February 2016

SEDIH DENGAN SIKAP SEBILANGAN  RAKYAT SABAH
Cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa..!!!

Sedih dan susah betul dengan "sebilangan orang kita" ini:
- hari-hari merungut;
- hari-hari marah;
- hari-hari berselisih faham;
- hari-hari  bergaduh;
- hari-hari bertegang leher;
- hari-hari  membenci;
- hari-hari menyumpah;
- hari-hari memaki hamun;
- hari-hari mengutuk;
- hari-hari bercerita;
- hari-hari berbuih mulut;
- hari-hari berwhatsapp;
- hari-hari menulis di fb;
- hari-hari bersms;
- hari-hari menelefon;

tentang masalah-masalah Sabah dan BN-UMNO!

Sedih dan susah betul dengan 'sebilangan orang kita' ini, hari-hari marahkan dan persalahkan Kerajaan Pusat BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya tentang:

- Keputusan Suruhanjaya  Cobbold;
- Laporan IGC 1962;
- Memorandum 20 Perkara;
- Perjanjian Malaysia 1963;
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

yang tidak dipatuhi dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat Malaya!

Sedih dan susah betul dengan 'sebilangan orang kita ini', hari-hari marah dan persalahkan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya tentang:

- penjajahan Malaya;
- penindasan Malaya;
- penipuan Malaya;
- kehilangan kuasa kemerdekaan Sabah;
- kehilangan kuasa politik, ekonomi dan sosial Sabah;
- pemesongan fakta sejarah;
- kehilangan tanah-tanah Sabah; 
- kehilangan sumber-sumber kekayaan Sabah;
- kehilangan hasil-hasil cukai Sabah;
- kehilangan minyak petroleum dan gas asli;
- kehilangan tembaga;
- kehilangan kayu balak dan hasil-hasil hutan;
- kehilangan hak-hak perkhidmatan dan perjawatan;
- kehilangan maruah;
- kehilangan jati diri;
- kehilangan nasionalisme;
- kehilangan kedaulatan;
- kehilangan keselamatan;
- kebanjiran warga asing/ PTI;
- Projek IC;
- Projek Sijil Lahir;
- Projek Kewarganegaraan Songsang;
- Projek Pengundi Hantu;
- Projek Pengundi Pos;
- Projek Pengundi Disewa Beli;
- Projek Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya;
- kenaikan harga barangan dan perkhidmatan;
- kenaikan kos bahan api (petrol, diesel dan gas);
- kenaikan cukai- cukai baharu dan cukai GST;
- kenaikan kos sara hidup;
- kemiskinan dan kemunduran;
- jalan raya kerbau;
- ketiadaan jambatan;
-ketiadaan bekalan elektrik dan air;
- ketiadaan hospital dan klinik;
- kekurangan/ ketiadaan bangunan sekolah, rumah guru, kerusi-meja serta ketiadaan  perabot-perabot sekolah;
- ketiadaan pembangunan dan kemajuan;
- kedaifan dan keusangan perumahan rakyat;
- peningkatan kadar pengangguran;
- kemelesetan eknomi negara;

yang disebabkan Kerajaan Pusat BN-UMNO@ Kerajaan Pusat Malaya!

Sedih dan susah betul dengan 'sebilangan orang kita' ini:

- hari-hari cantas mencantas;
- hari-hari buruk-memburuk;
- hari-hari mengata;
- hari-hari jatuh-menjatuh;
- hari-hari pijak-memijak;
- hari-hari kencing-mengencing;
- hari-hari berak-memberak;
- hari-hari  mempersalahkan orang lain;
- hari-hari memburuk-burukkan orang lain;

kerana berebut pengaruh, kuasa dan kedudukan jawatan!

Sedih dan susah betul dengan 'sebilangan orang kita' ini, hari-hari marah tentang:

-   penurunan harga getah;
- penurunan harga kelapa sawit;
- penurunan nilai mata wang 'Ringgit Malaysia';
- penurunan daya saing dan daya beli;
- penurunan pelaburan asing;

yang disebabkan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya!

