Latest Post


Gabungan Parti-parti Pembangkang tempatan adalah yang pertama dapat dijayakan di Sabah, lantas memberikan sinar harapan baru untuk bumi bertuah ini. Tidak pernah suatu Gabungan atau pakatan yang dapat dibuat sejak kemerdekaan sehinggalah Gabungan Sabah yang diilhamkan oleh para pengundi sendiri dapat dibentuk oleh 4 buah parti tempatan.

Apatah lagi dalam suasana politik bercelaru pada masa sekarang, dan tuntutan rakyat makin tinggi menggunung. RAKYAT menyalahkan semua parti kerana tidak bersatu padu dan menjalin hubungan rapat menewaskan BN. Mereka menuduh semua hipokrit dan hanya menginginkan jawatan Ketua Menteri. Igauan buruk ini dilalui penuh ketabahan oleh beberapa pemimpin Sabah. 

Kerajaan BN paling khuatir kalau parti-parti pembangkang membuat pack besar kerana sejak zaman berzaman, pemerintah akan memecahkan kita untuk keselesaan mereka. Apabila timbulnya Gabungan Sabah ini, memang suatu berita menggegarkan lutut para pemimpin BN dan UMNO. Apa tidaknya, usaha mereka memecahkan kita akhirnya menjadi sebaliknya. 

Siapa pernah mengandaikan, bahawa pemimpin terkemuka Sabah dan berpengalaman mampu meletakkan KEPENTINGAN SABAH MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI. Soalan seperti siapa bakal Ketua Menteri tidak lagi releven dalam suasana mesra di dalam Gabungan Sabah. Tentu ada yang merasa pelik dan bersangka bahawa akan ada masalah kelak untuk memilih siapa Ketua Menteri. Jelasnya ia tidak berlaku sama sekali, siapapun yang bakal dinobatkan oleh Gabungan Sabah kelak adalah pemimpin yang dipersetujui secara konsensus. Tidak guna melantik dan menamakannya hari ini kerana ia hanyalah aan menyebabkan pergeseren diluar pintu Gabungan pula kelak. Sebaiknya ia diputuskan oleh Gabungan Council dan President Council di dalam Gabungan.

Setakat yang saya pernah menyaksikan sendiri Gabungan Council bermesyuarat dimana suatu ketika saya menyertai sebagai anggota tidak tetap bagi melaporkan kegiatan Pergerakan Pemuda seperti Kem Evo dan juga beberapa acara lain, mesyuarat berjalan lancar di Pengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Noor Mansoor, seorang pemimpin yang begitu dihormati di kalangan mereka yang lain. Tidak ada suara tinggi, mengetuk meja dan bertempik, tapi dalam suasana yang harmoni, setiap perkara dibincang secara tertib dan di penghujung perbincangan pastinya suatu keputusan di perolehi dan keputusan itu menjadi keputusan bersama.

Saya menyangka akan timbul pergeseran dan pendapat berbeza yang berlarutan berhari-hari malah berbulan lamanya bagi memutuskan suatu perkara. Ianya meleset bila saya melihat sendiri, perjalanan lancar. Ini menyebabkan kejayaan penganjuran acara besar seperti SABAH DAY, KENINGAU 916, MAJLIS PENGHORMATAN DOUBLE SIX dan sebagainya.

Apatah lagi, tiada satu partipun di anggap sebagai penumpang, dan semua pihak memainkan peranan masing-masing, membaiki yang lemah, membantu kerja sukar dan saling tongkat menongkat untuk berada di baris yang sama.







Adalah tidak benar dakwaan bahawa orang muda tidak diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam kepimpinan, kerana golongan muda merupakan mereka yang berkewibawaan, berpendidikan turut sama sebagai pembuat dasar parti dan menjadi benteng kukuh organisasi. Yang berkata demikian tidak lebih kepada retorik, syok sendiri dan hanya orang yang pemalas, mau jawatan tinggi walhal tidak mampu menggalasnya meskipun jawatan yang kecil. Orang-orang ini tidak fokus, nampak beria-ia di depan tapi sebenarnya hanya berlakon dan tidak ada kesungguhan berjuang dan berkorban.


Melihat kepada penggabungan dibawa satu banner, satu visi dan misi untuk rakyat, menampilkan suatu kelainan yang tidak pernah kita lihat sejak sekian lama dan inilah sebenarnya yang diimpikan oleh rakyat Sabah pelbagai keturunan dan anutan agama. Tampilnya Pemimpin berwibawa membimbing anak-anak muda Sabahan dan menyatukan bukan sahaja parti tetapi pelbagai NGO diseluruh Sabah adalah impian menjadi kenyataan. Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datuk Dr Jeffery Kitingan, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin meletakkan kepentingan peribadi, meninggalkan Jawatan, kedudukan baik dalam kerajaan, peruntukan demi untuk rakyat. Apalagi yang saya boleh pinta dari mereka?

INI merupakan suatu sejarah baru bagi Sabah. Lihatlah lembaran sejarah terdahulu, sistem satu parti untuk pembangkang sudah lama gagal dan ianya USANG, BERLUMUT dan tidak lagi boleh digunakan di Sabah. Tapi tentangan yang kuat tentunya adalah Pasukan yang hebat, dengan gabungan individu yang mahir dan mempunyai pengalaman serta dengan golongan yang muda dan bersemangat waja. Tidak akan kelihatan cacatnya kerana saling mengimbangi.

Kerajaan satu Parti atau yang mula kita dengar "single party" sudah pernah dilakukan di Sabah apabila pemimpin seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili menubuhkan SINGLE PARTY "BERJAYA" dan membentuk kerajaan pada tahun 1976 - 1985.

Siapa menyangka akhirnya Berjaya tewas dan diganti pula oleh sebuah SINGLE PARTY iaitu PBS pada tahun 1985-1994 oleh Tan Sri Pairin Kitingan, Bernad Dompok, Joseph Kurup dan ramai lagi pemimpinnya. 

Kedua-dua era single party ini ternyata bermasalah apabila Presidennya mempunyai Kuasa mutlak dan mendorong kepada berbagai isu dalaman yang akhirnya menyebabkan perpecahan di kalangan mereka. 

Isu perpindahan parti sudah tidak lagi releven diperkatakan kerana ia sudah berlaku sejak tahun 1970an. Seharusnya rakyat Sabah membuka mata lebih luas dan mula meletak kepercayaan kepada Gabungan yang bukan lagi sebuah drama minggu ini yang hanya berlangsung 60 minit bersama iklan, bukannya sinopsis sebuah karya sastera yang menjadikan ianya singkatan buku yang boleh dibaca sepintas lalu. Kerana masa depan Sabah kinin bergantung sepenuhnya kepada sebuah Gabungan yang mantap, terisi dengan pejuang yang bukan gila pangkat.

Bukti menunjukkan Pemimpin Gabungan meninggalkan segala jawatan yang disandang, kemewahan, gaji, keistimewaan, pengawal peribadi, projek dan peruntukan tahunan demi untuk rakyat. Mereka bukan pemimpin yang berdendam tetapi memahami bahawa membela rakyat lebih daripada membawa emosi akibat dibuang jawatan.


