenapa bukan presiden partinya??

A: Entahlah.. pemalu mangkali!
B: Taktik mendapat pengaruh baitu.. sebab kebanyakkan pemimpin PCS ni orang-orang muda dan baru dalam politik, jadi diorg belum terkenal, diurang gunalah orang lain untuk memperkenalkan diri.

A: Walaupun DSP Wilfred Bumburing ada di PCS, dia hanyalah sebagai penasihat. Dia hanya peribadi yang duduk dan berdiri dalam PCS. Dia hanya memberikan pandangan dan nasihat untuk setiap keputusan yang dibuat oleh AJK tertinggi PCS!

A, B, C. D: Emmmhh.. entahlah, inilah akibat banyak parti!

BACA:
Reaksi dan Tanggapan Tentang ARTIKEL ini: Klik Sini

“With his credibility and leadership confidence sliding negatively down fast, PM Najib should take the New Year 2016 as an opportunity to restore confidence, remove fear and resolve outstanding issues, especially with regards to Sabah and Sarawak” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah chairman and Bingkor State Assemblyman in responding to questions about his hopes for the coming New Year.

He said, the past 12 months in 2015 have been an eventful year with so many things, mostly negative, happening in Malaysia affecting the people –
the Mount Kinabalu earthquake
kidnappings and beheading of a Sarawakian victim seized from Sabah
imposition of GST
1MDB fiasco
Slide of the Malaysian Ringgit
the sacking of the Attorney General
the sacking of ex-DPM Muhyiddin and Shafie Apdal from the Cabinet
the disbanding of the PAC inquiring into the IMDB fiasco
the disbanding of the Special Taskforce investigating into the 1MDB and SRC accounts
Mahathir’s demand for Najib’s resignation
The Wall Street Journal (WSJ) and Sarawak Report’s astonishing revelations and expose of RM2.6 billion in Najib’s bank account 
Lately the exposure by WSJ of another USD850 million remitted by 1MDB to an alleged entity set up to appear owned by Abu Dhabi Wealth Fund
Bersih’s demands and Bersih 4 street rally
Yellow Shirts vs Red Shirts
Cabinet Reshuffle
arrests of Sabah rights activists in Sabah
S4S (Sarawak for Sarawakians) movement in Sarawak
CM Adenan and Sarawak DUN’s demands for oil royalties and autonomy including on education and adoption of English as an official language in addition to Bahasa Malaysia
demands for Review of MA63
Memorandum on Sabah rights and Sabah’s 40% entitlement of the net revenue derived from Sabah
Highway toll hikes
Removal of petrol and other subsidies
NSC Bill
Last but not least, the alleged RM2.6 billion “Arab” donation with another RM42 million allegedly from SRC.

Events in 2015 could get worse in 2016 but it is also the best opportunity for Najib and the BN government to bounce back if he can act fast to restore confidence to overcome his leadership trust deficit, remove the “fear” of misuse of the NSC Bill and grant Sabah and Sarawak their full autonomy and equal status with Malaya.

Najib could, in fact, be the biggest beneficiary if he can positively mobilize his position and the institutions of government to restore public confidence and resolve the Malaysian dilemma related to the Borneo States.

Najib could transform his negative dwindling image politically, economically and socially from zero to hero.   But he must act fast before he loses more confidence and the system which he currently controls turn against him and the Borneo States loses hope and shift into a different direction of no return.

What are Najib’s options”?
(1) Do nothing and let things get worse;
(2) Do something to resolve and save the country and himself; or 
(3) Do something worse and begin the end of Malaysia.

Thus, 2016 presents an opportunity for Najib to do something and save the country and himself.  Some of the things Najib should do include:-
(a) address the Sabah and Sarawak rights and autonomy issues and their demands
-   review of the IGC Report and MA63
-   equal status/partnership with Malaya
-   New Malaysian Constitution and New Structure
-   Review of Petronas Oil Agreement
-   Resolution of the RCI Report recommendations and Project IC
- Return to Sabah the 40% net revenue derived from Sabah
-   Review and increase the financial allocation for Sarawak
-   Increased development allocations for Sabah and Sarawak to commensurate and overcome the lopsided and imbalanced development in the Borneo States 
(b) Resolve IMDB fiasco
(c) Address Bersih 4 demands
(d) Let Tengku Razaleigh to be the new Finance Minister
(e) Sabahan/Sarawakian to command ESSCOM not acting under instructions
(f) Arrest the sliding Malaysian Ringgit
(g) Stop racial and religious policies and politicking by Umno and related entities
(h) Adopt a fresh approach to improve education standards
(i) Increase the earnings of the people and reduce the dependence on cheap foreign labour
(j) Defer or at least reduce the GST rate to 2% with exemption for Sabah and Sarawak
(k) Implement electoral reforms for fair and clean elections starting with the Sarawak State Election

Restoring public and international confidence is paramount but it won’t be easy as it is no stroll in the park if the system does not cooperate with Najib.

Whatever happens in 2016, my hope is, at the minimum, for Sabah to receive its 40% net revenue entitlement and other financial rights such as the 10% export duties in lieu of the oil royalties as well as the 10% import and excise duties on petroleum products.

I take this opportunity to wish all Malaysians “HAPPY NEW YEAR 2016” and no more “IRI OM IRI’ and no more “BAU” (Business As Usual).

“The National Export Council (NEC) which is scheduled to meet next month and discuss amongst other things, the cabotage policy, should state in no uncertain terms that the crippling and costs increasing cabotage policy for Sabah and Sarawak should be abolished” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief and Bingkor Assemblyman in response to the disclosure by the Agriculture and Agro-Based Industry Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek that implementation of the cabotage policy was no longer practical, particularly involving export companies in Sabah, and will be discussed at next month’s meeting of the NEC.

“If the federal government still feels that the cabotage policy should be continued, then it should adopt the 1-Country 2-System (1-C 2-S) and maintain the cabotage policy for the ports in Malaya and exclude the ports in Sabah and Sarawak.

As rightly stated by the Agriculture Minister, he understood the challenges faced by the Sabah exporters in delivering their goods, in particular agro-food products to other countries, as they were forced to go through Port Klang first under the cabotage policy.

It matters not and extremely disappointing for a Sabah State Minister to request federal ministers to communicate with each other on the cabotage policy as if trying to make excuse for their various contradictory statements.

It is made worse for him to say that he is not taking sides on whether to abolish the cabotage policy given that he is a Sabah minister.   As part of the government responsible for Sabah, he should support the abolishment, although a federal policy, as it was clearly detrimental to Sabah’s interests and against the welfare of Sabahans.

Endless reports and appeals have been made to discard the cabotage policy for Sabah and Sarawak over the years but they have all fallen on deaf ears.    Perhaps, the Umno-led BN federal government will only listen when Sabah and Sarawak throw them out of Putrajaya in the next general elections but by then they will realize it too late.

By all means continue the cabotage policy in Malaya and close all the Malayan ports and bar foreign shipping from plying between Malayan ports.  With the 1-C 2-S in cabotage and exclusion of the Sabah and Sarawak ports, foreign vessels will be able to ply between ports in Sabah and Sarawak and ports in Malaya.

As concluded in a previous study by the Federation of Sabah Industries (FSI), the cabotage policy in 2012 cost each of the 3.2 million population in Sabah an estimated RM175.00 per month in shipping costs.   It is probably more than RM200 per person per month now in 2015.

With the abolishment of the cabotage policy, the federal government could help establish Sabah as the “Hub of the Far East” or dubbed “Dubai of the Far East” as proposed by the FSI and its immediate past president, Datuk Seri Wong.  

With Kota Kinabalu as a regional shipping hub, it will lead to economic growth in the Brunei-Indonesia-Malaysia-East Asean Growth Area (BIMEAGA) especially Sabah and Sarawak.   As a result, Malaysia flagged ships could increase their shipping volume from this economic growth and achieve the original intent of the cabotage policy but which it had failed to meet miserably since its implementation in the 1980s.

Lack of communication between federal ministers causing confusing and lack of clarity or failed objectives of the policy should not be excuses to make Sabahans suffer the continuation of the cabotage policy.  Steps should be taken urgently to abolish the policy and this should be supported whole-heartedly by the Sabah government for the good of Sabah and Sabahans.

"Semangat 85"
 Pilihan Raya Umum pertama di Sabah telah diadakan pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance untuk 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya tersebut. Semua urusan pilihan raya berjalan dengan lancar. Kempen pilihan raya dibuat melalui corong radio yang tersedia, melalui media cetak dan risalah bagi tujuan untuk memberi kefahaman kepada rakyat Sabah ketika itu. Pendek kata, pilihanraya ketika itu benar-benar telus dan demokrasi tanpa sekatan kebebasan bersuara.

Tujuan parti-parti tersebut ditubuhkan kerana Sabah ingin mencapai kemerdekaan melalui kerajaan British dan tidak mahu menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia yang telah diwar-warkan ketika itu. Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday Times 1961) merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah. Rakyat Sabah dan Sarawak menginginkan kerajaan British untuk duduk lebih lama sehingga mereka mencapai kemerdekaan sendiri. Isu pembentukan Persekutuan Malaysia semakin dicanangkan dan sangat merisaukan pemimpin-pemimpin tempatan sehingga jalan terbaik yang dilakukan adalah menubuhkan parti masing-masing dengan tujuan menyuarakan pendapat melalui parti yang mereka wakili. Senario pembentukan dan kemunculan parti-parti politik tempatan berlaku begitu drastik dan singkat sekali.

Kesedaran yang tinggi timbul di kalangan para pemimpin Sabah, walaupun mereka rata-ratanya tidak sebijak Tunku Abdul Rahman yang mempunyai lulusan pendidikan dari Eropah, tetapi semangat patriotisme mereka terhadap negara Sabah begitu tinggi sekali. Mereka dapat melihat masa depan dan boleh meramalkan nasib rakyat Sabah jika berada di dalam Persekutuan Malaysia dengan keadaan Sabah belum merdeka.

Parti-parti tempatan ditubuhkan dengan tujuan yang jelas dan terarah kepada hala tuju perjuangan parti. Kelihatannya agak ektrimis, tetapi itulah hakikatnya yang terbaik pada masa itu. Bermula pada tahun 1961 akibat daripada isu-isu gagasan Malaysia maka beberapa parti tempatan Sabah ditubuhkan, antaranya:-

United National Kadazan Organization (UNKO)
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

Parti ini ditubuhkan pada 26 Mac 1961 dan merupakan parti pertama yang berjaya muncul dengan skop perjuangan yang jelas iaitu menjaga komuniti rakyat yang berbangsa Kadazan/Dusun, Rungus dan Murut khususnya yang beragama Kristian. Tokoh-tokoh awal yang bersatu dalam penubuhan parti ini ialah Donald Stephens, Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong, G.S Sundang. Namun Donald Stephen adalah yang dipercayakan untuk memimpin parti ini pada masa itu. Matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk memajukan serta membangunkan negara Sabah. Keseluruhan dari maksud perjuangan parti ini adalah benar-benar untuk kebaikan bagi Kadazan/Dusun, Rungus dan Murut dengan tidak mengabaikan etnik yang lain.

