Articles by "gen y"

Showing posts with label gen y. Show all posts

“With his credibility and leadership confidence sliding negatively down fast, PM Najib should take the New Year 2016 as an opportunity to restore confidence, remove fear and resolve outstanding issues, especially with regards to Sabah and Sarawak” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah chairman and Bingkor State Assemblyman in responding to questions about his hopes for the coming New Year.

He said, the past 12 months in 2015 have been an eventful year with so many things, mostly negative, happening in Malaysia affecting the people –
• the Mount Kinabalu earthquake
• kidnappings and beheading of a Sarawakian victim seized from Sabah
• imposition of GST
• 1MDB fiasco
• Slide of the Malaysian Ringgit
• the sacking of the Attorney General
• the sacking of ex-DPM Muhyiddin and Shafie Apdal from the Cabinet
• the disbanding of the PAC inquiring into the IMDB fiasco
• the disbanding of the Special Taskforce investigating into the 1MDB and SRC accounts
• Mahathir’s demand for Najib’s resignation
• The Wall Street Journal (WSJ) and Sarawak Report’s astonishing revelations and expose of RM2.6 billion in Najib’s bank account 
• Lately the exposure by WSJ of another USD850 million remitted by 1MDB to an alleged entity set up to appear owned by Abu Dhabi Wealth Fund
• Bersih’s demands and Bersih 4 street rally
• Yellow Shirts vs Red Shirts
• Cabinet Reshuffle
• arrests of Sabah rights activists in Sabah
• S4S (Sarawak for Sarawakians) movement in Sarawak
• CM Adenan and Sarawak DUN’s demands for oil royalties and autonomy including on education and adoption of English as an official language in addition to Bahasa Malaysia
• demands for Review of MA63
• Memorandum on Sabah rights and Sabah’s 40% entitlement of the net revenue derived from Sabah
• Highway toll hikes
• Removal of petrol and other subsidies
• NSC Bill
• Last but not least, the alleged RM2.6 billion “Arab” donation with another RM42 million allegedly from SRC.

Events in 2015 could get worse in 2016 but it is also the best opportunity for Najib and the BN government to bounce back if he can act fast to restore confidence to overcome his leadership trust deficit, remove the “fear” of misuse of the NSC Bill and grant Sabah and Sarawak their full autonomy and equal status with Malaya.

Najib could, in fact, be the biggest beneficiary if he can positively mobilize his position and the institutions of government to restore public confidence and resolve the Malaysian dilemma related to the Borneo States.

Najib could transform his negative dwindling image politically, economically and socially from zero to hero.   But he must act fast before he loses more confidence and the system which he currently controls turn against him and the Borneo States loses hope and shift into a different direction of no return.

What are Najib’s options”?
(1) Do nothing and let things get worse;
(2) Do something to resolve and save the country and himself; or 
(3) Do something worse and begin the end of Malaysia.

Thus, 2016 presents an opportunity for Najib to do something and save the country and himself.  Some of the things Najib should do include:-
(a) address the Sabah and Sarawak rights and autonomy issues and their demands
-   review of the IGC Report and MA63
-   equal status/partnership with Malaya
-   New Malaysian Constitution and New Structure
-   Review of Petronas Oil Agreement
-   Resolution of the RCI Report recommendations and Project IC
- Return to Sabah the 40% net revenue derived from Sabah
-   Review and increase the financial allocation for Sarawak
-   Increased development allocations for Sabah and Sarawak to commensurate and overcome the lopsided and imbalanced development in the Borneo States 
(b) Resolve IMDB fiasco
(c) Address Bersih 4 demands
(d) Let Tengku Razaleigh to be the new Finance Minister
(e) Sabahan/Sarawakian to command ESSCOM not acting under instructions
(f) Arrest the sliding Malaysian Ringgit
(g) Stop racial and religious policies and politicking by Umno and related entities
(h) Adopt a fresh approach to improve education standards
(i) Increase the earnings of the people and reduce the dependence on cheap foreign labour
(j) Defer or at least reduce the GST rate to 2% with exemption for Sabah and Sarawak
(k) Implement electoral reforms for fair and clean elections starting with the Sarawak State Election

Restoring public and international confidence is paramount but it won’t be easy as it is no stroll in the park if the system does not cooperate with Najib.

Whatever happens in 2016, my hope is, at the minimum, for Sabah to receive its 40% net revenue entitlement and other financial rights such as the 10% export duties in lieu of the oil royalties as well as the 10% import and excise duties on petroleum products.

I take this opportunity to wish all Malaysians “HAPPY NEW YEAR 2016” and no more “IRI OM IRI’ and no more “BAU” (Business As Usual).

Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM)

BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti gabungan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.

Kemudian Barisan Alternatif digantikan nama baru iaitu "Pakatan Rakyat". Bermula dengan kemunculan nama BA sehinggalah dengan nama PR, keduanya pernah diusahakan untuk didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang akan menggabungkan beberapa parti dalam komponennya. Kemudian dengan itu, maka pertubuhan ini akan menggunakan satu logo dan bendera sebagaimana pertubuhan Barisan Nasional.

Nama Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat tidak boleh digunakan secara rasmi atau dalam pilihanraya kerana tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pertubuhan Persatuan Malaysia. Persyaratan tertentu yang dibuat oleh Lembaga Pertubuhan Persatuan Malaysia menjadi kekangan bagi PR untuk didaftarkan sebagai satu pertubuhan kerana tidak memenuhi syarat, di mana sekurang-kurangnya harus ada tujuh (7) parti bergabung barulah boleh diluluskan untuk berdaftar menggunakan nama “Pakatan Rakyat” (PR) menjadi satu pertubuhan.

Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain. 
(https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Pendaftaran_Pertubuhan_Malaysia).

Datuk Abdul Rahman Othman sebagai Pendaftar ROS menambah bahawa "syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah kena ada tujuh anggota, barulah boleh tubuh pertubuhan". Walaupun pendaftar sebelum ini pernah timbulkan satu kenyataan bahawa syarat itu tidak dapat digunapakai lagi, tetapi tidak ada kenyataan rasmi bertulis bahawa syarat yang ditetapkan oleh ROS ini telah dilakukan suatu pindaan atau perubahan.

Bermula dari nama Barisan Alternatif (BA), kemudian Pakatan Rakyat (PR) bilangan anggota parti di dalamnya tidak juga memenuhi syarat ROS tersebut. Sehinggalah pada 16. 6. 2015, Pakatan Rakyat dibubarkan secara rasminya akibat kemelut parti PAS dan DAP yang tidak menemui penyelesaiannya. Kemudian nama PR digantikan dengan nama baru iaitu "Pakatan Harapan" (PH). Pakatan Harapan juga dianggotai oleh tiga buah parti saja, iaitu PKR, DAP dan AMANAH (Menggantikan PAS). Bilangan ini juga masih jauh dan tidak layak memenuhi syarat dari ROS untuk menjarikan Pakatan Harapan sebagai suatu pertubuhan.

Usaha demi usaha dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menarik minat beberapa parti nasional yang lain dan juga cuba menarik perhatian kepada parti-parti tempatan dari Sabah untuk bergabung bersama dalam PH. Sehingga kini, ada juga parti tempatan dari Sabah yang memberikan respon baik peluang ini untuk membolehkan tubuh kerajaan di masa akan datang. Maka solusi terbaik adalah bergabung dengan PH saja barulah boleh menawan Puterajaya.

KEKANGAN KEPADA “United Sabah Alliance” (USA-GABUNGAN)
Rakyat Sabah mengharapkan satu sinar baru politik Sabah, satu-satunya harapan yang sedang dinantikan oleh rakyat Sabah adalah dengan kemunculan dan penambahbaikkan USA-Gabungan. Sejak awal kemunculannya pada 10hb. Mac 2015 telah memaparkan secara rasmi bahawa United Sabah Alliance dengan rasminya telah wujud secara lisan atas persetujuan meja bulat (Daily Express).

Semakin hari sinar politik Sabah dalam United Sabah Alliance ini terus disambut baik oleh semua golongan rakyat Sabah. USA-GABUNGAN ini terdiri  daripada parti STAR, parti SAPP, Parti PCS dan pertubuhan bukan kerajaan APS. Sebagaimana kekangan yang dihadapi oleh parti-parti nasional dalam Barisan Alternatif / Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan untuk mendaftarkan nama ini sebagai satu pertubuhan, demikian juga dengan USA-GABUNGAN yang sedang dalam usaha untuk mendaftarkan nama ini secara rasmi agar boleh menggunakan satu logo dan bendera untuk semua parti yang bergabung di dalamnya sepertimana BARISAN NASIONAL yang mempunyai keseragamannya.