TJ Jamain - Blognya.
Selasa 10/1/2017 Kota Kinabalu

PARTI WARISAN PROKSI PARTI MALAYA BAGI MENERUSKAN PENJAJAHAN BARU
 
Parti UMNO-lah yang dijadikan medium untuk menguasai wilayah Sabah sejak bermulanya rancangan Persekutuan Tanah Melayu menjajah Sabah pada 16hb. September 1963. Selama bertahun-tahun UMNO berusaha ingin masuk dan bertapak di Sabah bagi melaksanakan perancangannya yang tersembunyi terhadap sumber dan hasil Sabah. Pada tahun 1976, banyak perkara malang yang berlaku bagi Sabah dan sedikit sebanyak telah memberi keuntungan kepada Malaya. Mereka menggunakan pemimpin-pemimpin tertentu bagi melaksanakan perancangan tersembunyi tersebut. Namun hasrat besar mereka, UMNO harus bertapak di Sabah, sehinggalah mereka berjaya melakukannya pada 21 Febuari 1991.

"UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 kemudian dibubarkan pada 1987 dan selepas itu hidup semula satu parti baru yang dinamakan 'UMNO Baru'. Pada saya, parti UMNO Baru itu adalah parti ciptaan Tun Dr. Mahathir dan sekarang beliau cipta lagi satu parti iaitu parti Bersatu." Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai hanya satu serpihan parti daripada UMNO. "Perlu diingat juga bahawa dalam nama UMNO ada perkataan 'bersatu', parti UMNO Baru pun ada 'bersatu' dan parti sekarang dinamakan Bersatu. Bermakna ini adalah 'UMNO Baru'; beliau mahu menggantikan UMNO dengan parti baharu ini,". Samada dirancang atau kebetulan huruf U.M.N.O bermaksud “United Malay National Organisation”, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya ialah “United Malaysian Natives Organisation”, jika hurufnya disingkatkan ianya adalah U.M.N.O. Bermakna PPBM ini adalah inkarnasi dari dari UMNO yang sebentar lagi akan mati. Tun Dr.Mahathir berkeinginan untuk mematikan "Umno Baru" ciptaannya dan muncul PPBM.

Sebenarnya Dtk. Seri Shafie Afdal (DSSA) ditawarkan jawatan tinggi di dalam parti baru ini (PPBM), tetapi DSSA membuat kenyataan bahawa ia menolak atas sebab mahu menumpukan perjuangannya di Sabah. Sebenarnya semua ini telah dirancang oleh Tun Dr.Mahathir untuk meneruskan empayar penguasaan Malaya terhadap Sabah. Dengan menubuhkan Parti Warisan, ini dapat memujuk rakyat Sabah agar menyokong parti ini kerana bunyinya kedengaran parti tempatan. Apa lagi dengan kekuatan dan keyakinan Warisan bahawa dia akan menggempur kubu-kubu kuat Umno di Sabah. Sudah tentu ‘Mahathir and the gang’ sudah membuat analisa dan merujuk data lama dari fail UMNO tentang perkara ini, sebab Tun Dr.Mahathir masih memegang rahisa analisis pengundi di tempat-tempat penguasaan Umno tersebut.

Pada mulanya, PPBM berhasrat melebarkan sayapnya ke Sabah sebagai parti terkuat bagi menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi, oleh kerana berkumandang slogan rakyat "Sabah for Sabahans" dan "Tolak Parti Malaya", maka dengan cekap dan cerdas Tun Dr.Mahathir berfikir bahawa perancangan untuk menerbangkan PPBM ke Sabah tidak boleh diteruskan.

Dengan percaturan bahawa DSSA tidak dimasukkan ke dalam jawatankuasa PPBM, maka jalan lain adalah menubuhkan Parti Warisan sebagai jelmaan kepada PPBM untuk 'jambatan kepada parti-parti Malaya' bagi terus menguasai Sabah. Sebab, jika parti-parti Malaya dipulangkan dan tidak bertapak lagi di Sabah dan teras perjuangan Gabungan Sabah dilaksanakan, maka ia adalah satu ancaman kepada Malaya dari segi ekonomi.

Maka dengan itu, DSSA sanggup dikambing hitamkan untuk menjadi pijakan kepada para rakus itu untuk berkongsi harta bersama di Sabah selepas ini. DSSA menggunakan slogan “Sabahans for Sabah” sebagai acuan menarik perhatian rakyat agar kelihatan lebih menitik beratkan hak dan kepentingan Sabah. Kalau betul DSSA ingin berjuang untuk Sabah, apa relevannya menubuhkan parti baru? Kenapa tidak bergabung saja dengan parti-parti yang sedia ada? Parti baru yang ditubuhkan hanyalah memecah-belahkan rakyat dan terbukti bahawa sebahagian rakyat yang menantikan penyatuan tiga parti sebelum ini (STAR, SAPP, PCS) dan masih sangsi dengan Gabungan Sabah, akhirnya meletakkan kepercayaan kepada Parti Warisan disebabkan adanya peluang dan jawatan baru yang menjadi rebutan (mentaliti politikus Sabahan).

Selepas tertubuhnya parti Warisan dan kelihatan gah di Sabah, khususnya di beberapa tempat maka DSSA dan kumpulannya semakin yakin bahawa perancangan berjalan dengan lancar. Dengan demikian, DSSA dengan pelik berkata bahawa dia “tidak minat mempersatukan parti, tetapi lebih berminat mempersatukan rakyat”. Kenyataannya ini menunjukkan bahawa dia boleh jadi hero baru bagi Sabah untuk mempersatukan rakyat. Jika difikirkan secara logik, bukankah “Parti politik” medium ampuh yang memecahkan-belahkan rakyat dan parti politik jugalah yang menyatukan rakyat?

Jika benar DSSA ingin berjuang untuk kepentingan Sabah bagi mengembalikan hak dan kedaulatannya, maka tiada alasan baginya untuk tidak bergabung dengan Gabungan Sabah yang ternyata telus memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), 20Perkara dan sebagainya. Gabungan Sabah (United Sabah Alliance) telah menandatangani satu perjanjian pada 20hb. November 2016, di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bahawa pada PRU-14 akan datang konsep “1 lawan 1” dilaksanakan oleh parti-parti yang bergabung bagi mengelakkan pertembungan dan memecahkan undi. Pengerusi penganjur pelancaran Piagam Gabungan Sabah telah menghantar surat jemputan beberapa kepada DSSA untuk menghadiri pelancaran itu, namun pihak penganjur tidak mendapat jawaban yang diharapkan. Sekiranya DSSA sebagai Presiden parti tidak dapat hadir, seharusnya orang nombor 2 atau 3 dalam parti haruslah diwakilkan bagi menunjukkan sokongan terhadap Gabungan Sabah. Oleh kerana DSSA mempunyai ‘agenda tersembunyi’ maka beliau tidak berfikir penting untuk dia hadir dalam pelancaran itu atau menghantar wakilnya (Timbalan Presiden) dari Parti Warisan untuk menunjukkan minat dan setuju dengan Gabungan Sabah. Tetapi Parti Warisan kelihatan ingin menjadi “Lone Ranger” kerana hampir kelihatan bahawa parti ini sebenarnya diberanakkan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai proksinya di Sabah dan mengambil-alih penguasaan Umno di tempat-tempat tertentu yang analisa kuota pengundinya dipegang oleh Tun Dr.Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab dalam isu “Projek IC” di Sabah suatu ketika dahulu. Sudah tentu DSSA dan kumpulannya masuk secara senyap ke bahagian-bahagian tertentu, berjumpa dan berbincang kepada ketua-ketua bahagian Umno dan menjelaskan tujuan sebenar Parti Warisan.