Donald Stephen adalah seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton. Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah Times). Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada penjajah British, telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO. Melalui penglibatannya sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampaian pandangan UNKO mengenai pelbagai isu dan kesan-kesannya bila bergabung dalam gagasan Malaysia, di mana Sabah mahukan kemerdekaan melalui British dan bukannya menyertai gabungan Malaysia. Kelantangan parti UNKO menentang gagasan Malaysia di sambut baik oleh rakyat Sabah secara keseluruhannya.

United Sabah National Organization (USNO)
Kesan negatif yang berlaku kepada rakyat Sabah bumiputera Sabah ketika itu, khususnya mereka yang tidak termasuk dalam skop perjuangan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera Islam di Sabah. Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti politik mereka sendiri iaitu United Sabah National Organization-USNO dengan matlamat utamanya bagi mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah. Empat bulan selepas penubuhan UNKO, parti USNO secara rasminya dilancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23hb. Disember 1961.

Di samping Tun Datu Mustapha yang menyedari betapa penting dan wajarnya parti USNO ini ditubuhkan bagi kepentingan suatu komuniti tertentu, beberapa pemimpin lain yang secara aktif giat dalam pelbagai persatuan dan kegiatan agama Islam bagi penubuhan USNO. Mereka adalah, Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik, Datu K.M Edinin, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan (Timbalan Presiden USNO)-Pemimpin "Persatuan Islam Putatan". Orang-orang ini bekerjasama penuh dengan presiden USNO kerana pengaruhnya yang begitu kuat sejak tahun 1950an di kalangan aktivis agama Islam.

Tun Datu Mustapha pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu (OKK) Di lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955. Datu Harun Datu Nasaruddin Bapanya berbangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran. Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England (Klik-Wikipedia). USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah. USNO menggariskan agenda perjuangannya iaitu "Bersatu, Bersedia, Berkhidmat" kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.

Tun Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dasar perjuangan USNO inilah yang menyebabkan timbulnya kontroversi dan pertentangan hebat dengan parti UNKO pimpinan Donald Stephen. Namun menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia, kedua parti ini bekerjasama dan bersatu.

United National Pasok-Momugun Organization
(PASOK-MOMUGUN)
  Perkembangan rakyat yang di bawah jagaan kedua parti, iaitu UNKO dan USNO memberikan reaksi sedikit berbeza kepada orang-orang yang berbangsa Murut. Mereka merasa sedikit terabai jika dibandingkan dengan rakyat yang berbangsa Kadazan dan bumiputera Melayu Islam. Oleh itu G.S. Sundang keluar daripada parti UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momugun Organization (Pasok Momugun) pada 4hb. Januari 1962. Peribadi yang turut berperanan penting dalam penubuhan parti ini ialah O.K.K. Sundang.

Parti ini disertai oleh kebanyakkan orang Murut dan Dusun, di mana parti ini ditubuhkan bertujuan untuk melindungi hak kaum Bumiputera di kawasan pedalaman dan juga menentang gagasan Malaysia. Perkara ini menjadi faktor utama pertentangan mereka dengan parti USNO. Begitu juga dengan UNKO, di mana timbulnya suatu sikap tidak berpuas hati mereka terhadap penggunaan "Kadazan" sehingga timbul diskriminasi tertentu di kalangan rakyat yang dilakukan oleh UNKO.


Kaum-kaum yang lain kelihatannya stabil dan selamat di bawah kuasa jagaan parti-parti tertentu. Namun kaum Cina yang minoriti ketika itu pula melahirkan kebimbangan bahawa mereka seolah-olah tidak diperdulikan. Mereka juga sangat bimbang bahawa ekonomi mereka akan terganggu bilamana Sabah menyertai gagasan Malaysia. Khoo Siak Chiew seorang peniaga Cina yang berpengaruh dari Sandakan menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih dahulu.

Pada mulanya Parti Pasok-Momogun digunakan oleh beberapa Peniaga Cina yang berpengaruh untuk menentang penubuhan Malaysia. Selain Khoo Siak Chiew (Sandakan), seorang lagi ialah Peter Chin yang berasal dari Jesselton (sekarang Kota Kinabalu). Mereka menyumbang dana kepada parti ini untuk membuat gerakan parti. Namun menjelang pembentukan Malaysia, kedua orang Cina itu akhirnya akur kerana kelihatannya sangat sukar untuk dihalang kerana di dalangi oleh satu kuasa besar. Kemudian bantuan dana dihentikan terhadap parti Pasok-Momogun menyebabkan gerakannya terbengkalai. G.S.Sundang bagaimanapun berkeras dan tetap berpendirian menjadi anti Malaysia. Keadaan semakin sukar bagi Pasok-Momogun untuk bergerak dan turut ditinggalkan oleh kedua peniaga Cina itu. Perkara ini membuatkan G.S.Sundang memikirkan semula perkara gagasan Malaysia dan terpaksa akur dengan keadaan. Sehingga November 1962 akhirnya parti Pasok-Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah dan menjadi salah satu parti komponen yang menyokong gagasan Malaysia.
  Pada bulan Jun 1964, parti UNKO dan Pasok-Momogun membuat persetujuan bersama untuk bergabung. Maka muncullah satu parti gabungan yang dinamakan sebagai "United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO)". Parti ini juga menjadi salah satu parti komponen Parti Perikatan Sabah bagi menyokong pembentukan Malaysia.

PERKEMBANGAN PARTI CINA DI SABAH
  Orang Cina juga telah mulai mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan komunitinya di Sabah. Kesedaran timbul kerana kebimbangan terhadap pembentukan gagasan Malaysia. Mereka beranggapan bahawa pembentukan Malaysia ini akan memberikan peluang kepada penguasaan politik Melayu dan boleh menjejas pendidikan, bahasa dan ekonomi mereka.

  Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap pembentukan gagasan Malaysia bagi memperjuangkan kepentingan mereka di Sabah dan kemunculan dua parti politik Cina. Di satu pihak, mereka inginkan sebuah pertubuhan politik, manakala pihak kedua mahukan satu badan bukan politik diwujudkan bagi melindungi dan memperjuangkan kepentingan mereka.

Pemimpin-pemimpin Cina yang beraliran bahawa penubuhan parti politik adalah jalan terbaik untuk melindungi dan memperjuangkan hak mereka akhirnya telah menubuhkan parti politik mereka. Dua parti Cina yang ditubuhkan pada tahun 1962, iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP) berpusat di Jesselton di bawah pimpinan Peter Chin. NBDP mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada mereka berpendidikan bahasa Cina. Manakala satu lagi parti Cina di bawah pimpinan Khoo Siak Chiew iaitu United Party (UP) dan berpusat di Sandakan. Kedua-dua parti politik ini kebanyakkannya disertai dan anggotai oleh peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan profesional.

Kedua-dua parti ini begitu lantang menyuarakan bahawa adalah lebih baik jika Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia (United Party). Manakala NBDP pula lantang menuntut taraf berkerajaan sendiri, tidak ada bahasa atau agama rasmi, bahasa Inggeris terus di kekalkan, hubungan rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di Sabah. Suara perjuangan mereka begitu berpengaruh kerana kedudukan mereka sebagai peniaga maju dan pada ketika itu juga komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah perlu lah di lindungi.

Pada bulan Febuari 1962, beberapa perwakilan dari parti politik Cina iaitu Malayan Chinese Association (MCA) yang diketuai oleh Dr.Lim Swee Aun. Tujuan lawatan perwakilan ini adalah bagi memberikan penjelasan tentang kepentingan gagasan Malaysia dan memujuk dua parti Cina Sabah itu agar bergabung bagi menghadapi pilihan raya pada masa akan datang. Akhirnya persetujuan dilakukan oleh NBDP dan UP untuk bergabung dan lahirlah parti gabungan Cina Sabah iaitu Borneo Utara National Party (BUNAP) dan secara rasminya ditubuhkan pada 12hb. Oktober 1962. Kemudian langkah bijak yang diambil adalah dengan menyertai Parti Perikatan Sabah dengan mengumumkan bahawa mereka menerima dan bersetuju gagasan Malaysia.

Sejarah parti Cina ini dicatat bahawa pada 16hb. September 1963 iaitu bersamaan dengan tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia, parti Cina Sabah ini yang dikenali sebagai Borneo Utara National Party (BUNAP) ditukar dengan nama baru iaitu Sabah National Party (SANAP).


Perikatan Sabah 

Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.



Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh Malaysia. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974. (Klik Wikipedia).



Parti Perikatan Sabah diwujudkan oleh gabungan buah fikiran pemimpin politik Sabah dan juga pemimpin-pemimpin politik Persekutuan Tanah Melayu bagi suatu perpaduan rakyat serta menyokong penubuhan gagasan Malaysia. Parti-parti tempatan Sabah yang berada dalam komponen ini ialah UNKO, USNO, SANAP dan PM.



Sejak tahun 1962 hingga 1967 walaupun wujudnya satu wadah perjuangan setiap parti tempatan di Sabah, persengketaan, curiga-mencurigai dan pendapat yang tertentangan di antara beberapa pemimpin parti besar seperti UNKO yang mewakili komuniti Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan, USNO mewakili komuniti yang terdiri daripada Melayu-Muslim, SANAP mewakili komuniti Cina dan Pasok-Momogun mewakili masyarakat Dusun dan Murut di kawasan Pedalaman.
Kedudukan Parti Perikatan Sabah agak rapuh kerana penubuhannya adalah dilakukan dengan terburu-buru kerana bertujuan mendapatkan sokongan dan mempercepatkan agenda gagasan Malaysia. Akibat daripada dasar yang tidak kukuh ini, maka ruang persengketaan dan perbezaan pendapat sering terjadi kepada pemimpin-pemimpin yang mewakili komuniti tertentu. Mereka lebih mengutamakan hak-hak dan kepentingan komuniti di bawah jagaan mereka tetap timbul kerisauan mereka terhadap gagasan Malaysia.

Pilihan Raya Umum bagi Sabah diadakan sebelum pembentukan Malaysia, iaitu pada bulan Mac 1963. Tujuan pilihan raya ini ialah memilih calon bagi menduduki Dewan Undangan Negara Sabah.



Keputusan pilihan raya tersebut mencatat bahawa parti USNO memperolehi 8 kerusi, UNKO memperolehi 5 kerusi, parti SANAP memperolehi 4 kerusi dan Pasok-Momogun memperolehi 1 kerusi. Berdasarkan keputusan pilihan raya ini, maka dengan nasihat daripada pihak British dan dipersetujui oleh semua ahli perikatan bahawa Donald Stephen diangkat sebagai Perdana Menteri Sabah.

Dalam perkara ini timbul juga ketegangan kerana berdasarkan kerusi yang diperolehi oleh parti, maka selayaknya Tun Datu Mustapha layak menjadi Perdana Menteri. Tetapi setelah perbincangan dan kata putus diambil maka kelihatannya adil jika Tun Datu Mutapha memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negara Sabah dan Donald Stephen sebagai Perdana Menteri Sabah.

