Di Mana Catatan Peristiwa Itu?

   Pernah baca tentang riwayat seekor anjing milik Prof. Hidesaburō Ueno? Ia memiliki seekor anjing yang sentiasa bersamanya pagi dan petang untuk melalui hari-hari bersama. Hachiko nama anjing tersebut akan menghantar tuannya ke stesen keretapi dan balik rumah. Petangnya, Hachiko akan bergegas ke stesen dan menunggu Prof. Ueno untuk menjemputnya pulang. Inilah rutin harian mereka. Sehingga pemilik anjing tersebut meninggal di tempat kerjanya, Hachiko terus menunggu beberapa tahun sehingga ia meninggal di tempat penantiannya.

   Monumen Hachiko dibina, kerana kesetiaannya kepada tuannya. Dalam kisah ini, riwayat seekor anjing saja dicatat dan dibaca oleh manusia dan mengambil teladannya. Namun apa yang dapat dilihat pada Tugu Peringatan Double Six, samasekali tiada temuan catatan riwayat dan kisah di sebalik kejadian tersebut. MUNCUL beribu pertanyaan, KENAPA? Adakah kisah ini berlaku suatu konspirasi sehingga hal ini disembunyikan? Di manakah "kotak hitam" kapal tersebut?
Tuhan pasti menegakkan keadilan-Nya.



Labels:

Post a Comment

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.