Harapan USA-GABUNGAN sangat tipis untuk mencapai matlamat ini jika melihat kepada persyaratan yang ditetapkan oleh ROS, di mana mestilah mempunyai 7 gabungan parti untuk membolehkan nama USA-GABUNGAN didaftarkan sebagai satu pertubuhan. Sebenarnya USA-GABUNGAN ini dengan mudah direalisasikan jika beberapa parti baru yang telah berjaya didaftarkan pada tahun 2015 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertindak agresif dengan semangat patriotisme bergabung dalam satu organisasi. Menurut laman web FreeMalaysiaToday (FMT) yang bertarikh 25 Mac 2014, bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan secara rasmi 13 parti politik baru bagi Sabah, antaranya adalah:-

01. Parti Bersatu Bugis Sabah (PBBS)
02. Parti Cinta Sabah (PCS)
03. Parti Damai Sabah (Parti SPP)
04. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS)
05. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (PARTI BERSAMA)
06. Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
07. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN)
08. Parti Pembangunan Warisan Sabah
09. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
10. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (BARU)
11. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN)
12. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
13. Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PKRS)

USA-GABUNGAN sudah mempunyai parti SAPP, STAR dan PCS. Jika sekiranya empat atau lebih dari itu mengambil tindakan untuk bergabung dalam USA-GABUNGAN, maka selesailah masalah ini sebenarnya. Contohnya; STAR, SAPP, PCS + PPRS + PKRS + SAPU + PKS (7 parti). 
Sekiranya jawatankuasa tertinggi parti-parti baru Sabah yang didaftarkan ini mempunyai pemikiran untuk mengubah senario politik Sabah yang telah rosak sejak awal tahun 60an, maka inilah masanya untuk membuat satu catatan sejarah baru bagi politik Sabah.

Sehingga kini mesyuarat demi mesyuarat terus diusahakan oleh USA-GABUNGAN untuk mencari solusi yang terbaik untuk menghadapi PRU-14. Gabungan idea daripada ahli-ahli politik veteran dan golongan muda membuatkan USA-GABUNGAN ini semakin hari mendapat perhatian dari rakyat, khususnya daripada “GEN Y” (Generasi Muda).

USAHA MEMATAHKAN USA-GABUNGAN
Di samping usaha demi usaha dijalankan oleh AJK Tertinggi USA-GABUNGAN untuk mencari satu solusi yang terbaik, usaha memberikan impak negatif dari dalaman turut berlaku. Rakan gabungan parti mengkritik ‘kelembapan’ tindakan USA-GABUNGAN untuk melakukan sesuatu. Mereka seringkali mempersoalkan ‘gunakan satu lambang’ atau ‘masing-masing dengan lambang parti’ namun masih di dalam USA-GABUNGAN. Perbincangan sentiasa menjadi panas sehingga menimbulkan impak negatif terhadap pihak-pihak tertentu khususnya menjatuhkan nama baik pemimpin dalam USA-GABUNGAN.

Mereka juga sering menjatuhkan kredibiliti kepemimpinan USA-GABUNGAN dengan membandingkan dengan gabungan parti Malaya (Pakatan Harapan) yang sudah bertindak lebih agresif. Posting-posting dan perbincangan di dalam laman sosial seperti Whatsapp dan Facebook seringkali para pengkritik ini memberikan nada sinis dan mengeluh untuk tidak menaruh harapan kepada USA-GABUNGAN kerana beralasan terlalu lambat dan tidak mungkin kerana persyaratan dari ROS masih jauh untuk dipenuhi.

Masalah yang dihadapi dan sedang diselesaikan oleh USA-GABUNGAN telah diambil peluang oleh pihak-pihak parti tertentu untuk mendapatkan sokongan dan juga usaha-usaha menjadikan parti mereka sebagai ‘parti pilihan / parti tunggal’ bagi jalan terakhir sekiranya usaha USA-GABUNGAN ini tidak menjadi. Dengan dalil-dalil tertentu dan membandingkan kelebihan mereka dengan parti lain, mereka secara halus menjatuhkan kredibiliti dan keistimewaan parti tempatan yang lain.

Di pihak ahli parti PKR, DAP & AMANAH cawangan Sabah, mereka terus-menerus mengkritik usaha dan kemunculan USA-GABUNGAN dan secara eksplisit mereka melabelkan bahawa parti-parti tempatan ini tidak ada harapan langsung untuk mengubah pola politik Sabah, dan parti-parti tempatan tidak dapat diandalkan. Ini sebenarnya disebabkan USA-GABUNGAN sangat memberikan kesan buruk untuk peluang mereka dalam Pakatan Harapan (Parti Malaya) sebagai naungan politik mereka. Golongan ini memberikan cadangan bahawa hanya dengan bergabung dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (Parti Malaya) sahaja politik Sabah akan menjadi baik.