Ketegangan mulai berlaku lagi apabila jawatan Yang Di-Pertua Negara Sabah dipegang oleh Tun Datu Mustapha, di mana menurut pemahamannya bahawa jawatan tersebut sama seperti Gabenor pada zaman British. Keadaan yang berlaku adalah Tun Datu Mustapha lebih terkongkong dalam bidang kuasa politik. Semua urusan pentadbiran di Sabah dipegang dan dikuasai oleh Donald Stephen sendiri. Perkara ini menyebabkan timbulnya jurang kerjasama di antara Perdana Menteri dan Yang Di-Pertua Negara Sabah. Akibatnya impak daripada penting diri sendiri kedudukan Parti Perikatan Sabah mulai menjadi lemah.


Ketegangan berterusan di antara USNO dan UNKO, malah masalah semakin bertambah bilamana Pemimpin Malaya sebagai kerajaan pusat campur tangan dalam perkara ini dengan memberi saranan agar Donald Stephen meletakkan jawatannya. Donald Stephen akur dengan pusat, ia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan memegang portfolio sebagai Menteri Hal-Ehwal Sabah. Tindakan ini memberikan keuntungan kepada parti Cina bilamana Peter Lo dari parti SCA mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Sabah. Ketegangan di antara parti komponen semakin berlarutan apabila parti UPKO melihat bahawa Tun Datu Mustapha pula akan pasti menjadi Perdana Menteri Sabah selepas ini. UPKO sangat kecewa dengan jalan penyelesaian yang diambil oleh USNO dan SCA serta campur tangan dari Malaya yang bertindak sebagai kerajaan pusat.

  UPKO bertindak agar kemasukan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia dikaji semula. Perkara ini ditolak dengan kerasnya oleh Tunku Abdul Rahman. Donald Stephen melihat suatu masalah timbul dengan reaksi Tunku, kemudian ia mewujudkan satu plan kerjasama di antara "Sabah, Sarawak dan Singapura". Kerjasama ini membincangkan kedudukan masing-masing dalam Malaysia oleh kerana persetujuan awal pembentukan Malaysia kelihatannya bermasalah. Tunku Abdul Rahman menghidu perkara ini sebagai suatu ancaman kepadanya. Dengan kuasa yang ada, Tunku menekan Perikatan Sabah dengan memaksa menggugurkan jawatan Donald Stephen sebagai pemimpin UPKO. Akibatnyanya bukan saja Donald Stephen terpaksa meletakkan jawatannya, tetapi diikuti oleh seorang rakan karibnya iaitu Peter Mojuntin. Perkara ini menyebabkan kedudukan UPKO dalam Perikatan Sabah semakin lemah sehinggalah pada bulan Disember 1967 UPKO dibubarkan. Semua rancangan yang dibuat oleh Donald Stephen bagi kepentingan rakyat Sabah khususnya menemui kegagalan. Akibatnya seorang demi seorang ahli-ahli UPKO melompat ke parti USNO demi untuk meneruskan karier politik masing-masing.

Dominasi Parti Politik Tunggal
  Migran ahli UPKO ke parti USNO dilihat suatu hal yang baik di pandangan Tunku dan disambut baik oleh Tun Datu Mustapha. Untuk meredahkan situasi, Donald Stephen dipercayakan untuk memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia. Dengan penghijrahan Donald Stephen ke Australia dan tiada dalam urusan politik Sabah suasan menjadi redah dan pengurusan pentadbiran Sabah kelihatannya berjalan baik dan lancar dengan kekuasaan USNO dan nasihat kerajaan pusat dari Malaya.

Parti USNO di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha memerintah Sabah melalui Parti Perikatan Sabah. Samada perkara itu baik atau tidak, rakyat terpaksa akur dengan semua keputusan pemerintah. Walaupun keadaan kelihatannya tidak mengalami masalah tetapi tidak ada kuasa yang boleh menghalang kemaraan kekuasaan USNO di Sabah. Bangunan United Sabah Islamic Association (USIA) dibina pada bulan Ogos 1969 dengan tujuan mentadbir Islam dan memperluaskan dakwah Islam. Selepas itu pada tahun 1971 Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pula ditubuhkan. Penyebaran agama Islam semakin berleluasa sehingga menimbulkan ketegangan masyarakat bukan Islam akibat sebilangan rakyat yang dipaksa untuk menganuti Islam. Yang jelas pada masa itu masyarakat bumiputera Islam sahaja yang diberikan keutamaan dan terjadi diskriminasi agama terhadap bumiputera bukan Islam. Ini menimbulkan sikap tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat Sabah yang bukan Islam menyebabkan ketegangan kaum dan agama menebal di kalangan masyarakat Kadazan/Dusun, Murut, Rungus dan Cina pada ketika itu.

  Salah seorang bekas pemimpin UPKO, iaitu Peter Mojuntin cuba untuk bangkit menentang kekerasan pemerintahan ketika itu dengan menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) bagi menentang kuasa USNO, namun usaha ini gagal berikutan kegagalan USAP didaftarkan. Di samping itu para pemimpin yang bangkit bersama dengan Peter Mojuntin dalam USAP turut di ugut dan dengan mudah disogok dengan wang. Maka hasrat dan cita-cita Union Of Sabah People (USAP) hanya dicatat sebagai warna-warni sejarah politik Sabah.

  Dengan begitu angkuh dan beraninya USNO melakukan hampir setiap perkara tanpa disenangi oleh rakyat. Keluhan rakyat Sabah mulai kedengaran, mereka cukup marah dengan sikap pemerintahan kuku besi yang dilakukan oleh Tun Datu Mustapha. Akhirnya rakyat menarik nafas lega apabila munculnya parti BERJAYA, di mana ianya mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.

Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
  Hubungan antara kerajaan negara Sabah dan kerajaan Persekutuan pada
awalnya terlalu baik. Tiada masalah besar timbul dalam hubungan ini. Namun apabila pengaruh pemimpin Sabah yakni Tun Mustapha terlalu kuat dan berkuasa di Sabah, hubungan erat tadi semakin longgar. Tindak tanduk Tun Mustapha semakin sukar dikawal dan banyak bercanggah dengan kerajaan pusat pimpinan Tun Abd Razak. Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa memburukan lagi keadaan.

  Tahun 1971 pergeseran antara Tun Mustapha dengan kerajaan pusat makin serius terutama berkaitan dengan isu pengurusan ekonomi (hasil balak dan minyak) dan autonomi Sabah. Kerajaan Pusat cuba meredakan ketegangan dengan menawarkan jawatan Menteri Pertahanan peringkat pusat kepada TunMustapha tetapi ditolak oleh beliau. Penolakan ini memanjangkan lagi pergeseran dua belah pihak. Atas nasihat dan galakkan daripada pemimpin Persekutuan Tun Abdul Razak maka tertubuhlah Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah People's United Front atau BERJAYA. Kewujudannya adalah hasil daripada kerjasama bekas Perdana Menteri Pertama Sabah, Tun Fuad Stephen dan mantan setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Harris Salleh. 

Pada peringkat awal parti ini dipimpin oleh Datuk Harris Mohd Salleh yang dibantu oleh Timbalan Presiden Datuk Ganie Gilong, Yeo Pao Tzu dan Haji Ampong Puyun. Tuan Haji Mohd Noor Mansur sebagai Setiausaha Agung, Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Peter Mojuntin sebagai Bendahari. Sokongan kerajaan Pusat ke atas BERJAYA menyebabkan Tun Mustapha tidak dapat menghalang kemaraan parti tersebut. Selain daripada sokongan ahli-ahli politik Sabah, BERJAYA turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli politik Persekutuan dan Sarawak. Antaranya ialah Abd Gapar Baba, Abd Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negera Sabah sendiri iaitu Tun Fuad.

Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah. Dengan perbincangan pemimpin persekutuan Kuala Lumpur akhirnya Parti BERJAYA dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Julai 1975.

BERJAYA mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dan hasilnya,pada pilihanraya negeri April 1976, daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, BERJAYA telah memenangi 28 kerusi. USNO pula hanya memenangi 20 kerusi sahaja yang kebanyakannya dimenangi di kawasan penduduk beragama Islam. Apa yang menjadi keunikan dan keistimewaan BERJAYA ialah ianya merupakan parti pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah. Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada bangsa Kadazan/Dusun, Bajau, Suluk, Rungus, Murut, Bisaya, Brunei, Orang Sungai, Kwijau, Tatana, Tidong dan Kimaragang. Persatuan-persatuan Cina juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik Sabah.
  Tetapi bermula pada tahun 1976, maka bermulalah satu detik baru bagi sejarah politik Sabah di bawah pemerintahan Parti BERJAYA pimpinan Harris Salleh. Tahun 1976 juga adalah tahun yang malang bagi kerajaan negara Sabah. Walaupun dipandangan rakyat kerjaan BERJAYA adalah kuasa yang mentabdir dan dapat melahirkan kesejahteraan rakyat, namun tanpa disedari pemerintahan BERJAYA mempunyai keburukan yang sama. Pada era USNO tindakan Tun Datu Mustapha lebih memusatkan kepada hal-ehwal Sabah walaupun dengan cara keras, manakala di zaman BERJAYA pula para pemimpin Malaya dengan mudah mengawal kepemimpinan ini untuk mengikuti telunjuk dan kemahuan para pemimpin Malaya.

Sehingga 3 perkara besar dan malang berlaku pada negara Sabah hanya dalam tahun 1976, iaitu Pertama tragedi kematian pemimpin-pemimpin utama Sabah, kemudian disusuli dengan penyerahan 95% hasil minyak Sabah diserahkan kepada Petronas, di mana ini sebabnya urusan pemimpin-pemimpin utama Sabah yang terkorban dalam nahas helikopter itu untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyelesaikan ketegangan kerana rasa tidak puas hati oleh pemimpin-pemimpin Sabah terhadap agihan hasil minyak Sabah yang dibuat oleh pihak pemerintah ketika itu. Kemudian malang yang ketiga adalah status Sabah sebagai sebuah Negara diturunkan kepada Negeri dan dimasukkan dalam senarai negeri Persekutuan Malaya yang pada mulanya 11 buah negeri. Kemudian pada Pada 16 April 1984, daerah Labuan pula diserahkan oleh Harris Salleh kepada kerajaan persekutuan tanpa persetujuan dari rakyat Labuan dan dengan cara yang tidak sepatutnya. Penyerahan Labuan ibarat menyerahkan 'cucu kepada nenek yang kaya raya'.

Parti Bersatu Sabah-PBS
  Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1985 telah memeranjatkan semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan sendiri. Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu. Keadaan politik Sabah sudah mulai kucar-kacir dan banyak perkara yang diselewengkan oleh Harris Salleh sendiri yang bersekongkol dengan pemimpin politik persekutuan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1984, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan. Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti besar, 3,048. Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5hb. Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti. (Klik-Rujukan)

PBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai pilihan raya 1985 dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presiden BERJAYA, Datuk Harris Salleh tewas di Tenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal, Kadoh Agundong. Parti pemerintah BERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, dengan USNO 16 kerusi serta PASOK 1. Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-6. Setelah rusuhan 1986 yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS, PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian menyertai Barisan Nasional (BN).