Mentaliti kebanyakkan pemimpin politik Umno di Sabah, bahawa dengan menyertai parti Umno dan berusaha mendapatkan jawatan tertinggi adalah suatu capaian untuk mendapat "peluang dan keuntungan”. Di mana keuntungan tersebut “Bersumber dari Malaya”, mereka tidak terfikir bahawa sumber dana Umno itu adalah hasil dari harta Sabah yang sebenarnya. Mentaliti rakyat ini sangat sukar dikikis, jika mereka memilih untuk tidak menyertai parti dari persekutuan, maka peluang keuntungan itu tidak dapat diperolehi. Kerana bagi mereka hanya di persekutuanlah terletaknya duit yang banyak itu.  Jika ketua-ketua bahagian Umno ini dijelaskan bahawa Parti Warisan ini adalah anak kepada PPBM, maka mereka berfikir jika mereka beralih menyokong kepada parti baru itu, keuntungan tersebut dapat diteruskan walaupun berhadapan dengan persyaratan baru. Yang penting parti yang mereka sertai itu ‘money maker’ bagi mereka. Gabungan Sabah buat masa ini sukar menembusi atau mengikis mentaliti rakyat seperti ini, disebabkan mereka adalah ‘parti tempatan’ yang bergantung dana juga dengan persekutuan, jadi mereka berfikir hanya buang masa saja menyertai Gabungan Sabah. Mentaliti mereka, maksud perjuangan Gabungan Sabah itu bukanlah hal yang penting, mereka hanya berpegang dengan slogan ‘come money, come money no come back’.

Jika Parti Warisan telus dalam perjuangan bagi Sabah, apa salahnya bergabung, sebab jika Parti Warisan bergabung sudah tentu meja bulat Gabungan Sabah akan mempercayakan Parti Warisan untuk menguasai tempat-tempat tertentu yang dikuasai Umno, misalnya Semporna, Lahad Datu, Papar dan sebagainya. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa DSSA mempunyai pengaruh sebagai orang Umno yang paling lama di Sabah, sudah tentu dia tau selok-belok menguasai rakyat Umno di Sabah. Tetapi alangkah kasihannya rakyat Sabah yang tidak tahu apa-apa, bahawa mereka hanya dijadikan alat untuk kepentingan tertentu dan meneruskan karier politik individu-individu tertentu tanpa mengajar rakyat sejarah Sabah yang sebenarnya dan kedudukannya di dalam Persekutuan malaysia sejak tahun 1963.

Support Proposal to Restore TYT Status to YDP Negara If Sincere

“The recent shifting of political alliances in favour of Sabah-based parties and the support for “Sabahans for Sabah” and “Sabah for Sabahans” appear to augur well for Sabah but whether the sincerity will be forthcoming remains unanswered” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief cum Bingkor State Assemblyman, in a press statement released today.

The political shift came a day after the 63rd Birthday celebrations of our beloved Head of State and on Maal Hijrah itself, both conspicious and important days, and well celebrated by all Sabahans.

Whilst Sabahans rejoice in the Birthday celebrations, there is still a tinge of sadness amidst the celebratory mood.

On a happier note, the official Birthday celebrations is now on a separate day and not on 16th September and used to disguise the formation of Malaysia but marked as the official Birthday and not as Malaysia Day.

Sadly, our beloved Head of State has been demoted and officially known as TYT Yang DiPertua Negeri since 27th August 1976 from the original TYT Yang DiPertua Negara.

The first three (3) Heads of State were known as TYT Yang DiPertua Negara until 1976 when the Harris Salleh-led Berjaya government made an amendment to the Constitution of Sabah.  A corresponding amendment was also made to the Federal Constitution.

Only God and the Federal and Sabah leaders in 1976 know the real reason to downgrade the status of our beloved Head of State which coincided with the downgrading of Sabah and Sarawak to be the 12th and 13th State of Malaya masquerading as the Federation of Malaysia.

Now whether the political shift in Sabah will result in a government changing political tsunami in PRU-14 is left to be seen.

However, if the Members of Parliament and State Assemblypersons from Sabah are sincere and serious about fighting for the restoration of Sabah rights, there is no necessity to wait until PRU-14.

If they are sincere, they can start and move a simple amendment to the Federal Constitution and the Constitution of Sabah for the restoration of the status of our beloved Head of State to TYT Yang DiPertua Negara as it was since 16th September 1963.

Nothing more is asked for and nothing less is to be accepted.   A simple and straightforward restoration of the status of our beloved Head of State.

“I intend to re-table a Private Member’s Bill to amend the Constitution of Sabah to restore the status to Yang DiPertua Negara.  It was rejected by the previous Speaker who should be feeling remorseful for his unpatriotic act of rejection.”

“If the opposition State Assemblypersons are sincere and the Barisan Nasional members are patriotic and wish to see Sabah as forming Malaysia as an equal partner in Malaysia, as have started being voiced even by Umno Assemblypersons, we should see unanimous support for the amendment of the Constitution of Sabah” added Dr. Jeffrey.

At the same time, the opposition MPs from Sabah can table a similar Bill in Parliament to amend the Federal Constitution to refer to the Head of State of Sabah as Yang DiPertua Negara as was from 16th September 1963 until 27th August 1976.

If so, come 1st October 2017, all Sabahans will have a truly joyous Birthday celebration of our beloved Head of State restored as TYT Yang DiPertua Negara.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
President
STAR Sabah
(03 October 2016)


Suku Kadazan-Dusun


Kumpulan etnik yang terbesar di Sabah adalah suku kaum Kadazan-Dusun dan merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Kadazan-Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, serta Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Kaum Kadazan-Dusun juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang bermaksud "orang asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya etnik “Kadazan” dan “Dusun” adalah dua etnik yang berbeza dan masing-masing dengan keberadaannya. Akibat daripada permasalahan politik moden, dua etnik ini seringkali bertelingkah. Untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan, maka istilah “Kadazan-Dusun” diwujudkan dengan menggabungkan kedua-dua etnik ini serta beberapa etnik kecil yang lain. Sehingga kini istilah yang lebih sinonim diketahui masyarakat moden di Sabah ialah masyarakat “KDMR” (Kadazan-Dusun-Murut-Rungus) dengan pemahaman yang lebih luas bahawa “KDMR” ialah gabungan daripada 27 suku orang asal yang terdapat di Sabah.