TETAPI di atas semua itu, apabila ada pemimpin cuba menawarkan diri untuk mengurus, memimpin dan menyelesaikan masalah-masalah di atas,  'sebilangan rakyat kita' ini:

- tidak menghadirkan diri ke mesyuarat;
- tidak menghadiri program-program;
- tidak bekerjasama;
- tidak melibatkan diri;
- tidak mengambil bahagian;
- tidak menyumbang;
- tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran & wang ringgit;
- malas dan suka berdalih;
- tidak peduli;
- alasan tiada duit;
- alasan tiada minyak kereta;
- alasan tiada masa;
- alasan sibuk;
- alasan banyak kerja; dan
- memberi seribu satu macam alasan lagi..!!!

MUNGKINKAH 'MEREKA' TUNGGU MALAIKAT  dari syurga datang mengurus, memimpin dan menyelesaikan masalah-masalah 'mereka'..???

DJI/ CWC&KBSN40L
200216
1022AM

STAR SABAH BERTAPAK DI SEMPORNA, SABAH.
Parti STAR Sabah pimpinan Yang Berjuang Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan telah melangkah setapak lagi pada tahun 2016 ini, kali ini bermula dari Semporna, parti tempatan itu dijangka akan mendapat sambutan baik di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Bajau dan Suluk serta beragama Islam.

Beberapa hari lalu, atas permintaan pemimpin tempatan di sana, Timbalan Pengerusi STAR Sabah, Encik Jalumin Bayogoh telah melakukan kunjungan ke Semporna untuk menerangkan serba ringkas tentang hala tuju dan misi serta visi perjuangan Parti STAR Sabah, dan ternyata ianya telah disambut baik oleh para pemimpin tempatan disana serta mahu agar STAR Sabah melebarkan sayap ke Pantai Timur Sabah, bermula dari Semporna.

Seorang Pemimpin Tempatan yang terkenal dan dihormati di Semporna, En Lokman Ureh telah menyerahkan borang keahlian seramai lebih 300 ahli baharu ke dalam Parti STAR Sabah, dan ianya diterima sendiri oleh Pengerusi Star Sabah, YB Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan di IbuPejabat STAR Sabah, Kota Kinabalu.

Kini, persiapan sedang diatur untuk pelancaran Parti STAR di Semporna yang dijangka diadakan pada bulan ini (FEBRUARI). 

AK Media⭐
~Biro Media & Publisiti, STAR Sabah.

SABAHAN DAN SARAWAKIAN
JANGAN MUDAH LUPA
AGENDA PENJAJAHAN MALAYA 
Beberapa Persoalan Timbul dari ARTIKEL ini (klik sini)
Perkara 1:
PCS diluluskan ROS bukan untuk memecah-belahkan STAR dan rakyat Sabah?

Penulis amat yakin bahawa ramai pemimpin dan rakyat kita di Sabah yang sebenarnya tidak faham dan tidak menyedari betapa ROS yang ditubuhkan Kerajaan BN-UMNO @ Kepimpinan Kerajaan Pusat Malaya memainkan peranan amat penting dalam memanipulasi kuasa politik Sabah dan Sarawak. Kelulusan 11 buah parti politik baharu di Sabah sudah semestinya strategi jangka panjang divide and rule dan atas arahan Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya!

Walaupun ROS ini sepatutnya satu badan bebas, tetapi dalam Kerajaan BN-UMNO, rakyat pada umumnya tahu dan menyedari bahawa hampir kesemua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan/Bukan Kerajaan telah digunakan semaksimanya oleh BN-UMNO untuk memecah-belahkan kekuatan sesebuah parti politik di Sabah dan Sarawak, memecah-belahkan perpaduan rakyat -untuk kepentingan BN-UMNO!

Lihatlah apa yang dilakukan oleh JPN, SPR, SPRM, PDRM, ATM, Imigresen, Sistem Kehakiman, etc..! Begitu juga dengan ROS! Ini semua 'atas arahan, tekanan dan pengaruh Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya!

Sebilangan pemimpin Sabah dan Sarawak mungkin tidak faham dan tidak menyedari mengapa terdapat 23 parti politik di Sabah? Dan terdapat sebilangan (masih ramai) pemimpin dan rakyat Sabah yang tidak faham, tidak sedar dan tidak insaf kesan buruk daripada kelahiran 23 parti politik baru ini, termasuk PCS!

Persoalan:
1. Apakah muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS meluluskan parti-parti politik baru dikala PBS berada dalam kemuncak kekuatan/ kegemilangan pada tahun 1986?