Beberapa hari sebelum pilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48 kerusi. Senario politik di Sabah terus berkocak apabila PBS yang berkuasa menerajui kerajaan di Sabah ketika itu bertindak keluar dari gagasan BN sekitar tahun 1990-an memaksa kehadiran UMNO datang ke Sabah setelah Allahyarham Tun Mustapha ketika itu Presiden USNO memikirkan bahawa USNO tidak mampu menumbangkan kerajaan PBS, pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang terlalu kuat pada ketika itu. Tun Mustapha terpaksa mengorbankan kesetiaannya kepada USNO yang terpaksa dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO, namun perjuangan UMNO bersama BN juga tidak dapat menggugat PBS ketika itu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi dan pengundi hantu. Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25 kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima keputusan rakyat. Walubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat menyertai BN.

Setelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah. Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya, Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang lain termasuklah Timbalan Presiden Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkan Parti Demokratik Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin, Dr. Maximus Ongkili dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha. Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah. (Klik-Rujukan)

PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusi Parlimen di Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon PBS. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya 1999. Walaubagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai Jeffrey Kitingan bertindak melompat menyertai PBRS pada 22 April 2000.

Pada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional. Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan persekutuan.


Semangat tahun 1985 tinggal kenangan
  Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum Kadazan-Dusun. Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.

Sejak PBS menyertai Barisan Nasional semula, agenda perjuangan parti ini menjadi senyap dan tidak disentuh dengan tegas sebelum ini. Seolah-olah terikat dengan suatu janji atau terma tertentu selepas menyertai BN. Pairin yang dulu disanjung tinggi oleh semua kaum dan khususnya KDMR kini semakin hari semakin terhakis pengaruhnya. Sehinggakan rakyat dengan berani mengatakan dengan terang-terangan melalui media sosial bahawa Pairin tidak lagi layak memegang gelar "Huguan Siou" (Gelar tertinggi bagi kaum KDMR sebagai kepala suku). Semangat tahun 1985 bermula kepada rakyat dengan begitu gah dan semarak sekali untuk berjuang bersama PBS dan rakyat sangat kagum serta percaya kepada setiap calon PBS yang bertanding tanpa melihat latar belakang. Bandingkan dengan Kadoh Agundong yang bukan berprofile tinggi, hanya orang biasa tetapi boleh mengalahkan Harris Salleh ketika itu.

Puncak kegemilangan PBS sejak beberapa tahun semakin merisaukan pihak lawan dan terutamanya pihak pemimpin persekutuan Kuala Lumpur. Rakyat ketika itu sering berkata "Orang cacat sekalipun yang bertanding atas tiket PBS, saya akan undi", betapa kuatnya semangat padu rakyat ketika itu. Namun semua hal ini hanya tinggal kenangan apabila semangat 85 itu dipunahkan oleh taktik kotor pemimpin-pemimpin Malaya.

Sehingga kini di tahun 2015, rakyat masih rindu dengan semangat tahun 1985 yang penuh dengan kenangan manis. Kesatuan rakyat yang sangat tinggi tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Semasa tahun-tahun kegemilangan PBS, rakyat terus bersatupadu sehinggalah penjajah dari Malaya muncul secara terang-terangan melalui parti UMNO dan berjaya mengucar-kacirkan rakyat Sabah yang bersatupadu sebelum ini. Sungguh pun begitu rakyat dengan tidak berputus asa agar PBS bangkit semula, semangat itu muncul semula dan Pairin kembali menjadi wira Sabah. Tetapi sehingga Pilihan Raya Umum tahun 2013, semua impian itu berkecai menjadikan semangat 85 itu tinggal kenangan dan tidak akan kembali lagi.

Taktik dan cara UMNO-BN mencegah agar rakyat Sabah tidak bersatu.
Sejak beberapa tahun parti penjajah sudah mengintai untuk masuk ke Sabah, namun tidak berpeluang kerana ketegasan pemimpin-pemimpin politik ketika itu. UMNO dapat melihat, bahawa kekuatan Sabah ialah 'rakyat', di mana apabila rakyat sudah mulai bersatu kesatuan itu sukar digugat. Sehinggalah pemimpin mereka sendiri yang merosakkan senjata kesatuan itu.

Sejak parti USNO kuat, rakyatnya kuat namun dirosakkan sendiri oleh kepalanya akibat campurtangan kuasa penjajah. Sebenarnya Tun Datu Mustapha menjadi lebih sadis kesan dari seorang tali barut Malaya iaitu seorang wali Kuala Lumpur yang sengaja dipasang oleh pemimpin KL yang bernama Datuk Syed Kechik bin Syed Mohammad berasal dari Kedah berkelulusan Peguam. Di era parti BERJAYA, rakyat begitu sejahtera dalam perpaduan mereka, namun kepalanya merosakkan perpaduan ini. Tetapi berlainan dengan era parti PBS, di mana kepalanya tidak merosakkan rakyat tetapi terpaksa menafikan diri kepada rakyatnya kerana tekanan musuh yang terlalu kuat. Seolah-olah keadaan itu dapat digambarkan dalam satu filem, di mana pahlawannya dianiaya, diseksa di depan mata rakyatnya. Demikianlah yang berlaku kepada Pairin sebagai pahlawan Sabah ketika itu. Namun sehingga kini rakyat mulai secara perlahan-lahan menganggap bahawa pahlawan mereka sudah mati.

Antara perkara yang sering dibuat oleh UMNO-BN bagi menakut-nakutkan rakyat Sabah agar tidak berpaling dari gagasan Malaysia ialah:-

  1. Isu yang mengatakan bahawa Kesultanan Suluk akan merampas Sabah.
  2. Menguasai semua sektor dan peluang rakyat di Sabah dan memberikannya kepada orang-orang Melayu Malaya.
  3. Menggunakan Kementerian Pendidikan untuk membentuk pola fikir yang salah mengenai sejarah Sabah, di mana sejarah sebenar Sabah dimanipulasi dan diputar-belit demi kepentingan politik Umno.
  4. Menghapuskan konsep "Parti Tunggal" di Sabah.
  5. Dengan menaja parti-parti tempatan Sabah bermula dengan parti PDS, SAPP, AKAR, PBRS bagi memberi ruang yang luas untuk pemimpin dan rakyat Sabah berkelompok dan berpuak-puak. Sehingga ke hari ini penubuhan parti-parti tempatan Sabah yang baru dengan mudah diluluskan dengan tujuan tersebut.
  6. Menggunakan media massa dan pihak keselamatan untuk mengugut rakyat dan tanpa perikemanusiaan menggunakan akta-akta tertentu untuk membunuh demokrasi Malaysia secara keseluruhan.
  7. Menggunakan agama sebagai pemecah-belah rakyat di Sabah sehingga rakyat Sabah dengan fanatik menyokong UMNO demi 'nama agama' yang disalahgunakan.
  Perkara yang sangat ketara sekali dan kesannya berpanjangan sehingga hari ini sejak taktik ini dibuat pada tahun 1994, di mana UMNO mengesan pemimpin Sabah yang berkaliber dan ditawarkan sesuatu termasuk penubuhan parti dan menjadikan mereka Presiden parti. Perkara ini memberikan impak yang sangat jelas bahawa rakyat sentiasa dalam delima dan menjadi 'puppet' kepada permainan politik. Sekejap rakyat akan berpihak parti ini dan dalam masa tertentu memihak lagi parti lain. Kerana apa yang rakyat cari adalah peluang-peluang tertentu untuk kepentingan mereka. Parti politik yang ditaja bukan menjadi medium perjuangan bagi kepentingan Sabah, tetapi dijadikan oleh persekutuan untuk memecahkan undi dan menetapkan sasaran mereka dalam kawasan-kawasan tertentu yang diwakili parti-parti tersebut agar dapat terus menjajah Sabah.

Parti-parti tempatan Sabah yang ada di dalam komponen BN sekarang bukanlah medium pembangunan Sabah dan rakyatnya, tetapi alat penjajah untuk mengelak daripada rakyat Sabah daripada bersatu, sebab mereka sudah melihat sikap rakyat Sabah ketika era USNO, BERJAYA dan PBS yang bertindak sebagai parti tunggal. Kekuatan rakyat Sabah tidak dapat dinafikan dan memberikan sokongan dengan sepenuh jiwa raga mereka terhadap pemimpin yang ada. Parti UPKO (dulunya PDS) dan PBRS hasil tajaan UMNO sangat berperanan untuk melakonkan permainan UMNO, termasuk parti PBS dan LDP. Bagi parti SAPP, keluar dari senarai ini kerana akhirnya mereka sedar dan keluar daripada Barisan Nasional untuk memberi keutamaan kepada rakyat Sabah. Namun SAPP sering mendapat tekanan dari bekas rakan-rakannya dan berusaha agar SAPP akan terkubur dalam arena politik permainan UMNO.

UMNO menggunakan pelbagai taktik, jika parti-parti tajaannya mulai merosot dan tidak mendapat sokongan rakyat, maka apa yang UMNO lakukan ialah menyalurkan peruntukan insfrastruktur pembangunan tertentu dan memastikan bahawa rakyat tertarik dan berterusan memberikan sokongan. Pemimpin-pemimpin veteran ini hanya 'Yes bos' kerana menjaga kepentingan diri. Konsep "Pecah dan Perintah" yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir begitu berkesan dan menjadi senjata ampuh penjajah.

Perkara-perkara ini sudah dikesan oleh rakyat dan mengetahui taktik UMNO, namun rakyat tidak berdaya dan tidak dapat melakukan apa-apa kerana seperti senarai taktik di atas, penjajah akan gunakan mengikut situasi yang sesuai.

Senario Politik Sabah Tahun 2013
Senario baru berlaku terhadap politk Sabah pada PRU-13, di mana sekali lagi Dr. Jeffrey Kitingan mencatat sejarah tersendiri dalam arena politik Sabah dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan hasratnya masih pada konsep awal, iaitu memperjuangkan hak-hak Borneo. Dalam rangka kerjasama yang dibuat, Dr. Jeffrey telah membuat satu usul (Deklarasi Tambunan) kepada penasihat dan pemimpin utama PKR, iaitu Anwar Ibrahim. Tetapi malangnya perkara yang diutarakan oleh Dr. Jeffrey itu ditolak kerana dilihat akan memberikan keistimewaan penuh kepada rakyat Sabah dan akhirnya pemimpin-pemimpin Malaya akan terpinggir dari meneruskan keuntungan di Sabah seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Tiada pilihan lain selain keluar daripada Parti Keadilan Rakyat kerana tujuan perjuangannya ditolak.

Solusi yang di ambil oleh Dr. Jeffrey Kitingan adalah bekerjasama dengan parti tempatan dari Sarawak iaitu STAR dengan menjadi penaja parti itu ke Sabah. Musuh-musuh politikya mengambil kesempatan sekali lagi untuk memburuk-burukkan Dr. Jeffrey kerana keluar dari PKR dengan tuduhan tiada pendirian dalam politik. Sedangkan Dr. Jeffrey bertindak keluar dari PKR kerana agenda Borneo yang diperjuangkannya ditolak oleh pemimimpin Malaya. STAR ketika itu bergerak bersama badan NGO, iaitu United Borneo Front (UBF). Dalam siri pertemuan dan kempen parti STAR sebelum menghadapi PRU-13, mereka telah cuba untuk memperjelaskan sejarah, hak-hak Sabah, 20 Perkara dan kuasa autonomi Sabah. Di sinilah dengan bebas Dr. Jeffrey meluahkan segalanya dan intipati sebenar perjuangannya. Namun rakyat Sabah masih nyenyak tertidur disebabkan oleh elusan janji-janji UMNO dan masalah berpuak-puak dalam parti-parti tempatan tajaan UMNO. Rakyat hanya tersenyum dan tersengih dengan agenda yang dibawakan oleh parti STAR.