Huguan Siou Suku Kadazan-Dusun
Kaum Kadazan-Dusun juga mempunyai ketua suku seperti suku-suku yang lain di dunia ini. Ketua bagi Kaum Kadazan-Dusun disebut sebagai “Huguan Siou” (Paramount Leader) yang membawa makna “Pemimpin Utama/Agung”. Pertabalan sebagai Huguan Siou dilakukan dengan upacara dan ritual khusus oleh kumpulan Bobolian dan dilakukan di Nunuk Ragang, Ranau.

Huguan Siou adalah dipilih berdasarkan keperibadiannya yang berani, gagah, disegani dan dihormati oleh seluruh sukunya. Dia sanggup lakukan segalanya demi menjaga sukunya daripada ditimpa sebarang masalah. Huguan Siou juga bertindak sebagai satu institusi penjaga adat dan pelindung bagi sukunya. Pemimpin pertama yang diangkat sebagai Huguan Siou bagi masyarakat KMDR ialah Tun Fuad Stephens sehingga akhir hayatnya dalam kemalangan kapal terbang pada tahun 1976.

Tujuh tahun berlalu setelah kematian Tun Fuad Stephens sebagai Huguan Siou, masyarakat KDMR belum menemukan pemimpin utama mereka. Sehinggalah tahun 1984 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan telah dipilih oleh Bobolian sebagai Huguan Siou sehinggalah hari ini (2016). Beliau dipilih kerana kelantangan dan keberaniannya menjaga masyarakat di Sabah dan secara khususnya bagi kaum KDMR. Joseph Pairin Kitingan bukan saja sebagai Huguan Siou kepada KMDR, tetapi juga dihormati oleh suku-suku lain di Sabah dan melihatnya sebagai pemimpin politik agung bagi Sabah ketika era awal tahun 80an-90an. Akibat dari kemasukkan parti UMNO di Sabah, perjalanan politik Sabah semakin kucar-kacir dan banyak masalah yang terjadi sehingga reputasi Huguan Siou tercemar, di mana Joseph Pairin Kitingan yang dilihat menjaga sukunya kelihatan gagal melakukan apa yang diharapkan. Sehingga tahun 2016, banyak masalah yang berlaku kepada masyarakat KDMR dan tiada suara serta tindakan dari Huguan Siou untuk melindungi suku di bawah jagaannya. Banyak tanah adat dirampas, hak-hak orang asal tergadai, suku yang terbesar di Sabah kini kelihatan diambang kehancuran oleh pendatang-pendatang asing yang semakin memonopoli banyak aspek yang sepatutnya untuk orang asal.

Suara tangisan dan rintihan masyarakat KDMR tidak diendahkan oleh Huguan Siou walaupun tanah adat mereka dirampas, dicerobohi sehinggakan kubur-kubur nenek moyang mereka turut dimusnahkan oleh jentera-jentera perompak yang tidak berperikemanusiaan. Reputasi Huguan Siou sangat tercemar
sehingga kata-kata berunsur negatif dan tidak sedap didengar dilontarkan oleh masyarakat KDMR dipelbagai tempat. Bukan saja melalui media cetak, tetapi melalui teknologi media massa. Kecanggihan teknologi moden mampu memperlihatkan rintihan, ketidakpuashatian, kemarahan dan kekesalan masyarakat KDMR kepada Huguan Siou dan ini sangat jelas di laman media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan Whatsapp.

Keperibadian Huguan Siou pernah suatu ketika dicemari, hanya dengan “menabalkan secara lisan” Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Sabah. Beliau juga disandangkan kain yang bertulis “Huguan Siou Malaysia”. Masyarakat KDMR bangkit marah dengan hal tersebut di mana rasa hormat serta pemahaman tentang Huguan Siou diperlekehkan. Hal ini juga Joseph Pairin Kitingan hanya mengambil sikap berdiam tanpa melakukan sebarang tindakan berdasarkan adat-istiadat yang berkaitan terhadap pihak-pihak tertentu berkenaan dengan Huguan Siou. Sebab seorang Huguan Siou bukan saja mempertahankan tanah adatnya tetapi cukup berpengetahuan dalam adat resam dan bertindak sebagai hakim untuk membuat sebarang keputusan kepada masyarakatnya. Berhubungan dengan kes penggunaan perkataan "Huguan Siou" kepada orang asing, Huguan Siou boleh duduk bersama dengan "Orang Tua Kampung" sebagai satu pasukan bagi membincangkan "Sogit" bagi perkara yang berlaku. Tetapi sikap berdiam diri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mengenai isu-isu yang berlaku, jelas memperlihatkan bahawa  ketokohannya sebagai Huguan Siou menjadi tanda tanya oleh masyarakat KDMR dan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Siapakah Huguan Siou Selepas ini?
Penghujung bulan Julai 2016, satu catatan sejarah berlaku kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), di mana Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden parti dengan serta-merta meletakkan jawatan dan mempercayakannya kepada Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai Presiden PBS yang baru.

Walaupun parti-parti politik di Sabah tumbuh subur bagaikan cendawan dan parti-parti tempatan itu mendabik dada sebagai parti
yang akan menjaga masyarakat KDMR, parti PBS masih dianggap sebagai parti tempatan jauh lebih mampu mewakili masyarakat tersebut. Spekulasi boleh dibuat, jika selepas ini  Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan melepaskan tanggungjawabnya sebagai Huguan Siou adakah akan diteruskan oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili?

Hampir tidak ada bukti bahawa Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mempunyai tanggungjawab menjaga masyarakat KDMR. Beliau tidak bersuara dalam kes rampasan tanah adat, hanya melepaskan batuk ditangga tentang kes-kes pendatang asing yang semakin merisaukan orang asal, malah kes yang paling serius sekalipun yang pernah terjadi kepada masyarakat Kampung Tombotuon, Kota Belud dia mengambil sikap berdiam diri. Adakah kredibiliti Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai Presiden PBS baru mampu memberi pengaruh kepada kumpulan Bobolian untuk menabalkannya sebagai Huguan Siou?

Pernah diluahkan oleh masyarakat KDMR bahawa Tan Sri Bernard Giluk Dompok adalah peribadi yang dilihat mempunyai kredibiliti menjadi Huguan Siou selepas Joseph Pairin. Namun  luahan-luahan
tersebut hanyalah sementara, kerana Tan Sri Bernard Giluk Dompok lebih mengambil sikap terus berdiam diri selepas bersara dari arena politik melalui Parti UPKO dan namanya sehingga kini semakin pudar di mata masyarakat KDMR. Jika dibandingkan dengan Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, masyarakat KDMR lebih tahu siapa yang seharusnya dipilih. 

Tapi berapa banyak buktikah bahawa Tan Sri Bernard Giluk Dompok bersedia bertanggungjawab untuk menjaga masyarakat KDMR sebagai pelindung dan penjaga adat? Ketokohannya tidak berterusan, dengan cara berdiam diri sehingga hari ini, maka kelihatannya beliau tidak dilihat sebagai seorang yang layak menjadi Huguan Siou.