2. Apakah muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS meluluskan 11 parti politik baru dikala STAR muncul sebagai platform politik baharu di Sabah dan Sarawak?

Walaupun PCS itu mungkin parti politik yang diilhamkan dan dipohon pendaftarannya oleh pemimpin-pemimpin tertentu Sabah untuk tujuan yang baik, tetapi persoalan yang patut difikir semula oleh semua pihak adalah, "Mengapa pihak ROS meluluskan 11 parti politik baru selepas PRU13 tatkala STAR mulai mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah, STAR semakin kuat dan berpengaruh, rakyat mulai bersatu padu dan gelombang kebangkitan serta kesedaran nasionalisme semakin meningkat?" Mengapa permohonan pendaftaran PCS dan 10 parti yang lain tidak diluluskan sebelum PRU13 dan sebelum STAR wujud di Sabah? Apa muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS???

Walau apapun matlamat dan tujuan parti politik tersebut didaftarkan, penulis berasa yakin dan optimis bahawa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah tidak lain tidak bukan, adalah merealisasikan 'dasar divide and rule' dan 'penjajahan berterusan' yang cuba diperluas dan dicengkamkan Malaya ke atas Sabah dan Sarawak supaya perjuangan politik Sabah dan Sarawak menjadi lemah - kita akan menjadi serpihan parti-parti politik yang kecil-kecil dan akhirnya kita semua (Sabahan dan Sarawakian) gagal mencapai visi dan misi perjuangan mengembalikan hak-hak dan kuasa kemerdekaan kita! Ini semua adalah "mainan Kepimpinan Kerajaan Pusat Malaya @ Kerajaan BN-UMNO!"

Kedua, hal tersebut diburukkan lagi oleh masalah dalaman Sabah, iaitu sikap tamak dan kepentingan diri sebilangan pemimpin; dan amalan budaya dan 'mentaliti tongkuyu' sebilangan pemimpin dan rakyat Sabah sendiri!

Perkara 2:
Perpecahan terjadi apabila 'persetujuan awal tidak dilaksana'?

Apabila ROS meluluskan 11 parti politik baharu, perpecahan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sebenarnya sudah bermula dan sudah berlaku! Perpecahan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sudah bermula dan berlaku sejak Zaman PBS!

Perpecahan yang terjadi apabila persetujuan awal tentang penyatuan dalam PCS tidak dilaksana hanyalah perkara kecil dan alasan remeh-temeh! Sebab perpecahan ini tidak akan berlaku sekiranya pendaftaran PCS dan 10 lagi parti politik yang lain tidak diluluskan oleh ROS!

Tetapi soalannya, siapakah yang memohon pendaftaran 11 parti politik baharu ini? Bukankah 'pemimpin-pemimpin dan rakyat tertentu' di Sabah sendiri? Siapakah yang meminta/memohon supaya 11 parti politik baru ini didaftarkan oleh ROS? Sekali lagi, ianya diminta/dipohon oleh sebilangan 'pemimpin dan rakyat Sabah sendiri' untuk tujuan yang baik. Tetapi tujuan yang baik itu telah dimanipulasi oleh Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya sehingga membawa kepada "Malapetaka politik Sabah!" Dan itulah yang ditunggu-tunggu dan yang paling menggembirakan Malaya! Mengapa 11 parti politik baharu ini tidak diluluskan pendaftarannya sebelum PRU13 dan sebelum timbulnya idea gagasan UBA//USA/USSA// Agenda Borneo yang diilham oleh DDJK?

Perkara 3: 
Bukan semua pemimpin yang ada dalam PCS terlibat dalam komplot terancang menyingkirkan/menjatuhkan DDJK dan menghapuskan STAR!

Penulis juga bersetuju bahawa bukan semua pemimpin yang ada dalam PCS itu terlibat dalam komplot terancang menyingkirkan/menjatuhkan DDJK/STAR. Itu penulis faham dan kita semua faham! Apa yang dapat kita kenal pasti, hanya terdapat 3-4 orang sahaja "pemimpin kelas kambing" yang suka memprovok dan memburuk-burukkan STAR/DDJK dan penyokong-penyokongnya! Tetapi pemimpin-pemimpin inilah yang menjadi penyakit kanser dalam PCS, STAR dan USA!

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.