Kemunculan STAR memberikan suatu suntikan baru kepada generasi muda Sabah yang berpendidikan. Melihat intipati perjuangan yang dibawakan oleh Dr. Jeffrey telah berjaya menarik minat golongan muda terpelajar ini. Sehingga kerana semangat patriotik yang tinggi kepada Sabah, mereka sanggup berhenti dari kerjaya mereka untuk memperjuangkan agenda tersebut. Antara peribadi oyang begitu berani bertindak berhenti dari profession mereka sebagai pendidik (guru) ialah Cikgu Jalibin Paidi (Ranau), Cikgu Feddrin Tuliang (Ranau), Cikgu Hasmin Azroy (Tenom), Cikgu Maklin Masiau (Kota Marudu) dan beberapa yang lain. Demi untuk mengembalikan hak-hak Sabah, mereka sanggup gadaikan segalanya. Bukan didasari kerana peluang menjadi calon, tetapi kesedaran yang tinggi terhadap perjuangan dan cintakan Sabah.

Dalam masa yang sama, parti SAPP bekas komponen Barisan Nasional yang telah bertindak keluar dari komponen Barisan Nasional kerana menyedari bahawa keadaan perlu diperbetulkan segera, di mana Sabah harus diselamatkan dari masalah pendatang tanpa izin yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Parti SAPP adalah parti pimpinan Yong Teck Lee yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Muhammad.

Sebelum pilihan raya ke-13 lagi, SAPP sudah mulai tegas bersuara mengenai soal autonomi Sabah dan isu masalah PTI yang semakin merunsingkan Sabah. Agenda perjuangan SAPP lebih mengukuhkan fakta bersama dengan parti STAR. Dari sudut lain, kelihatan SAPP selari dengan STAR, tetapi dalam hal-hal tertentu mereka bertentangan. Pertentangan yang muncul sebenarnya hanyalah “soal peribadi dan kredibiliti pemimpin”, saling mengungkit kesilapan dan kesalahan yang pernah berlaku sebelum ini. Akibat latar belakang sejarah politik pemimpin utama STAR dan SAPP dijadikan isu ketika itu, maka memberikan peluang besar kepada PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP PAS) untuk meraih populariti kepada rakyat Sabah. Soal apa yang diperjuangkan oleh parti STAR dan SAPP tidak lagi menjadi hal yang penting bagi rakyat, tetapi tertumpu pada komitmen perjuangan Pakatan Rakyat yang menjanjikan kehidupan yang cerah kepada rakyat Sabah.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, STAR dan SAPP pernah berhasrat untuk bergabung dalam perjuangan yang hampir sama, namun gagal akibat daripada penyokong masing-masing yang melaga-lagakan pemimpin mereka, di tambah pula dengan kebijaksanaan Pakatan Rakyat mengambil kesempatan dalam kesempitan. Oleh kerana kedua-dua pemimpin parti ini masing-masing punyai pengalaman yang sama dalam arena politik, maka mereka mempertahankan pendirian dan menunjukkan kehebatan masing-masing dengan akur untuk bertembung dalam pilihan raya itu.

Akhirnya, apa yang terjadi akibat pertembungan dua parti pembangkang Sabah itu disertai dengan lawan dari Barisan Nasional dan BEBAS maka semua calon SAPP kalah di seluruh tempat dan STAR hanya bernasib baik dengan kemenangan pemimpin utama mereka iaitu menang kerusi DUN di Bingkor, Keningau. Selepas PRU-13, di peringkat awal kedua-dua parti ini saling menuding, masing-masing mempersalahkan kerana pertembungan itu membawa kekalahan kepada parti SAPP dan STAR. Namun akhirnya peristiwa yang berlaku itu lama-kelamaan diakui sendiri oleh mereka akibat kecuaian, keegoan dan pentingkan diri sendiri dalam perjuangan. Parti STAR dan SAPP mengambil iktibar melalui tragedi yang mereka alami untuk meneruskan perjuangan mereka bagi menghadapi PRU-14 akan datang.

Kemenangan Dr. Jeffrey Kitingan di Bingkor, Keningau memberikannya peluang untuk menyuarakan agenda Borneo di Dewan Undangan Negeri Sabah. Tetapi impak yang diterima dari usul tersebut mendapat reaksi yang negatif khususnya golongan pemimpin UMNO. Sepanjang pembentangan usul, mereka sedaya-upaya mencelah dan mengganggu Dr. Jeffrey Kitingan agar wakil-wakil rakyat tidak terpengaruh yang disifatkan 'hasutan' oleh pemimpin-pemimpin Umno. Tidak puas dengan celaan, Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pula mengambil peranan untuk menggunakan sebaik mungkin peruntukan masa yang diperuntukkan kepada setiap wakil rakyat. Akhirnya usul tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sempurna.

Rakyat mulai menilai dan melihat betapa pentingnya perkara yang dikemukan oleh wakil rakyat dari Bingkor itu, tetapi disambut buruk oleh golongan pemimpin UMNO kerana hal tersebut bukanlah agenda perjuangan mereka tetapi merupakan ancaman peribadi untuk mengaut keuntungan dalam politik.

  Dengan kemudahan yang ada ketika ini, iaitu Facebook, Tweeter, Instagram, Youtube dan sebagainya dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat untuk saling berkongsi maklumat. Dengan mudah dan pantas suatu berita sampai kepada segenap rakyat yang menggunakan kemudahan yang ada. Dalam posting di Facebook mengenai sikap beberapa pemimpin UMNO dan Ketua Menteri menjadi di mana dikongsikan oleh setiap rakyat berjumlah 3,387 orang dan 63,591 rakyat yang telah menyaksikannya. Menurut penelitian komen-komen rakyat Sabah melalui facebook berkaitan video itu, hampir 85% rakyat mengutuk para pemimpin UMNO terutamanya Musa Aman selaku Ketua Menteri yang tidak menampakkan kualiti seorang pemimpin yang baik.
Semangat 85 Mulai Kembali Di Kalangan Rakyat Sabah
  Bermula dari tahun 2014, rakyat Sabah sudah mulai sedar dan bangkit. Kesedaran ini bukan hanya dipelopori oleh golongan kumpulan tertentu melalui media tetapi turut diberi peranan penting oleh YB.Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau Untol dan turut mendapat suntikan daripada pemimpin veteran era BERJAYA iaitu Datuk Haji Noor Mansoor. Penampilannya di arena politik era millenium telah memberikan ispirasi kepada generasi muda. 

Rakyat Sabah mulai bersatu, jika dilihat perkembangannya melalui media massa kebangkitan rakyat semakin kuat menentang pemerintah yang ada. Rakyat sudah benar-benar sedar bahawa Sabah dalam keadaan terjajah oleh kuasa dari Persekutuan Tanah Melayu yang bersembunyi dengan nama Malaysia. Hal ini dapat disedari oleh persekutuan bahawa mereka menghadapi keadaan yang sukar pada pilihan raya akan datang.

Saban hari kesepakatan begitu kelihatan di antara parti-parti pembangkang tempatan yang dipelopori oleh parti STAR dan SAPP dan turut disokong oleh oleh badan-badan pertubuhan bukan kerajaan. Pelbagai cara dilakukan oleh pemerintah untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat, namun semuanya tidak dihiraukan, malahan kerjasama semakin dimantapkan.

Perbincangan meja bulat dibuat di antara beberapa parti, iaitu SAPP dan STAR serta sedang membuka peluang untuk PCS, PPRS, USNO-Baru. Badan NGO besar seperti APS turut bersatu dalam satu pasukan baru yang dinamakan United Sabah Alliance yang akan dikenali sebagai GABUNGAN. Hasrat ini disambut baik dan penuh semangat oleh pemimpin-pemimpin utama masing-masing dan juga mendapat perhatian yang sangat memberangsangkan oleh rakyat. Daily Express yang bertarikh 10hb. Mac 2015 telah memaparkan secara rasmi bahawa United Sabah Alliance dengan rasminya telah wujud secara lisan atas persetujuan meja bulat.

Dalam usaha USA-GABUNGAN memperkuatkan jenteranya, masih tetap dipersoalkan kredibiliti dan kemampuan parti-parti politik tempatan. Pengalaman lalu dijadikan ukuran, di mana selama parti-parti tempatan yang mentadbir Sabah pelbagai masalah yang muncul akibat ketidakmampuan mereka untuk mengurus tadbir kerajaan. Oleh itu, perlunya ada bantuan daripada parti-parti nasional dari Malaya untuk bertapak di Sabah bagi membantu kerajaan agar tetap stabil. Inilah pola fikir sebahagian rakyat Sabah masa kini yang berimpak dari kekuatan Pakatan Rakyat mempengaruhi fikiran rakyat Sabah.

USA-GABUNGAN dalam dilema, antara realiti dan fantasi. Kelihatannya rakyat Sabah belum mampu atau tidak mau berdiri di kaki sendiri untuk mentadbir Sabah. Tetap dengan sikap berkongsi bersama dengan kerajaan pusat pemerintah. Kesukaran lain yang dihadapi oleh USA-GABUNGAN untuk mempersatukan rakyat adalah kerana rakyat berpecah-belah dari segi pemikiran tentang hala-tuju Sabah dan ideologi politik yang bercampur-baur. Yang jelas kelihatan sekarang, rakyat Sabah terbahagi kepada beberapa golongan;

  • Golongan rakyat yang mahukan Sabah keluar dari gabungan Malaysia secara mutlak dan menjadi sebuah negara yang berdaulat.
  • Golongan rakyat yang tetap mempertahankan Sabah berada di dalam Persekutuan Malaysia tetapi meminta kerajaan yang memerintah kelak agar melaksanakan kuasa autonomi kepada Sabah sesuai dengan konsep Perjanjian Malaysia yang sebenar.
  • Golongan rakyat yang pro parti Malaya, di mana bekerjasama penuh dengan parti-parti dari Malaya untuk sama-sama mengurus tadbir Kerajaan Sabah agar lebih baik sebelum ini.
  • Golongan ini langsung tidak mempercayai dan yakin dengan kemampuan parti-parti tempatan Sabah atas alasan-alasan tertentu.
  • Golongan yang pro parti tempatan dan berkeras untuk menolak parti-parti Malaya dan mempunyai azam yang kuat untuk menumbang parti penjajah, iaitu UMNO di Sabah. Mereka memberikan sokongan padu kepada parti-parti tempatan untuk mengambil-alih semua sistem politik Sabah yang dirampas dan dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Malaya sebelum ini. 
  • Golongan rakyat yang tidak mengambil berat tentang hal-ehwal politik kerana fobia dengan sikap politikus tempatan Sabah yang tidak sentiasa mementingkan diri sendiri.
  Golongan rakyat yang terbahagi di atas memberikan jalan yang sukar untuk USA-GABUNGAN menjadi realiti, di mana perkara ini adalah impian sebahagian rakyat Sabah, malah hampir semua rakyat Sabah tetapi membuat rumusan tersendiri bagaimana USA-GABUNGAN diperlakukan. Sejauh mana kemampuan dan kekuatan pemimpin-pemimpin utama USA-GABUNGAN mencapai hasrat ini bergantung pada pendekatan yang relevan mengikut citarasa rakyat masa kini.