Di pihak yang lain, khususnya Gen Y dengan peratusan tertinggi secara total menyokong parti tempatan dengan slogan “Tolak Parti Malaya”. Ini bermakna, parti-parti seperti UMNO, PAS, PKR, DAP, AMANAH, GERAKAN, MCA adalah parti-parti Malaya yang perlu disingkirkan oleh rakyat Sabah (Gen Y) pada PRU-14 ini. Usaha-usaha kreatif dan agresif dari golongan ini semakin hari semakin kuat dan mendapat perhatian.

Alasan-alasan yang timbul bahawa usaha pemimpin-pemimpin dalam USA-GABUNGAN terlalu lembab dan seperti tiada sengatnya hanyalah propaganda dari pihak-pihak tertentu untuk mengemis sokongan agar rakyat menyertai parti mereka. Lambat atau cepatnya pelaksanaan para pemimpin USA-GABUNGAN itu bukan persoalan utama, yang penting perkara ini masih dalam usaha dan terus diusahakan.

USA-GABUNGAN pasti akan mendapatkan satu penyelesaian terbaik pada waktu dan keadaan yang tepat. Ayuh rakyat Sabah, teruskan perjuangan demi tanah air kita. Inilah masanya kita usahakan agar Sabah dapat dilepaskan dari kemelut penjajahan Persekutuan Tanah Malaya yang menggantikan British sebelum ini. Rakyat Sabah sudah lama tertipu dan segala sumbernya dimanipulasi demi kepentingan kaum tertentu dan membelakangkan Sabah sehingga hari ini masih diperolokkan dengan kata “Negeri Termiskin” dan “Fixed Deposit” untuk mengaut keuntungan.

Sudah sampai masanya kita memberikan harapan dan kepercayaan sekali lagi kepada gabungan parti tempatan dalam USA-GABUNGAN bagi memulihkan kemelut politik Sabah yang rosak sejak Persekutuan Tanah Malaya menjajah Sabah dan campur tangan pemimpin-pemimpin dari Kuala Lumpur untuk melaga-lagakan ahli-ahli politik Sabah.

Keadaan dan keputusan politik PRU-13 tidaklah secara tuntas benar sebagai satu perbandingan kelemahan parti tempatan untuk menghadapi PRU-14 akan datang. Kesedaran dari kesilapan lalu telah memberikan suntikan kepada parti-parti tempatan untuk memikirkan suatu yang baik. Pemimpin-pemimpin parti tempatan Sabah tidaklah 'sebodoh yang difikirkan' oleh golongan tertentu. Orang-orang Sabah ini sebenarnya sangat bijak dan setiap tindakan mereka kadangkala sukar diramal kerana tahap kecerdasan berfikir yang kreatif. Inilah yang pastinya sedang berlaku dalam usaha dan tindakan USA-GABUNGAN. Akan ada kejutannya!

Kenapa kita sebagai rakyat yang cerdik dan cerdas berfikir terus-menerus "mengemis kuasa politik Malaya". Hanya dengan ideologi politik dari Malaya saja kah yang dapat menghidupkan politik Sabah? Hanya dengan "mengemis kuasa politik Malaya" saja kah barulah pemimpin-pemimpin Sabah menemukan tafsir dan jalan-jalan politik yang sebenarnya? Cukuplah, inilah masanya parti-parti Malaya harus kembali ke tempat asalnya, sebab tanah Sabah sebenarnya bukanlah teritori politik mereka sejajar dengan Perjanjian Malaysia, di mana empat entiti negara yang telah membentuk Persekutuan Malaysia mempunyai keistimewaan tertentu dalam politiknya berlandaskan kedaulatan negara masing-masing.

Gen Y, inilah masanya bagi anda untuk menunjukkan semangat patriotisme anda terhadap Sabah, andalah penentu. Kuasa menolak Parti Malaya ada di tangan anda, berjuanglah dengan berbekalkan semangat “Bapa Politik Sabahan” yang nahas dalam tragedi double six, di mana usaha mereka tidak terlaksana dan andalah yang meneruskan harapan dan citi-cita itu untuk kesejahteraan Negara Sabah untuk bekalan generasi akan datang. Sejak dahulu pentas kebebasan bersuara bagi Gen Y begitu sempit dan terhad, tetapi pada hari ini peluang sangat besar terbuka, bukan semestinya anda disebut sebagai AHLI POLITIK baru boleh bersuara dan berkata-kata tentang politik Sabah, tetapi jika anda sedar bahawa anda adalah ANAK SABAH maka inilah masanya anda menggunakan peluang ini untuk berjuang demi tanah air kita, Sabah!

Awis Francis
04/01/2016/10.55pm (Shah Alam)

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.