Bagaimana pula dengan peribadi Datuk Dr. Jeffrey Kitingan? Adakah secara eksplisit bahawa masyarakat KDMR menolaknya sebagai Huguan Siou hanya kerana sejarah politiknya? Perlu dijawab secara berfakta, kenapa Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bertindak demikian. Sebab sejak kemunculannya di arena politik, dia sudah banyak bertindak demi untuk kebaikan masyarakat Sabah dan secara khususnya kepada masyarakat KDMR. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan juga pernah ditangkap dan dihukum semata-mata melakukan tindakan kebaikan kepada masyarakat Sabah. Beliau menghabiskan masanya untuk menuntut, menyuarakan dan membongkar banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mengambil hak-hak orang asal dan masyarakat Sabah secara amnya. Perjalanan politknya sangat lama dan telah melalui segala aral yang melintang demi untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat Sabah. Sehingga hari ini (2016) beliau tidak pernah berhenti untuk melakukan hal tersebut.

Jika dilihat makna perjuangannya, adakah beliau tidak layak ditabalkan sebagai Hugua Siou? Atau masyarakat KDMR yang menjadi musuh politiknya mengambil alasan bahawa Huguan Siou ini bukan dilantik dari pengaruh politik, tetapi atas kuasa kumpulan Bobolian. Benarkah demikian? Jika Huguan Siou tidak berkaitan dengan dunia politik dan sepatutnya Huguan Siou tidak terlibat dengan politik, kenapa sejak tahun 50an lagi Bobolian tidak tegas dan tidak tepat memilih Tun Fuad Stephens dan tahun 1984 menabalkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou, sedangkan mereka adalah orang-orang politik? Kenapa kumpulan Bobolian tidak diberi hikmat makrifat daripada “Diwato” untuk memilih peribadi yang bersih dari pengaruh politik? Tanggapi hal ini secara positif.

Sama-samalah kita melihat apa yang akan berlaku selepas ini.

Kumpulan sosial di dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), kini sudah berdaftar secara SAH di bawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. 

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh.

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones daripada Kumpulan Sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dibawah Bidang Kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Kumpulan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (UK) ingin membuat kenyataan RASMI berhubung dengan Perjanjian Malaysia untuk Bahagian Pertama.

Satu persoalan yang nampaknya sangat mudah untuk dijawab namun sebenarnya ia merupakan satu persoalan yang penuh dengan lebih daripada 1001 jawapan. Disini, pihak kami, SSKM-SSU(UK) akan mematikan semua jawapan yang tidak tepat kepada satu sahaja jawapan agar satu kefahaman yang tepat dapat diperolehi hasil daripada kajian yang telah dilakukan yang berdasarkan kepada bukti yang kukuh dan sahih.

Sebelum pembongkaran kebenaran ini dilakukan, adalah lebih baik untuk kita fahami dahulu luaran perjanjian ini mengikut kefahaman pemimpin-pemimpin tempatan kita yang terdahulu. Pemimpin-pemimpin Borneo daripada Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) dan Negara Sarawak telah "difahamkan" dan "diyakinkan" bahawa mereka akan membentuk satu "Persekutuan Baru" yang dikenali sebagai "Malaysia". Persekutuan Baru ini akan dianggotai oleh "Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" dengan status "Rakan Kongsi yang sama taraf". Ini adalah satu "jaminan yang telah diberikan oleh pemimpin malaya pada ketika itu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu".

Tunku Abdul Rahman juga menjamin bahawa North Borneo dan Sarawak akan mencapai "Kemerdekaan" yang "lebih cepat" melalui pembentukan Persekutuan Baru ini. Selain itu juga, jaminan telah diberikan olehnya bahawa pembentukan "Persekutuan Baru" ini yang bakal dikenali sebagai Malaysia bukanlah satu bentuk "Penjajahan Baru ataupun Neo-Colonialisme". Tunku juga telah memberi keyakinan dan jaminan yang kuat dan penuh lagi bahawa pembentukan "Malaysia" ini juga bukanlah satu bentuk "Pemindahan Kuasa Kedaulatan (Sovereignty), Perundangan (Legislation), Kehakiman (Juridicial) dan Pentadbiran (Executive)" dari London ke Kuala Lumpur. Pemimpin Malaya ini telah menafikan dakwaan bahawa Malaya ingin mengambil alih kuasa Pentadbiran Tanah Jajahan British di Borneo ini dengan sekeras-kerasnya. Atas jaminan dan janji itu, Donald Stephens dan Stephens Kalong Ningkan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain, yang pada mulanya menentang keras pembentukan Malaysia ini akhirnya telah termakan kata lalu berhempas pulas untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan rakyat dinegara masing-masing agar memberikan sokongan padu kepada "Gagasan Malaysia" ini. Inilah sebenarnya yang telah difahamkan kepada mereka oleh pemimpin-pemimpin Malaya pada ketika itu.

Didalam penerangan Perjanjian Malaysia ini, pihak kami telah memasukkan grafik-grafik ataupun gambar-gambar yang sesuai dengan maksud artikel tersebut untuk memudahkan proses kefahaman yang jelas agar anda dapat melihat dengan lebih terang lagi bersuluh tentang wajah sebenar keseluruhan Perjanjian Malaysia ini.

Didalam Perjanjian Malaysia ini juga, ia mengandungi 11 Artikel. Setiap Artikel didalam Perjanjian Malaysia ini mempunyai kefahaman, niat dan maksud yang sangat berbeza. Diakhir kepada penerangan ini sebelum pendedahan yang sebenar dilakukan pada artikel yang lain, tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri nanti. Adakah Perjanjian Malaysia ini sebenarnya untuk memberikan keuntungan, kelebihan dan keutamaan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak? Ataupun sebenarnya hanya memfokuskan keuntangan, kelebihan dan keutamaan sepenuhnya kepada Negara Singapura dan Malaya?

Penerangan dan huraian yang kami berikan bukanlah dalam bentuk penulisan akademik kerana ia memerlukan penggunaan gaya linguistik (bahasa) yang tinggi dan mendalam. Pihak kami melakukan penerangan ini adalah dalam bentuk bahasa yang termudah untuk difahami oleh semua orang-orang kebanyakan. Mari kita lihat bersama-sama tentang apakah sebenarnya maksud kepada intipati (kandungan) yang terdapat didalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.

Melalui gambar diatas ini, anda dapat melihat dengan sendiri bahawa terdapat lima (5) buah Negara melalui Jata Negara masing-masing yang telah menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963 di London.

Didalam Perjanjian Malaysia, ia adalah Perjanjian berkaitan dengan Perlembagaan Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Selain itu juga, ia adalah berkaitan dengan Imigresen Malaysia, Perjanjian diantara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura tentang Pasaran Bersama (Common Market) dan Persetujuan Kewangan (Financial Arrangement).

Hari Pembentukan Malaysia yang dijadualkan pada 31 Ogos 1963 telah dipindahkan kepada 16 September 1963. Pindaan tersebut ditandatangani pada 28 Ogos 1963 di Negara Singapura.

Sudah tentu Perjanjian ini juga adalah berkaitan dengan kepentingan Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Gambar ini memperlihatkan dengan jelas negara-negara yang terlibat didalam upacara menandatangani Perjanjian Malaysia.

Lima (5) buah negara ini telah bersetuju untuk menyimpulkan Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia. Ia kesemuanya mengandungi sebelas (11) Artikel.