Bagaimanakah Pola Politik Sabah Akan Datang?

Sejak tahun 1961, apabila parti politik mulai ditubuhkan akibat daripada suatu ketakutan mengenai gagasan pembentukan MALAYSIA. Parti-parti politik tempatan mulai ditubuhkan dengan cepat kerana kesedaran yang tinggi bagi mempertahankan Sabah daripada bergabung dengan gagasan Malaysia. Jika diimbas kembali parti-parti tempatan yang ditubuhkan, dapat dilihat kerangka fikir para pemimpin politik ketika itu untuk menjaga komuniti masyarakat Sabah yang ada. UNKO/Pasok-MOMOGUN, mewakili komuniti Kadazan/Dusun, Murut, Rungus dan beberapa etnik yang lain di bahagian pedalaman. USNO muncul bagi menjaga kebajikan bumiputera yang beragama Islam dan beberapa etnik yang lain. Manakala parti-parti Cina bernaung di dalam parti gabungan iaitu BUNAP. Peranan dilakukan masing-masing demi untuk kepentingan bersama sebagai rakyat Sabah.

Walaupun demikian, usaha setiap parti yang berdiri bagi mewakili komuniti tertentu kelihatan baik, tetapi untuk mencari titik temu persefahaman sebenar tidak dapat dicapai. Ini jelas apabila timbul ketidakpuashatian pihak lain, syak wasangka, saling mempersalahkan, mendominasi keadaan dan saling tidak mempercayai. Inillah sikap Sabahan yang telah meracuni dan merosakkan Perikatan Sabah. Banyaknya parti dalam satu-satu gabungan tidak menjamin adanya kesatuan, malah ruang untuk berpuak-puak dan berpecah-belah semakin lebar.

Senario ini berlaku beberapa tahun di Sabah dan faktor yang utama dalam kemelut ini adalah CAMPUR TANGAN pemimpin dari Malaya. Sehingga wujud satu sistem politik tunggal yang didominasi oleh USNO dalam perjalanan awal sistem ini. USNO berperanan penting bagi menyatupadukan rakyat Sabah melalui perjuangan ini. Pemimpin utamanya lebih tertumpu kepada kepentingan Sabah, di mana ianya memandang serius soal autonomi Sabah, hasil minyak dan sumber-sumber Sabah. Oleh kerana kuasa tunggal ini sukar untuk digugat, maka timbullah masalah melalui penyelewengan, penting diri sendiri dan menindas pihak-pihak tertentu. Dalang utama disebalik masalah ini pun wujud dari CAMPUR TANGAN pemimpin Malaya melalui wali utama mereka, iaitu Syed Kechik dan kuasa Perdana Menteri Malaya melalui Tun Abdul Razak.

Akhirnya kuasa politik tunggal ini diubah melalui penubuhan parti BERJAYA untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh USNO. Hal ini pun wujud melalui CAMPUR TANGAN pemimpin Malaya dengan memperalatkan pemimpin-pemimpin politik Sabah yang bersikap "Yes Bos" sejak dulu kerana habuan dan kedudukan tertentu yang ditawarkan. BERJAYA juga kelihatan diterima baik oleh rakyat pada mulanya, namun hancur oleh pemimpin utama melalui Harris Salleh dan punca utamanya adalah CAMPUR TANGAN pemimpin Malaya terhadap politik Sabah. Kemudian timbul kesedaran dan kebangkitan rakyat melalui penubuhan PBS atas inisiatif pemimpin politik Sabah sendiri tanpa restu pemimpin Malaya. Apa yang diperjuangkan oleh USNO mengenai soal autonomi, minyak dan kebajikan rakyat Sabah diteruskan oleh PBS dengan lebih tegas dan berani. Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada pemimpin politik Malaya kerana mereka melihat bahawa jalan mereka untuk memperalat pemimpin politik Sabah akan tertutup selepas ini. Pelbagai taktik kotor dilakukan, perkara halal dan haram tidak dikesahkan lagi, asalkan mereka boleh meneruskan CAMPUR TANGAN politik Sabah yang jelas melanggar kedaulatan Perjanjian Pembentukan Malaysia melalui 20 Perkara bagi pihak Sabah.

Sejarah yang berlaku terhadap parti tunggal tempatan seperti USNO, BERJAYA dan PBS sudah memberikan banyak pengajaran rakyat Sabah untuk menyedari dan menginsafi hal yang sebenarnya, bahawa dalang kepada setiap masalah di Sabah adalah kerana CAMPUR TANGAN pemimpin Malaya terhadap politik Sabah. Sehingga tahap kritikal yang tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin politik Sabah atau sengaja dilakukan sebagai suatu kompromi untuk kepentingan peribadi dan pihak tertentu, di mana mereka telah meminda lima (5) Perlembagaan Sabah yang merupakan immuniti (kekebalan hak-hak dan kuasa Sabah) seperti yang terkandung dalam Memorandum 20Perkara, Laporan IGC 1962, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Pindaan Undang-undang tersebut meliputi kuasa Ketua Menteri Sabah, Yayasan Sabah, Tanah, Hutan dan Perlombongan. Pada waktu Kerajaan BN-UMNO membentangkan pindaan undang-undang tersebut, satu-satunya pemimpin Sabah yang tegas dan lantang bersuara membantah pindaan undang-undang tersebut adalah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Pemimpin-pemimpin politik Sabah yang lain hanya menutup mata dan telinga kepada hal ini sehingga hari ini rakyat Sabah sudah semakin merasakan keburukannya. Kuasa pentadbiran Sabah, pemilikan dan pengurusan tanah, kuasa ketua menteri dan hal-hal kebajikan Sabah bukan lagi diurus secara langsung di Sabah, tetapi sentiasa "merujuk kepada Kuala Lumpur/Putera Jaya".


Sistem "Divide and Rule" di Sabah
  Sistem "divide and rule" (pecah dan perintah) yang dilakukan oleh pihak British terhadap Persekutuan Tanah Melayu di mana Tanah Melayu dipecahkan kepada TIGA SISTEM pemerintahan yang berasingan, iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu  Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain itu, masyarakat Melayu, Cina dan India diasingkan atau dipecah-belahkan mengikut sistem politik, sektor pekerjaan dan penempatan. Dengan sistem ini, amat sukar dan mustahil masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada masa itu boleh bersatu padu. Kaum-kaum tertentu terikat dengan parti-parti khusus yang mewakili mereka. UMNO dan PAS hanya untuk parti orang Melayu, MCA & GERAKAN khusus untuk orang Cina dan MIC untuk masyarakat India. Versi baru, lahirlah PKR, DAP dan AMANAH.

  Sistem dan konsep British ini diwujudkan di Sabah era Tun Mahathir, di mana pemimpin-pemimpin serpihan PBS dipecahkan melalui penajaan beberapa parti seperti Parti AKAR (Mark Koding), SAPP (Yong Teck Lee), PDS/UPKO (Bernard Dompok), PBRS (Joseph Kurup) , LDP (Chong Kah Kiat). Impak daripada kewujudan parti yang banyak ini telah jelas memecah-belahkan rakyat Sabah untuk mengikuti parti-parti tertentu 'mengikut citarasa', bukan mengikut kepada komuniti seperti konsep awal di dalam Perikatan Sabah. Kebanyakkan rakyat akan lari ke sana dan lari ke sini untuk mendapatkan peluang dan habuan tertentu yang ditawarkan oleh parti-parti yang ada. Sistem 'Pecahkan dan Perintah' berjaya diimplimintasikan terhadap rakyat Sabah dan sehingga kini UMNO-BN bernafas lega menikmati segala sumber kekayaan dan keistimewaan yang terdapat di Sabah yang sepatutnya milik rakyat Sabah.

  Demikian juga pada era ini, di mana selepas PRU-13 dicatatkan oleh laman web FreeMalaysiaToday (FMT) yang bertarikh 25 Mac 2014, bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan secara rasmi 13 parti politik baru bagi Sabah. Jika dicampurkan dengan parti politik sedia ada seperti SAPP, PBRS, LDP, PBS, UPKO, STAR dan parti penjajah UMNO, DAP & PKR, ianya menjadikan 23 buah Parti Politik Di Sabah sebagai medium memecah-belahkan rakyat Sabah. Lihat Senarai lengkap ini dan fikirkanlah hasil kecekapan otak pemimpin Malaya lakukan kepada Sabah:-
01. Parti PBS
02. Parti SAPP
03. Parti PBRS
04. Parti LDP
05. Parti UPKO
06. Parti STAR
07. Parti UMNO
08. Parti DAP
09. Parti PAS
10. Parti PKR
11. Parti Bersatu Bugis Sabah (PBBS)
12. Parti Cinta Sabah (PCS)
13. Parti Damai Sabah (Parti SPP)
14. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS)
15. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (PARTI BERSAMA)
16. Parti Kebangsaan Sabah
17. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN)
18. Parti Pembangunan Warisan Sabah
19. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
20. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (BARU)
21. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)
22. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
23. Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PKRS)

Perkara ini sepatutnya diambil serius oleh para pemimpin politik Sabah dan rakyat, di mana melalui banyaknya parti di Sabah akan membuka ruang yang sangat lebar bagi pemimpin dan rakyat Sabah berpecah, berpuak-puak, mendominasi, mempersalahkan, syak wasangka, iri hati, saling menyalahkan, mengungkit-ungkit, parti ini mengambil orang dari parti itu untuk menjadi ahlinya dengan cara yang tidak sihat dan semua perkara yang berlaku banyak mengarah kepada hal-hal negatif. Kelihatannya ruang untuk rakyat Sabah bersatu padu ketika era USNO, BERJAYA & PBS musnah serta sangat tipis keberangkalian rakyat Sabah bersatu lagi.


  Jelas kelihatan kepada beberapa parti baru yang muncul dan bergiat aktif, sebagai contohnya di dalam gerakan kesepakatan parti pembangkang tempatan Sabah masa kini yang dikenali sebagai USA-GABUNGAN Parti Cinta Sabah sudah mulai mengorak langkah untuk mendapatkan keahlian kepada partinya. Sehingga hal-hal tertentu tidak difikirkan kesan baik dan buruknya. PCS membuat promosi bahawa parti merekalah 'satu-satunya' yang mempunya agenda menuntut kuasa autonomi Sabah dan sebagainya. Hal ini secara langsung menjatuhkan krdebiliti rakan parti yang lain sedangkan mereka juga memperjuangan hal yang sama. Ahli-ahli dari STAR, SAPP akan berpindah keahlian ke PCS menyebabkan perpecahan di peringkat bahagian. Ini berlaku kerana tidak adanya kesepakatan dan kerjasama antara rakan parti dalam pembangkang. Kelihatan baik di pihak PCS, tetapi belum tentu baik di pihak STAR dan SAPP. Inilah salah satu contoh parti yang cuba mendominasi atau mahu menonjol dari yang lain kerana adanya 'advantage' tertentu. Bukan hanya PCS, tetapi kepada parti-parti baru yang lain. PPRS, PKS, PBBS dan lain akan bergerak sedikit masa lagi dan siapa rakyat yang tidak mempunyai keahlian dalam politik? Berapa rakyat yang masih belum menjadi sesebuah parti? Inilah yang akan menjadi wadah perjuangan parti-parti baru.

