Articles by "Video"

Showing posts with label Video. Show all posts

Kumpulan sosial di dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), kini sudah berdaftar secara SAH di bawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. 

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh.

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU

TANPA "Sabah & Sarawak", TIADA "MALAYSIA", Sebab Sabah & Sarawak membentuk MALAYSIA bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura.

Sabah & Sarawak BUKAN "berstatus NEGERI" seperti 11 negeri di Tanah Malaya, tetapi Sabah & Sarawak adalah sebuah negara sebagai "Equal Partners" yang membentuk MALAYSIA pada 16h. September 1963.

***JADI...apa hal parti² dari Malaya "mengganggu" sistem Politik di Borneo, khususnya SABAH??

***APA TUJUAN parti² Malaya bertanding di Sabah & Sarawak kalau SS ini adalah "Equal Partners" dalam erti kata "Sabah & Sarawak" adalah "NEGARA" yang sepatutnya "mentadbir NEGARA sendiri", BUKAN UNTUK DIJAJAH!!

Sabah & Sarawak May Pull Out
From The Federation of Malaysia


A message to all North Borneo (Sabah) and Sarawak people. A message for all of us to understand and struggle for it. This struggle is not a game. We are here not to play on somebody's else game because there is million of life of people to be accounted for and we did it for the sake of our future generation. 

Dear Sabahan and Sarawakian, please download each of the part which the next part will be upload. Then, spread it by sharing to all the people surround you (Sabahan and Sarawakian).

Please do not forget to sign the petition (http://www.gopetition.com/petitions/s...) to show your support for we are really serious about this matter. This is about our future, your future and everyone's future. Let us unite and make this happen. For North Borneo and Sarawak! RISE AND CLAIMS OUR RIGHTS AS AN INDEPENDENCE AND SOVEREIGN NATIONS!!!

And join us in facebook through this link;

Semasa Federasi Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 oleh 4 buah NEGARA, iaitu; Persekutuan Tanah Malaya, Singapura, North Borneo (Sabah), & Sarawak.

SABAH adalah berstatus sebuah NEGARA pada ketika itu, tetapi atas manipulasi kuasa dan mencabuli Perjanjian MALAYSIA, pemimpin politik Persekutuan Tanah Malaya telah menurunkan status Sabah kepada sebuah NEGERI pada 27.8.1976 dan dimasukkan bersama di antara 11 negeri jajahan Persekutuan Tanah Malaya sebelumnya di mana menjadikan "Sabah & Sarawak" sebagai "Tanah Jajahanya" sedangkan Sabah & Sarawak adalah "Rakan Kongsi" sama taraf dalam pembentukan Federasi Malaysia.

JELAS, RAKYAT SABAH & SARAWAK DITIPU, sehingga kini 2015 sudah 52 tahun Negara Borneo ini tidak dijadikan sebagai "Equal Partners" tetapi menjadi Tanah Jajahan Persekutuan Tanah Melaya bersama 11 Negeri di Semenanjung.

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.