Pihak kami juga telah menyediakan penterjemahan bahasa Melayu mengikut penterjemahan bahasa yang telah ditulis didalam sebuah buku yang bertajuk "Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia" bagi kesemua sebelas (11) Artikel tanpa sebarang tokok tambah mahupun edit.

Diharapkan melalui usaha ini, orang ramai akan bertambah faham tentang apakah sebenarnya isi kandungan didalam Perjanjian Malaysia ini.

Mari lihat Artikel I (Pertama) dibawah ini.

Didalam Artikel I (Pertama), ia memfokuskan kepada Kerajaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya. Artikel ini menyatakan dalam bahasa Melayu bahawa;

"Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas ini dinamakan "Malaysia""

Didalam kefahaman pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu melalui Artikel I (Pertama) ini, ia menampakkan maksud bahawa ia seolah-olah adalah satu Persekutuan yang "Sama Taraf" dan sebagai "Rakan Kongsi". Kefahaman mereka dapat diterjemahkan seperti gambar dibawah ini. Dan kita juga selama ini menyangkakan seperti ini, sepertimana yang difahami oleh pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu.

Perlu difahamkan bahawa didalam bahasa Englisah "State" membawa maksud "Negara" manakala "state" pula membawa maksud "negeri". Perbezaannya adalah pada huruf besar "S" dan huruf kecil "s".

Namun realitinya, status kita sebenarnya adalah tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ketika menandatangani Perjanjian Malaysia. Mengapa? Sila rujuk kepada gambar dibawah ini untuk melihat dengan jelas semasa upacara menandatangani Perjanjian tersebut pada 9 Julai 1963.

Petak Biru adalah mewakili British Commonwealth. Negara North Borneo, Sarawak, Brunei, Singapore dan Malaya adalah berada didalam British Commonwealth. Petak Hijau mewakili kategori Status Tanah Jajahan (Crown Colony Status) dan warna Jingga/Oren pula mewakili kategori Status Naungan (Protectorate Status). Manakala garisan merah putus-putus menunjukkan bahawa Negara-negara didalamnya adalah masih dibawah kuasa jajahan British yang belum mencapai status "Merdeka" daripada British kecuali Malaya (Fasa III - Terakhir). Pada tarikh 9 Julai 1963 ketika Upacara Tandatangan Perjanjian Malaysia dilakukan di London, sebenarnya Negara North Borneo (Sabah) dan Negara Sarawak belum mencapai status "Self-Government ataupun Berkerajaan Sendiri" (Fasa II - Kedua). Status ini dipanggil "Non-Self-Governing ataupun Belum Berkerajaan Sendiri" (Fasa I - Pertama) berbanding dengan Negara Singapura, mereka sudah mencapai status "Full Internal Self-Government" pada tahun 1959 (Fasa II - Kedua). Penjelasan lanjut tentang perkara ini akan diberikan pada artikel yang lain.

Seterusnya kita beralih kepada Artikel II (Kedua).

Didalam Artikel II (Kedua), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai "Hari Malaysia")".

Dalam Artikel ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk membuat pindaan dan menggubal undang-undang mereka selari dengan isi kandungan dokumen didalam Lampiran A (Annex A) dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 (pindahan tarikh telah dilakukan dan ditetapkan pada 16 September 1963 dan ia akan dikenali sebagai Hari Malaysia).

Apakah yang terdapat pada Lampiran A (Annex A)? Sila rujuk kepada dokumen Perjanjian Malaysia yang telah disertakan didalam artikel ini dengan mengklik >>>Download Perjanjian Malaysia<<< ini.

Jikalau anda semua ada mengikuti dan membaca artikel tentang Pendedahan >>>Malaya adalah Malaysia dan Malaysia adalah Malaya<<<, anda akan tahu bahawa Penentangan Kerajaan Kelantan terhadap Penubuhan Malaysia adalah disebabkan oleh Pindaan Perlembagaan pada Artikel II (Kedua) ini. Hasil daripada penentangan Kerajaan Kelantan, Peguam Negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada waktu itu telah membuktikan bahawa Artikel II (Kedua) tidak mengubah Struktur Doktrin Asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu malah tidak terusik langsung, tidak diubah dan masih lagi mengekalkan identiti Asal sebagai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibawah Perjanjian 1957. Dalam erti kata lain, mesej yang ingin disampaikan kepada Kerajaan Kelantan pada waktu itu ialah "Tiada Persekutuan Baru" yang dibentuk. Hanya pertukaran nama daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia", Pindaan dan kemasukan beberapa Akta sahaja yang telah dilakukan. Namun, perkara ini tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura.

Didalam Artikel III (Ketiga), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan D Perjanjian ini".

Artikel III (Ketiga) ini menerangkan bahawa Perlembagaan Negara Sabah, Perlembagaan Negara Sarawak dan Perlembagaan Negara Singapura telah dibuat oleh Kerajaan British dan diberikan Kuasa Undang-Undang untuk menggerakkan Kerajaan mengikut Perlembagaan yang telah disediakan untuk digunapakai didalam Malaysia. 

Sila lihat gambar dibawah ini.

Ini bermaksud, Kuasa Perlembagaan yang menggerakkan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak sekarang adalah berasal daripada Kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain.

Sekarang mari beralih kepada Artike IV (Keempat) pula.

Didalam Artikel IV (Keempat), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini".

Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya terdapat penentangan dikalangan Pegawai-pegawai British terhadap pembentukan Malaysia ini kerana mereka mengetahui bahawa ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak namun mereka telah dilarang dan ditegah untuk menentang kerana ia melibatkan kepentingan bersama diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Artikel penuh tentang perkara ini akan dikongsikan kepada anda semua nanti.

Gambar diatas menerangkan maksud Artike IV (Keempat). Didalam Artikel IV (Keempat) inilah Akta Malaysia 1963 (Malaysia Act 1963) diwujudkan di Parlimen British untuk membolehkan North Borneo, Sarawak dan Singapura yang masih berstatus Tanah Jajahan Makhota (Crown Colony) disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada untuk membentuk Malaysia.

Gambar diatas ini adalah Akta Malaysia 1963 yang telah diwujudkan di Parlimen British seperti yang dinyatakan didalam Artikel IV (Keempat).

Didalam Artikel V (Kelima), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran E Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negara Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut".

Artikel V (Kelima) ini adalah kesinambungan dengan Artikel II (Kedua) yang memfokuskan kepada hal Perundangan dan Perlembagaan. Dalam Artikel V (Kelima) ini juga, ia memfokuskan kepada Perundangan Imigresen yang merangkumi Hak Keistimewaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Disinilah kuasa terhadap Imigresen Negara Sabah dan Negara Sarawak diberikan seperti mana yang dipersetujui didalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Inter-Governmental Committee. Keistimewaan ini yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengawal kemasukan orang luar yang bukan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Dalam konteks ini, ia memfokuskan untuk mengawal kemasukan bangsa Malaya ke Borneo.

Ini kerana, pemimpin-pemimpin Borneo tidak mahu bangsa Malaya membanjiri Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ia juga jelas tercatat didalam Memorandum 20 dan 18 Perkara, pada Perkara 6.

Didalam Artikel VI (Keenam), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Unitead Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang difikirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran F Perjanjian (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera} di Singapura)".