  Bagaimana pola politik Sabah menjelang PRU-14 atau selepas? Sukar untuk diramalkan, namun melalui konsep sedia ada (divide and rule) kerangka politik rakyat Sabah akan tetap berada dalam keadaan yang sama walaupun sedikit berbeza. Perpecahan akan terus berlaku di dalam sistem penjajah yang sangat ampuh kepada rakyat Sabah.

KDMR menyumbang peratusan tertinggi 'Perpecahan' Sabah.
Sumber Artikel: YB. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

  Apabila kita renung diri kita sendiri, kita akan mula memahami siapa diri kita sebenarnya pada saat ini. Keadaan-keadaan ini memerlukan penelitian lebih mendalam tentang diri kita sendiri sebagai satu masyarakat, supaya kita boleh mengatasi masalah-masalah perpecahan politik dan kemunduran ekonomi. Apakah sebab-sebab berlakunya keadaan itu? Bagaimana kita boleh menjadi seperti ini? Marilah kita periksa dan bincangkan beberapa faktor penyebab timbulnya masalah kita dan seterusnya mencari jalan untuk menaganinya.

1. SEBAB-SEBAB PERPECAHAN, HALANGAN-HALANGAN & KEMUNDURAN KDMR
  Banyak sebab kenapa kita berpecah dari segi politik dan mundur dari segi ekonomi. Halangan-halangan yang jelas ialah; perbezaan pendapat, kurang kemahiran, iri-hati, penting diri sendiri, sementara ada juga yang tertanam dalam diri kita sendiri-sikap negatif seperti; curiga-mencuriga, berdendam, asuhan budaya dan sebagainya.


* KURANG KONSENSUS DAN TIADA WAWASAN BERSAMA

  Perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin kita sebenarnya merupakan salah satu sebab yang utama menyebabkan wujudnya keadaan kita sekarang. Disebabkan oleh ketidak-sefahaman, kita tidak dapat menghasilkan satu wawasan bersama. Sebab-sebab mengapa wujudnya masalah kita sekarang ini pun kita tidak bersetuju; apatah lagi dengan visi bersama! Tetapi, pemimpin-pemimpin masyarakat KDM selalu bercakap tentang perkara-perkara yang sama - tanggungjawab bersama, perlunya perpaduan dan kemajuan. Apa sebenarnya yang menyebabkan kita tidak boleh bersetuju - apakah faktor-faktor yang memecah-belahkan kita? Antaranya ialah;

a). Penting diri sendiri

  Sifat terlalu menjaga "kepentingan diri sendiri" di dalam hati setiap insan bergelar pemimpin, seringkali menimbulkan ketidak-setujuan dan pertengkaran. Apabila sikap penting diri sendiri terus berlaku mengatasi kepentingan bersama, maka pendapat seringkkali disampaikan dalam bentuk dan kelakuan yang menuju dan melindungi kepentingan individu sahaja. Kepentingan komuniti dan masyarakat seluruhnya diketepikan. Justeru itu, komuniti kerugian. Hanya orang yang kuat akan selamat dan maju. Rakyat biasa senantiasa diabaikan.

b). Ego dan Kemegahan

  Mungkin tiada siapa yang mengakui tetapi ego sebenarnya merupakan musuh dalaman yang tergagah. Para pemimpin seringkali berbangga di dalam diri sendiri, oleh itu mereka mahu dihormati lebih daripada pemimpin yang lain. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai tahap kemegahan yang kuat atau tinggi berkecenderungan merasa tidak selamat dan sentiasa mengharapkan agar pendapatnya diterima lebih daripada pendapat orang lain. Ia selalu memikirkan bahawa dialah yang selalu betul.Pemimpin yang egoistik melemahkan semangat orang lain daripada memberi sumbangan. Pemimpin yang bermasalah keegoan yang tinggi hanya menghormati diri mereka sendiri. Mereka selalu enggan melihat mahupun menerima pendapat atau pandangan orang lain. Kebanggan dan kemegahan telah merenggang dan memisahkan perhubungan di kalangan para pemimpin. Jadi, daripada sepatutnya mereka berkumpul dan membincang dengan penuh bersemangat tentang-masalah bersama, mereka sebaliknya menjauhkan diri di antara satu dengan lain dan bercakap dari jauh pula.

c). Kurang Perhubungan

  Perkara ini adalah faktor lain. Kita kurang membuat perbincangan untuk menjelaskan masalah dan kebimbangan bersama. Kita menjauhkan diri. Biasanya keadaan inilah akibat daripada masalah-masalah yang lampau atau pengalaman yang tidak baik.

2. MEMIKIRKAN KESILAPAN-KESILAPAN YANG LAMPAU

  Kita kerapkali terlalu memikirkan perkara yang lampau. Kita cenderung menyalahkan orang lain di atas keadaan kita. Kita seringkali menoleh ke belakang dan menghayal atau memikirkan detik-detik kegemilangan kaum kita di masa lampau tetapi kita tidak menggunakan tenaga untuk membuat sesuatu tindakan positif bagi masa depan. Kita terlalu banyak menyimpan perasaan dendam di dalam diri kita. Sikap inilah yang menghalang kita daripada mendapatkan cara pemikiran dan tingkah laku yang diharapkan. Inilah di antara faktor pencetus keadaan kita pada masa ini.

3. IRI HATI DAN MENTALITI KETAM

  Masyarakat KDMR berkecenderungan untuk merasa cemburu akan kejayaan bangsa sendiri. Walaupun hasrat kita masing-masing ialah ingin berjaya, namun pada masa yang sama kita iri hati dan seringkali memperkatakan perkara yang tidak baik terhadap rakan-rakan sebangsa yang agak berjaya daripada diri kita sendiri. Sebenarnya, samaada anda percaya atau tidak, orang kita begitu seronok sekali apabila melihat kejatuhan orang kita sendiri, terutama sekali para pemimpin kita, dengan mengatakan "kotoh", "kuroh", "itulah", 'kioh", "ino no konogi", untuk mengutuk kejatuhan pemimpin-pemimpin masyarakat kita.

Seringkali, mereka melakukan lebih daripada ungkapan kata-kata kutukan; mereka sering melakukan perbuatan yang menjatuhkan sesama sendiri umpama ketam yang menarik turun ketam yang lain yang cuba melepaskan diri keluar dari dalam bakul. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Kita sepatutnya mengubah "Mentaliti Ketam" ke "Mentaliti Kilau/Semut"

4. TERLALU SENSITIF DAN EMOSIONAL

  Perkara ini juga merupakan masalah kita, masyarakat KDMR adalah insan amat peramah, baik hati dan mudah tersentuh tetapi sifat itu membuatkan orang-orang kita terlalu emosional. Sifat terlalu sensitif dan emosional membuatkan kita bertindak balas terhadap rangsangan luar secara membabi buta dan terlalu mengikut perasaan. Kita selalu menyimpan perasaan geram dan itu menyebabkan kita mudah tersinggung lalu merajuk (mengaus/kumaus) dan dalam keadaan itu kita tidak dapat bertindak secara objektif. Kadangkala kita terlalu takut menyinggung perasaan orang lain sehingga kita tidak berani menyuarakan kepincangan-kepincangan masyarakat orang lain kerana hendak menjaga hati mereka. Ketika berhadapan dengan masalah atau dilema, kita selalunya di pihak yang rugi kerana kita terlalu membiarkan orang lain membuat kata putus.


5. FAKTOR BUDAYA DAN AMALAN TRADISI

  Amalan budaya kita juga merupakan faktor kemunduran dan kemiskinan kaum kita. Misalnya; budaya meminum minuman beralkohol, bermabuk-mabukan apa bila dilakukan secara berlebih-lebihan, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang kita, adalah budaya yang membuang masa, melemahkan badan dan selalu melambatkan keupayaan mental kita. Amalan hidup tradisional seperti hasrat dan matlamat pengeluaran, yang hanya bersifat "cukup makan" atau untuk keseronokan, dan tidak mengambilkira konsep menabung dan pelaburan, merugikan kita dari segi komersial dan ekonomi. Keadaan yang sama juga timbul daripada proses pengeluaran yang mana kos marginal tidak ada. Sebaliknya, kos keseluruhan dan penyertaan maksimum dianggap sebagai faktor yang paling penting. Di dalam keadaan-keadaan seperti ini, masyarakat KDMR tidak sedar kehilangan daya saing dari segi ekonomi.


6. KEKURANGAN INSTITUSI DAN KEPIMPINAN YANG PROGRESIF

  Satu lagi faktor yang penting ialah kekurangan institusi dan kepimpinan yang progresif. Dari dahulu sehingga sekarang, masyarakat KDMR hanya berminat untuk menjadi ahli-ahli politik, peniaga-peniaga kecil dan kakitangan kerajaan. Mereka berbuat demikian tanpa sokongan mana-mana institusi. Institusi yang mereka ketahui hanyalah parti-parti politik, persatuan-persatuan (atau persatuan kebudayaan) atau agensi-agensi kerajaan. Oleh sebab itu, mereka tidak mengetahui bagaimana menyatu-padu dan bersatu-padu di antara mereka kerana kekurangan sokongan institutional tentang bagaimana membawa perubahan dan perkembangan positif. Pembentukan institusi terutama sekali institusi yang progresif adalah satu keperluan asas untuk kemajuan dan pembangunan, kerana tanpa institusi berkenaan kita tidak dapat pergi jauh.

  Kita perlukan penyelidikan dan analisis tentang keadaan dan masalah, kita juga perlukan jentera untuk menjana dan melaksnakan segala idea-idea. Kita juga memerlukan institusi latihan dan pembelajaran. Selain dari itu, kita juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh dan bukannya pemimpin yang masih bertaut kepada mimpi indah masa lampau apatah lagi mereka yang hanya menghabiskan tenaga dan sumber-sumber untuk menyalahkan dan mencari jalan menghukum atau mencela pemimpin-pemimpin yang lain. Kepimpinan secara mencela dan menghukum bukan cara penyelesaian mahupun cara menangani masalah kita. Institusi-institusi dan pemimpin-pemimpin progresif adalah wajib sekiranya kita ingin maju. Hanya sedikit hahaja institusi yang ada hubung kait dengan KDMR pada masa ini. KDI, Yayasan Murut (tidak aktif), Yayasan Pembangunan Insan (PDF), PACOS, INDEP, KCCI, dan sebilangan kecil organisasi komersial atau korporat yang dimiliki dan dijalankan oleh personaliti KDMR. Malangnya, institusi-institusi seumpama itu seringkali disalahtafsirkan dan tidak mendapat sokongan yang padu dari masyarakat kerana sikap cemburu dan mentaliti ketam, seperti kita jelaskan sebelum ini.

