Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah yang menunjukkan tiada bukti kukuh Putrajaya terlibat dalam "Projek IC" hanya mencetuskan lagi kemarahan rakyat Sabah terhadap Putrajaya", kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah itu berkata, alasan itu sangat melucukan dan satu percubaan lemah membebaskan penglibatan kerajaan pusat, pemimpin Umno terdahulu dan yang masih ada dalam kerajaan daripada kerja kotor mereka.

"Tidak ada orang di Sabah yang percaya laporan RCIsebaliknya rakyat Sabah semakin marah dengan kerajaan pusat kerana cuba menyembunyikan perkara sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Jeffrey berkata, pandangan itu tidak disokong mana-mana bukti dan berbeza dengan bukti yang dikemukakan.
Katanya, amat luar biasa apabila sindiket pemberian kad pengenalan yang didalangi pegawai korup dilepaskan begitu sahaja tanpa dihukum dengan kesalahan khianat, pecah amanah dan derhaka.
Begitu juga bukti pendatang asing dibawa masuk sebagai daftar pemilih dan diberikan hak sebagai pengundi sah.

"Dakwaan pegawai korup di JPN dikatakan bukan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ini tidak dipertimbangkan apabila RCI berpandangan kerajaan tidak terlibat," katanya.

Laporan RCI kelmarin mendapati tiada kesahihan mengaitkan kerajaan pusat dalam pemberian kerakyatan kepada warga asing melalui projek itu.

Laporan setebal 368 muka surat itu sebaliknya berkata, wujud sindiket dan individu yang dibantu oleh pegawai yang korup mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kerakyatan berinstitusi demi keuntungan kewangan.

Laporan itu tidak menamakan mana-mana pihak yang bersalah kerana perkara itu tidak termasuk dalam skop bidang tugas suruhanjaya RCI, seperti dinyatakan dalam terma rujukannya. – 5 Disember, 2014.


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-rci-undang-kemarahan-rakyat-sabah-kata-jefferey-kitingan
Labels:

Post a Comment

Author Name

are-wish

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.