Artikel VI (Keenam) pula adalah berkaitan dengan Kerjasama Ketenteraan diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Jikalau terdapat sebarang konflik antarabangsa yang berpotensi untuk mencetuskan Peperangan, Kerajaan British mempunyai hak untuk menggunakan pangkalan ketenteraan yang ada diseluruh Malaysia pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Disamping itu juga, kerjasama ketenteraan akan dihulurkan kepada anggota-anggota Komanwel jikalau keadaan memerlukan. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Malaysia.

Oleh itu, adalah satu dakwaan yang tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan bahawa tidak akan ada bantuan ketenteraan yang akan diberikan jikalau Negara Sabah dan Negara Sarawak berpisah daripada Malaysia nanti. Ini kerana, setelah perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi realiti, bantuan ketenteraan Komenwel akan diberikan kepada Negara-negara anggota iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak bagi menguatkan ketenteraan yang mungkin belum mencukupi untuk menjaga keselamatan Negara. Pada waktu itu, Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah menjadi ahli anggota British Commonwealth of Nations.

Mulai hari ini, persoalan dan ugutan tentang perkara ini sudah dimatikan dan dihapuskan melalui jawapan pihak kami ini.

Gambar diatas menujukkan Perjanjian Keselamatan yang merujuk kepada Lampiran F (Annex F).

Didalam Artikel VII (Ketujuh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G Perjanjian ini bagi Maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak

(2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan I Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang termanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatangan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia".

Artike VII (Ketujuh) ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama (1) adalah berkaitan dengan Kerajaan British mahu membuat pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya yang akan bersara setelah berkhidmat di Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak sebelum Hari Malaysia (16 September 1963). Sila lihat gambar dibawah.

Manakala bahagian Kedua (2) pula adalah berkaitan dengan Perjanjian Pegawai Awam seperti yang dinyatakan didalam Lampiran H dan I (Annexes H and I). Kerajaan Malaysia perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura untuk menjadi wakil bagi pihak mereka untuk menandatangani dokumen Perjanjian Pegawai awam dengan Kerajaan British. Sila lihat gambar dibawah.

Mari beralih pula ke Artikel VIII (Kelapan).

Didalam Artikel VIII (Kelapan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya, Borneo Utara dan Sarawak. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, atau janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Persoalan yang perlu dibangkitkan didalam Artikel ini ialah "Dimanakah sudah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu?" Seperti yang anda semua sudah sedar, ia sebenarnya tidak hilang tetapi hanya bertukar nama sahaja. Kini, dunia mengenali Malaya dengan nama "Malaysia". 

Kerajaan Malaysia telah gagal dalam melaksanakan rekomendasi yang ada didalam Inter-Governmental Committee. Perkara ini akan didedahkan pada artikel lain.

Didalam Artikel IX (Kesembilan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Peruntukan Lampiran J Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura".

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Namun, sehingga ke hari ini ia masih tertera didalam Perjanjian Malaysia. Bagi pendapat anda, adakah perlu bagi Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengkaji Perjanjian Malaysia ini? Ya. Itu sudah pasti!

Walau bagaimanapun, mari kita cuba fahamkan mengapa Perjanjian tentang "Pasaran Bersama (Common Market)" in dibuat. Apabila sesuatu Perjanjian dibuat, ia bermaksud bahawa perkara tersebut adalah sangat penting.

Untuk pengetahuan anda semua, salah satu punca kepada berlaku Perpisahan Negara Singapura daripada Malaysia adalah disebabkan Kerajaan Persekutuan telah mengganggu dan melanggari Perjanjian ini. Segala lesen Perniagan yang pada mulanya dibawah kuasa Kerajaan Negara Singapura telah dimansuhkan dan dipindahkan ke Kerajaan Persekutuan. Ini bermaksud lesen perniagaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan ini telah membangkitkan kemarahan Kerajaan Singapura kerana perbuatan Kerajaan Persekutuan ini telah "Menjahanamkan Ekonomi Negara Singapura" sehingga menimbulkan konflik yang serius yang menjurus kepada perpisahan pada 9 Ogos 1965.

Sila jadikan perkara ini sebagai isu yang serius didalam Kerajaan Negara kita. Ini kerana "Dasar Kabotaj" yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah "Menjahanamkan" ekonomi Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pertumbuhan ekonomi yang lembab dan taraf hidup yang tinggi adalah disebabkan harga barang yang terlalu mahal kesan daripada dasar ini. Kerajaan Persekutuan lebih mengutamakan kepentingan "Perkapalan" mereka berbanding dengan hidup rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak yang berjumlah sekitar 6 juta.

Jikalau Kerajaan Persekutuan tidak mahu menghapuskan Dasar Kabotaj ini dan kononnya telah memberikan subsidi bagi menampung barangan-barangan yang dihantar ke Borneo, itu hanyalah alasan semata-mata. Maka ia akan menjadi salah satu faktor utama yang bakal dicatatkan didalam sejarah kerana ia telah menjadi punca kepada Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada Malaysia.

Didalam Artikel X (Kesepuluh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran K Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Artikel ini juga tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dan sehingga ke hari ini ia masih lagi wujud didalam Perjanjian Malaysia. Namun ia adalah sangat berbaloi untuk dikaji dan difahami.

Kerajaan Negara Singapura sangat pintar didalam perkara ini. Ini kerana mereka faham bahawa Penyiaran Televisyen sangat penting didalam memberikan informasi yang tepat kepada rakyat mereka tanpa tapisan daripada Kerajaan Malaysia.

Seperti yang anda semua sedar, sebelum dunia ini berubah menjadi zaman teknologi yang mempunyai aplikasi internet, rakyat bergantung sepenuhnya daripada televisyen kerajaan yang menyiarkan rancangan TV1, TV2, TV3 dan NTV7 dalam mendapatkan maklumat. Namun, Kerajaan Persekutuan telah menyalahgunakan tujuan ini saluran rancangan tersebut daripada siang dan malam untuk menghasut rakyat agar membenci mana-mana pemimpin yang berjuang demi kebenaran. Tidak juga ketinggalan bahawa doktrin umno-bn diterapkan didalam minda rakyat melalui fakta-fakta yang bodoh. Ucapan rasis yang tidak pernah kesudahan menjadi tajuk utama bagi setiap program rancangan.

Atas sebab itulah Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak perlu mendapatkan hak ini seperti mana yang telah diperjuangkan oleh Kerajaan Negara Singapura dahulu. Ini adalah hak kita.

Didalam Artikel XI (Kesebelas), ia memfokuskan kepada penggunaan bahasa. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain".

Akhir sekali, Artikel ini adalah satu bentuk peringatan bahawa jikalau terdapat sebarang keraguan teks ketika membuat interpretasi, rujukan didalam bahasa English perlu dijadikan rujukan utama.

Atas sebab itulah Bahasa English sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh semua rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak.

Setakat ini terdapat sebarang persoalan yang timbul? 