7. SIKAP
  Masyarakat KDMR menderita daripada masalah sikap. Sikap negatif seperti berfikiran "tidak apa", "tunggu dan lihat", berlengah-lengah dan sebagainya. Kurangnya tindakan positif dan berfikir positif.

MEMBENTUK MASA DEPAN
  Setelah melihat masalah-masalah yang membelenggu kita, maka marilah membincangkan bagaimana untuk meyelesaikan masalah-masalah kita dan memulakan usaha membentuk hari esok. Sebab-sebab yang telah dikenalpasti dan bincangkan di dalam kertas ini belum menyeluruh. Kita hanya membincangkan punca-punca utama. Bagaimanapun, ianya adalah memadai bagi tujuan perbincangan dan memikirkan bersama langkah-langkahnya.

1.1 LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DIAMBIL SEBELUM KITA DAPAT MERANGKA IDEA-IDEA TERTENTU DAN RANCANGAN-RANCANGAN UNTUK MASA DEPAN

  1. Langkah pertama ialah kesedaran dan penerimaan kelemahan dan realiti masyarakat kita pada masa kini.
  2. Langkah kedua ialah memupuk keinginan untuk mencari jalan penyelesaian. Kita menyedari masalah kita dan mengetahui bahawa kita adalah sebahagian daripada masalah tetapi melainkan kita ada keinginan untuk mencari jalan penyelesaian, masalah itu tetap tidak berubah.
  3. Langkah ketiga ialah berkomunikasi, runding, berkongsi dan berbincang. Inilah kita sedang kita usahakan sekarang. Tetapi, kita masih perlu banyak berkomunikasi.
  4. Hanya selepas langkah-langkah di atas telah diambil barulah kita boleh bergerak ke arah membuat cadangan-cadangan tertentu. Langkah-langkah di bawah adalah dicadangkan.
1.2. KEMANAKAH ARAH KITA DARI SINI?
  1. Membentuk Wawasan Bersama. Apa yang kita ingin jadi dan di mana kita hendak pergi dari sini?
  2. Membentuk Jentera Bersama (a common vehicle) - Bagaimana kita boleh sampai ke situ?
  3. Membentuk dan melaksanakan Strategi Bersama (common Strategi)
  4. Menubuh dan menyokong Institusi-Institusi Progresif-membentuk mekanisma.
  5. Merangka pelan tindakan yang strategik untuk menyelesaikan setiap permasalahan - politik, ekonomi dan sosio -budaya.
1.3. CADANGAN
a) Ekonomi
  • Memahami NEP, DEB dan polisi kerajaan yang lain dan tahu apa yang mereka tawarkan, khususnya kepada bumiputera.
  • Menubuh Pusat Penerangan Perniagaan atau Help Me Business Centre untuk masyarakat KDMR.
  • Membentuk Dewan Perniagaan KDMR
  • Membentuk jaringan atau rangkaian kerja (net work) untuk perhubungan antara satu dengan lain. Ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan atau mengubah-suai rangkaian yang sedia ada.
  • Berurus - niaga sesama sendiri.
  • Buat tumpuan kepada penggunaan dan pemilikan tanah. (Cari jalan untuk menukarkan Tanah Native untuk ekonomi dan pengeluaran yang lebih baik)
  • Beri pendidikan dan memodenkan para petani kita.
  • Ubah sikap kita
  • Tubuhkan pusat-pusat latihan dan penyelidikan.
b) Sosio-Budaya
  • Ajar dan cakap bahasa ibunda.
  • Galakkan penulisan dalam bahasa KDMR
  • Tubuhkan Pusat Biodiversiti di KDI
  • Perbanyakan penyelidikan dan pembangunan
  • Lebih banyak usaha persefahaman
c) Politik
  • Bubar atau gabungkan semua parti politik yang dipimpin oleh KDMR.
  • Bersatu di bawah satu parti sahaja.
  • Lupakan masa lampau. Tumpukan perhatian untuk sekarang dan untuk masa akan datang.
  • Teruskan berkomunikasi

  Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kita memang bermasalah dan tidak gembira dengan keadaan sekarang. Adalah sangat baik kerana kita mengakui dan menerima masalah ini sebagai masalah kita bersama. Adalah lebih juga kerana kita menyalahkan diri kita sendiri terhadap keadaan kita daripada menyalahkan orang lain. Dengan demikian kita akan bertanggungjawab terhadap keadaan masa depan kita sendiri. Kita harus belajar dari segala kesilapan kita dan terus berusaha memperbaiki diri sendiri dalam meniti jalan ke arah esok yang lebih cerah. Mungkin kita memerlukan sedikit disiplin diri, perkongsian dan komunikasi sesama kita. Kita perlu lebih objektif dan realistik tanpa terlalu mengorbankan nilai-nilai murni budaya kita. Sudah pasti kita memerlukan lebih banyak usaha untuk kebaikan kita sendiri dan kurangkan sikap pergantungan. Kita harus menggunakan secara kreatif kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat dan menukarkan kekuatan tersebut menjadi faedah politik dan sosio-ekonomi. Kita mesti memberi tumpuan yang lebih kepada sektor ekonomi dan pendidikan. Kita mesti saling mendorong antara satu sama lain demi untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Kalau kita bersatu hati dan berganding bahu, seiring sejalan, impian ini tetap menjadi kenyataan dan secara khususnya pola politik rakyat Sabah akan pulih dan menjadi baik.


Parti Republik Sabah vs Parti Demokrat Sabah
Bubarkan semua parti yang ada di Sabah tanpa ada parti-parti yang mendominasi suatu keadaan tertentu. Kita sudah mendapat kerangka fikiran melalu rentetan sejarah politik Sabah sebelum ini. Di mana sistem Parti Tunggal yang wujud di Sabah telah memberikan masalah kepada pemimpin politik Sabah sendiri dan juga sistem Parti Perikatan juga tidak berkesan kerana impilimintasi yang tidak sihat dilakukan. Masalah terbesar yang timbul dalam politik Sabah adalah CAMPUR TANGAN para pemimpin Malaya yang mencabul kedaulatan Perjanjian Persefahaman semasa pembentukan Malaysia melalui "20Perkara".

Setelah menyedari punca masalah yang berlaku, maka tiba masanya para pemimpin politik dan rakyat Sabah secara keseluruhan mengubah pola fikir di tampuk lama kepada suatu pemikiran yang baru. Bersikap liberal dalam hal-hal tertentu, kikiskan sentimen agama dan budaya dan bentuk jati diri sebagai penduduk Sabah tulen.

Sudah tiba masanya Sabah wujudkan sistem politik seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britian. Perlunya wujud parti politik berbilang bangsa yang menyatupadukan rakyat Sabah. Sudah tiba masanya tindakan matang perlu dilakukan segera sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-14.

Ramai pemerhati politik Sabah atau timbul cerita-cerita 'kedai kopi' mengenai perlunya kita wujudkan hanya dua parti perikatan yang besar di Sabah, iaitu Parti Demokrat Sabah dan Parti Republik Sabah. Rakyat Sabah dan khususnya para pemimpin perlu mempelajari sejarah perkembangan sistem politik Eropah sehingga mencapai tahap demokrasi yang memberikan inspirasi masyarakat global. Namun, jika perkara ini rakyat Sabah belum mampu mencapainya kerana tahap pemikiran yang terlalu jauh jurangnya dengan pemikiran orang-orang barat, sekurang-kurangnya fahami dan bertindaklah sesuai dengan kerangka fikiran yang dicetuskan oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan melalui sistem GABUNGAN parti.

USA-GABUNGAN (United Sabah Alliance) adalah alternatif terbaik dan praktikal pada masa kini. Mungkin pada peringkat awal hal 'membubarkan parti tempatan' sedia ada akan menjadi hangat dan akan menimbulkan suatu masalah tertentu, namun tiada pilihan lain PENGORBANAN adalah tuntutan utama bagi mengembalikan kedaulatan Sabah dan terlepas dari cengkaman penjajah Persekutuan Tanah Melayu melalui parti UMNO-BN. USA-GABUNGAN akan ada satu jawatankuasa khas bertindak dan memegang kuasa dalam urusan pengagihan kerusi untuk ditandingi oleh komponen parti dalam pilihan raya akan datang. Jawatan Kuasa Bertindak ini diwakili oleh setiap komponen parti. Melalui lembaga khas tertinggi yang disebut sebagai "Presidential Council" inilah yang akan membuat segala keputusan bersama untuk kebaikan bersama.

Parti-parti politik yang bergabung dengan USA-GABUNGAN ini akan memperjuangkan perkara yang sama, iaitu; "Autonomi penuh", "20 Perkara", "Dasar berlandaskan 1 Country, 2 System", "Sabah IC", "Hak Anak Negeri/NCR Selama-lamanya", "Perlembagaan Baru", "Mengkaji Hak Minyak".

Sebagai langkah pertama sebelum politik Sabah boleh mencapai pola politik Eropah, maka sistem politik yang ada sekarang dalam United Sabah Alliance perlu direalisasikan terlebih dahulu. Untuk melakukan perkara ini adalah kembali kepada asas utama iaitu "tolak ansur, persefahaman, toleransi, sikap seperti semut dan saling mempercayai.

Apabila Sabah kembali kepada negara yang berdaulat di dalam Malaysia sebagaimana kerangka awal Perjanjian Malaysia 1963, maka Sabah mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan arah tuju sendiri, samada mahu membangun di dalam Persekutuan Malaysia atau Sabah akan membuat satu referendum untuk keluar dari gabungan Malaysia untuk berdiri sebagai sebuah negara dan kelak akan tersenarai sebagai salah sebuah negara yang menyertai Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Bersama-sama kita realisasikannya.

Kembalikan semangat tahun 1985 rakyat menggegarkan Sabah dengan kesatuan yang jitu dari rakyat sendiri. Semangat 85 yang kita bawakan pada era ini bukan mengambil semangat PBS pada waktu itu, tetapi semangat perpaduan dan kebersamaan tanpa benteng-benteng pemisah melalui soal-soal agama, budaya suku dan bangsa. Pulihkan Sabah, selamatkan Sabah!



"Pergo et Perago" | "Sabah Maju Jaya"



DITULIS BERSAMA OLEH
Awis Francis & Andderias Kabin

Bahan-bahan rujukan
  • "Political Development In Sabah" (Datuk Dr. Herman J. Luping)
  • USNO dan Berjaya: Politik Sabah (Hamdan Aziz)
  • "Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia" (Mohd Sarim Hj. Mustajab)
  • "Sabah Perubahan dalam Pembangunan" (Sabihah Osman)
  • "Politik dan Agama Di Sabah" (Ismail Yusoff)
  • http://www.sabahdaily.com
  • http://n5tandek.blogspot.my
  • http://panjikinabalu.blogspot.my
  • http://jendelasabah.blogspot.my
  • http://perotojr.blogspot.my/
  • http://www.freemalaysiatoday.com/
  • https://www.blogger.com

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.