SABAHAN DAN SARAWAKIAN
JANGAN MUDAH LUPA
AGENDA PENJAJAHAN MALAYA 
Beberapa Persoalan Timbul dari ARTIKEL ini (klik sini)
Perkara 1:
PCS diluluskan ROS bukan untuk memecah-belahkan STAR dan rakyat Sabah?

Penulis amat yakin bahawa ramai pemimpin dan rakyat kita di Sabah yang sebenarnya tidak faham dan tidak menyedari betapa ROS yang ditubuhkan Kerajaan BN-UMNO @ Kepimpinan Kerajaan Pusat Malaya memainkan peranan amat penting dalam memanipulasi kuasa politik Sabah dan Sarawak. Kelulusan 11 buah parti politik baharu di Sabah sudah semestinya strategi jangka panjang divide and rule dan atas arahan Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya!

Walaupun ROS ini sepatutnya satu badan bebas, tetapi dalam Kerajaan BN-UMNO, rakyat pada umumnya tahu dan menyedari bahawa hampir kesemua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan/Bukan Kerajaan telah digunakan semaksimanya oleh BN-UMNO untuk memecah-belahkan kekuatan sesebuah parti politik di Sabah dan Sarawak, memecah-belahkan perpaduan rakyat -untuk kepentingan BN-UMNO!

Lihatlah apa yang dilakukan oleh JPN, SPR, SPRM, PDRM, ATM, Imigresen, Sistem Kehakiman, etc..! Begitu juga dengan ROS! Ini semua 'atas arahan, tekanan dan pengaruh Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya!

Sebilangan pemimpin Sabah dan Sarawak mungkin tidak faham dan tidak menyedari mengapa terdapat 23 parti politik di Sabah? Dan terdapat sebilangan (masih ramai) pemimpin dan rakyat Sabah yang tidak faham, tidak sedar dan tidak insaf kesan buruk daripada kelahiran 23 parti politik baru ini, termasuk PCS!

Persoalan:
1. Apakah muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS meluluskan parti-parti politik baru dikala PBS berada dalam kemuncak kekuatan/ kegemilangan pada tahun 1986?

2. Apakah muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS meluluskan 11 parti politik baru dikala STAR muncul sebagai platform politik baharu di Sabah dan Sarawak?

Walaupun PCS itu mungkin parti politik yang diilhamkan dan dipohon pendaftarannya oleh pemimpin-pemimpin tertentu Sabah untuk tujuan yang baik, tetapi persoalan yang patut difikir semula oleh semua pihak adalah, "Mengapa pihak ROS meluluskan 11 parti politik baru selepas PRU13 tatkala STAR mulai mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah, STAR semakin kuat dan berpengaruh, rakyat mulai bersatu padu dan gelombang kebangkitan serta kesedaran nasionalisme semakin meningkat?" Mengapa permohonan pendaftaran PCS dan 10 parti yang lain tidak diluluskan sebelum PRU13 dan sebelum STAR wujud di Sabah? Apa muslihat dan agenda Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya @ ROS???

Walau apapun matlamat dan tujuan parti politik tersebut didaftarkan, penulis berasa yakin dan optimis bahawa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah tidak lain tidak bukan, adalah merealisasikan 'dasar divide and rule' dan 'penjajahan berterusan' yang cuba diperluas dan dicengkamkan Malaya ke atas Sabah dan Sarawak supaya perjuangan politik Sabah dan Sarawak menjadi lemah - kita akan menjadi serpihan parti-parti politik yang kecil-kecil dan akhirnya kita semua (Sabahan dan Sarawakian) gagal mencapai visi dan misi perjuangan mengembalikan hak-hak dan kuasa kemerdekaan kita! Ini semua adalah "mainan Kepimpinan Kerajaan Pusat Malaya @ Kerajaan BN-UMNO!"

Kedua, hal tersebut diburukkan lagi oleh masalah dalaman Sabah, iaitu sikap tamak dan kepentingan diri sebilangan pemimpin; dan amalan budaya dan 'mentaliti tongkuyu' sebilangan pemimpin dan rakyat Sabah sendiri!

Perkara 2:
Perpecahan terjadi apabila 'persetujuan awal tidak dilaksana'?

Apabila ROS meluluskan 11 parti politik baharu, perpecahan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sebenarnya sudah bermula dan sudah berlaku! Perpecahan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sudah bermula dan berlaku sejak Zaman PBS!

Perpecahan yang terjadi apabila persetujuan awal tentang penyatuan dalam PCS tidak dilaksana hanyalah perkara kecil dan alasan remeh-temeh! Sebab perpecahan ini tidak akan berlaku sekiranya pendaftaran PCS dan 10 lagi parti politik yang lain tidak diluluskan oleh ROS!

Tetapi soalannya, siapakah yang memohon pendaftaran 11 parti politik baharu ini? Bukankah 'pemimpin-pemimpin dan rakyat tertentu' di Sabah sendiri? Siapakah yang meminta/memohon supaya 11 parti politik baru ini didaftarkan oleh ROS? Sekali lagi, ianya diminta/dipohon oleh sebilangan 'pemimpin dan rakyat Sabah sendiri' untuk tujuan yang baik. Tetapi tujuan yang baik itu telah dimanipulasi oleh Kepimpinan Kerajaan BN-UMNO @ Kerajaan Pusat Malaya sehingga membawa kepada "Malapetaka politik Sabah!" Dan itulah yang ditunggu-tunggu dan yang paling menggembirakan Malaya! Mengapa 11 parti politik baharu ini tidak diluluskan pendaftarannya sebelum PRU13 dan sebelum timbulnya idea gagasan UBA//USA/USSA// Agenda Borneo yang diilham oleh DDJK?

Perkara 3: 
Bukan semua pemimpin yang ada dalam PCS terlibat dalam komplot terancang menyingkirkan/menjatuhkan DDJK dan menghapuskan STAR!

Penulis juga bersetuju bahawa bukan semua pemimpin yang ada dalam PCS itu terlibat dalam komplot terancang menyingkirkan/menjatuhkan DDJK/STAR. Itu penulis faham dan kita semua faham! Apa yang dapat kita kenal pasti, hanya terdapat 3-4 orang sahaja "pemimpin kelas kambing" yang suka memprovok dan memburuk-burukkan STAR/DDJK dan penyokong-penyokongnya! Tetapi pemimpin-pemimpin inilah yang menjadi penyakit kanser dalam PCS, STAR dan USA!

Post a Comment

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.