Sudah tentu ada!
  1. Adakah Perjanjian Malaysia masih Sah?
    Jawapan: Menurut Peguam Robert Pei, Perjanjian Malaysia ini adalah TIDAK SAH. Ini kerana Perjanjian ini telah ditandatangani oleh pihak yang tidak mempunyai status kelayakan yang setaraf dengan Kerajaan Malaya. Beliau merujuk kepada Kerajaan Negara North Borneo (Sabah), Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura kerana pada waktu tersebut, Negara-negara ini masih lagi berstatus sebagai "Tanah Jajahan Makhota" dan belum mencapai Kemerdekaan. Perjanjian Antarabangsa mewajibkan bahawa "Penandatangan" mesti memiliki status yang sama dengan pihak lain yang bersama-sama menandatangani Perjanjian Antarabangsa untuk mana-mana dokumen rasmi. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Dokumen Perjanjian Malaysia. Bagi pihak SSU-UK, satu artikel khas akan dibuat untuk perkara ini untuk menerangkan hal yang sebenar dan juga pihak SSU-UK bersetuju dengan Peguam Robert Pei. Sila rujuk >>>Artikel ini<<< untuk membaca dan memahami hujah beliau.
  2. Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?
    Jawapan: Ada Penipuan dan Ketidakadilan yang Jelas. Jikalau difikirkan betul-betul setelah memahami status "keahlian Malaysia" di United Natios (UN), Perjanjian Malaysia sebenarnya membawa maksud "Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" diantara Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri sebelum menjelma menjadi Malaysia! Hal ini baru sahaja diketahui dan didalam kajian antarabangsa, Pengkaji-pengkaji akademik mengenali Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui "Pertukaran Nama" mereka daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia" pada 16 September 1963 setelah "Tiga Negara-negara Baru" iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura kononnya "menyertai atau masuk" ke Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kefahaman dan jaminan yang telah diberikan kepada pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura pada ketika itu yang mana mereka diberitahu bahawa mereka akan membentuk "Persekutuan Baru" tetapi rupa-rupanya ia adalah satu PENIPUAN yang jelas, terang lagi bersuluh!
Sebelum anda  bertanyakan soalan lebih banyak, mari lihat dahulu analisis pihak SSU-UK tentang Perjanjian Malaysia ini.

Berdasarkan kepada penelitian, daripada 11 Artikel ini, Empat (4) daripada Artikel ini menunjukkan bahawa Perjanjian TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN.

Artikel I (Satu): Ia sudah tidak berkaitan kerana Negara Singapura sudah tidak berada didalam Malaysia. Dan lagi, menurut Peguam Robert Pei, ia adalah satu Perjanjian yang tidak sah kerana Perjanjian ini telah dilakukan pada keadaan yang tidak sah yang mana Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura masih lagi berstatus Tanah Jajahan Makhota British dan bukan sebagai sebuah negara-negara yang merdeka seperti Malaya. Sila lihat gambar yang telah disertakan dibawah Artikel I tersebut dan anda akan pasti memahaminya. Ini kerana daripada aspek kedudukan, ia jelas sangat berbeza dan tidak setaraf.

Artikel VIII (Kelapan): Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sudah menukar namanya menjadi Kerajaan Malaysia dan TIDAK MEMATUHI, TIDAK MENGHORMATI DAN TELAH MELANGGARI Perjanjian Malaysia dengan menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC.

Artikel IX dan X (Kesembilan dan Kesepuluh): Artikel sudah tidak berkaitan dengan Malaysia mahupun dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak kerana Negara Singapura sudah tidak lagi berada didalam Malaysia. Namun sehingga kini, ia masih lagi tertera didalam Perjanjian Malaysia tanpa sebarang perubahan.

Kesimpulan: Empat daripada Sebelas Artikel sebenarnya telah TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC. Kerajaan Malaya yang telah menukar identitinya sebagai Kerajaan Malaysia juga telah menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965 yang mana penurunan status tersebut dilakukan pada 27 Ogos 1976. 

Maka, dapat disimpulkan secara menyeluruh bahawa Satu Perjanjian Baru mesti dilakukan semula dengan syarat Kemerdekaan Penuh MESTI diberikan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak dan SATU "Persekutuan" yang benar-benar "Baru" diwujudkan untuk mempersekutukan Kerajaan Malaya, Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dengan nama "Malaysia". Ini hanya jikalau Kerajaan Malaya yang bertopengkan Kerajaan Malaysia benar-benar ingin menyelamatkan "Persekutuan" ini. Jikalau tidak, Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah PASTI menjadi NYATA yang mana ia akan dilakukan oleh Generasi-Generasi Muda dengan sokongan vateran-vateran yang berjiwa Nasionalisme dan Patriotik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Itu adalah Muktamad!

ANALISIS TAMBAHAN

Analisis Tamabahan telah dilakukan untuk melihat dengan lebih jelas tentang sejauh manakah Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Hasil penemuan daripada pihak SSU-UK mendapati bahawa sebenarnya ia lebih berpihak kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura. Sila lihat gambar dibawah ini.

Artikel XI (Kesebelas) dikecualikan daripada pengiraan ini kerana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada Perjanjian Malaysia secara langsung. Maka, jumlah kesemua Artikel ini dihitungkan sebanyak Sepuluh (10) Artikel. Daripada Sepuluh Artikel ini, hanya terdapat Tiga Artikel sahaja yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak iaitu pada Artikel I, III dan VIII (Pertama, Ketiga dan Kelapan). Apabila diterjemahkan didalam bentuk peratusan, sebanyak 30% (3/10) sahaja kepentingan telah diberikan kepada Borneo. Manakala Negara Singapura pula mencatatkan sebanyak 40% (4/10) dan peratusan yang dicatatkan bagi Kerajaan Malaya adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 90% (9/10). Dalam erti kata lain, Perjanjian Malaysia ini telah memberikan kelebihan yang lebih banyak kepada Kerajaan Malaya dan Singapura berbanding dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Sekarang, anda faham? 

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, sila lihat pada gambar Graf Carta Pai dibawah.

Apabila dimasukkan ke dalam Graf Carta Pai, ia jelas menunjukkan bahawa sebanyak 56% kelebihan keutamaan hasil daripada Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Kerajaan Malaya manakala Kerajaan Negara Singapura mendapat kelebihan keutamaan sebanyak 25% yang lebih tinggi berbanding dengan Negara-negara di Borneo iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak yang hanya mampu mendapat kelebihan dalam keutamaan sebanyak 19% sahaja.

Satu persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur setelah mengetahui perkara ini. Perlukah anda, rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempertahankan Perjanjian Malaysia ini? Dengan mempertahankan Perjanjian Malaysia, anda sebenarnya sedang berusaha untuk mempertahankan kelebihan Kerajaan Malaya.

Buka Mata dan Minda anda untuk memahami keadaan ini!

Mohon anda semua untuk sebarkan artikel pendedahan ini demi membangkitkan kesedaran semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Mari lakukan perubahan secara mutlak demi Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang lebih terjamin dan cerah!

Artikel lebih terperinci tentang disebalik Perjanjian Malaysia ini akan didedahkan tidak lama lagi. Sila ikuti perjalanan perjuangan SSKM-SSU(UK) dengan semangat Pejuang Bangsa yang SEJATI!


Sumber:

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.